Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt Tuhan pencipta sekian alam. Perkara yang paling ditunggu – tunggu oleh blogger yang monetize menggunakan adsense adalah surat verify pin akaun yang kebiasaannya dihantar melalui pos ke alamat semasa kita daftar akaun.
Ini pengalaman akaun adsense bagi blog personal saya sendiri yang telah lulus dalam bulan Mac 2018 dan saya menggunakan alamat di Kampung, Jitra Kedah. Setelah cukup 10 USD dalam akaun adsense, pihak google akan hantar mail pos sekeping surat kepada anda. Alhamdulillah saya punya blog traffic naik tinggi apabila saya buat artikel “simkad unifi” yang menarik perhatian ramai pelawat. Artikel tersebut viral dan di view oleh ramai orang, tak percaya cuba pergi ke google.com taip simkad unifi.
Alhamdulillah bila cukup 10USD google automatik pos surat, namun penantian adalah menghampakan saya sehingga melebihi sebulan membuatkan saya tertanya – tanya adakah pihak pos bermasalah atau posmen tak hantar surat atau salah alamat yang dimasukkan atau nama saya tak dikenali oleh posmen kerana alamat tersebut adalah alamat rumah mak mertua.
Saya kemaskini balik alamat yang sama cuma kedudukan nama saya dan diletak d/a (nama mak mertua) dalam ruangan tetapan”setting” di mana google sememanya beri peluang 3 kali untuk dikemaskini sekiranya surat tidak sampai. Keputusan selepas alamat dikemaskini surat masih juga tidak sampai…Aduh kecewa sangat – sangat, maka semakin bertambahlah kerisauan saya kerana sekiranya tidak sampai melebihi 3 kali kemaskini anda perlu verify menggunakan bil elektrik, air atau pun mykad yang tertera alamat tersebut.
Otak ligat mencari jalan penyelesaian, maybe alamat di Kedah jauh sangat kot sangkaanku walaupun pernah guna alamat yang sama bagi akaun isteri (sampai elok jerr). Saya cuba guna alamat di Selangor kerana saya yakin posmen di Selangor gigih dalam buat kerja dan bertindak pantas kerana pengalaman yang lepas di Selangor dalam dua minggu sudah sampai seperti mana akaun kawan – kawan yang saya pernah bantu sebelum ini.
Tergerak hati tanya kawan untuk menggunakan alamat beliau, setelah saya kemaskini menggunakan alamat rumah beliau. Alhamdulillah dalam dua minggu surat verify pin sudah sampai dan memang sah urusan pos di Selangor sangat laju dan pantas dalam buat kerja hahaha. Kesimpulannya letaklah alamat yang mudah untuk surat diterima dan dihantar oleh pos laju.
Apa yang penting setelah dapat Surat verify pin adalah anda perlu login akaun adsense dan ikut step seperti berikut:
Kesianlah blogger-blogger yang duduk dekat kampung belah-belah utara kalau macam ni.
tak jugak…ada je yang dapat..kes saya sebab tak familiar rumah alamat rumah mertua..kalau memang tinggal sana sampai jer…