MOHD ZAKI DOT COM

Life is too short.. No time to sad..

Menu
  • Home
  • About Me
    • My Story
    • My Produk
    • My Review
  • Legalities
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Terms and Conditions
  • Tips
    • Tips Adsense
    • Tips Affiliate
    • Tips Beli Rumah
    • Tips Blogger
    • Tips Hartanah
    • Tips Kewangan
    • Tips Melabur
    • Tips WordPress
    • Scam Alert
  • Buat Duit
  • Panduan Online
  • Download Percuma
  • Contact
Menu

Buat Duit Dengan Facebook Instant Article

Posted on December 23, 2017April 7, 2022 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah semoga kalian semua sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam lingkungan kasih sayang Allah swt pencipta sekalian Alam.

Kali ini saya ingin kongsikan pada anda semua berkenaan peluang yang mana semua orang harus dan sepatutnya tahu cara mudah untuk mendapatkan sumber pendapatan tambahan yang sangat mudah melalui platform facebook. Bagaimana cara untuk mendapatkan pendapatan melalui facebook ini???? Ini persoalan yang sering ditanya oleh orang ramai di luar sana. 

Dari dulu seperti yang kita tahu, facebook hanya menyediakan platform media untuk bersosial secara percuma dan apabila pelbagai fungsi telah ditambah dari masa ke semasa sudah pasti akan memberi pulangan pendapatan kepada syarikat facebook itu sendiri. Marzukeberg bukannya orang tak bijak, pasti dia pun nak juga pulangan pendapatan.

Pada tahun 2016 Facebook telah menyediakan peluang bagi setiap orang untuk membuat duit dengan platform instant article di mana seseorang itu akan dibayar apabila anda menyediakan artikel di blog blogger mahupun blog wordpress. Artikel yang telah diluluskan oleh facebook akan keluar iklan berbayar dan daripada hasil pengiklanan tersebut anda akan mendapat duit terus ke akaun bank anda.

Langkah mudah untuk memulakan pendaftaran instant article ini adalah anda harus mempunyai dua perkara utama berikut:

  1. Fan Page facebook: iaitu anda harus create page yang sesuai dengan blog anda akan gunakan contoh: “InfoSihat2uu“
  2. Blog: Blog yang bagus adalah blog wordpress kerana ia mempunyai plugin yang akan automasikan code instant article itu dimasukkan, anda hanya post sahaja ke fanpage apabila diluluskan. Blog wordpress ini adalah domain berbayar dan hosting diperlukan budget adalah dalam lingkungan RM150.00 untuk permulaan. Domain boleh beli di namecheap.com atau anda boleh terus beli melalui serverfreak, Jomhosting termasuk dengan hosting tanpa perlu fikir hosting provider yang lain. Contoh blog wordpress adalah: www.infosihat2uu.com
  3.  Awas!!!! Blogspot adalah tidak digalakkan melainkan anda seorang yang pro coding dan tahu kod – kod asas untuk memasukkan kod IA setiap kali ingin post artikel. 

Dah ada dua perkara asas tersebut barulah anda boleh fikir cara untuk pendaftaran. Sebelum membuat pendaftaran sila pastikan blog anda mempunyai sekurang – kurangnya 10 artikel yang sesuai kerana facebook akan tapis artikel sama ada sesuai ataupun tidak. Okeh cara pendaftaran akan saya kongsikan pada artikel akan datang. sebelum itu tengok luuu pendapatan permulaan saya bagi tempoh 8 hari secara sambilan sahaja.

Saya malu sebenarnya nak kongsi tetapi dengan hasrat ingin berkongsi buat anda semua bersemangat, kerana saya juga baru mencuba walaupun saya sudah tahu lama platform Instant Article ini boleh menjana sumber pendapatan sampingan, itulah hakikatnya sekiranya kita tak mencuba kita tak tahukan..takkan nak tengok je orang lain buat duit kita habiskan duit je.. dah tahu apa lagi buat jelah bukannya ambik masa yang lama dalam menyediakan artikel dan post artikel ke page. Benda ni satu je kena rajin share artikel yang dah diluluskan oleh facebook..tak rajin macam saya ni tu yang income tak banyak..Hahahaha….

Apa pun korang sediakan dulu dua benda asas tu iaitu page dan blog wordpress, Insya Allah saya akan kongsikan cara untuk daftar instant artikel step by step. Okeh. Sila share artikel ini sekiranya bermanfaat. Sekian Wassalam.

10 thoughts on “Buat Duit Dengan Facebook Instant Article”

  1. anih says:
    September 23, 2018 at 2:10 pm

    dah cuba buat.. masa nk claim url.. fb bagitahu minimal reader x bolej register instant article.. ada solution lain x

    Reply
    1. admin says:
      September 26, 2018 at 4:09 am

      buat 10 artikel…konsistent post ke group dan page..sampai satu tahap nanti..Insya Allah akan approve..buat artikel yang murni – murni jah..

      Reply
  2. hara says:
    September 28, 2018 at 11:03 am

    macam mana kadar perkiraan bayaran? mcm saya sudah ada page (37k likers). Ada x mana2 sumber dinyatakan perkiraan bayaran daripada instant articles ni. sebab sy nak buat anggaran keuntungan.

    Reply
    1. admin says:
      September 28, 2018 at 3:43 pm

      takde formula kiraan yang jelas sebab dalam rekod ada eCPM jika eCPM tinggi income lebih mudah untuk dapat dengan kadar yang tinggi..apapun yang penting traffic ke post artikel yang IA tu penting…kira macamana pun kalau takde traffic takde income…

      Reply
  3. Aizat says:
    November 28, 2018 at 1:24 pm

    Salam tuan… Boleh reply email saya x… Saya nk belajar lebih mendalam pasal benda nie… Please tuan..

    Reply
    1. admin says:
      November 30, 2018 at 7:01 am

      Wassalam. reply email…tak perasanlah tuan kat email..kot terdelete huhuhu banyak sangat email..

      Reply
  4. Banyak maklumat menarik di sini says:
    October 22, 2019 at 12:46 pm

    Assalammu’alaikum wbrth tuan admin, brp tuan dapat dengan 8 hari iklan instant article di atas tu? Bahagian Rev tu ka? Blh terang mengenai eCPM dan title info dlm screen shot yang tuan berikan di atas?

    Reply
    1. admin says:
      November 2, 2019 at 3:04 am

      Wassalam. itu sudah lama dan nak estimate kena cari balik info lama agak leceh. jika nak bandingkan dengan keadaan sekarang agak berbeza dari segi income kerana fb telah update algoritm baru reach disekat walaupun eCPM tinggi income ciput melainkan reach dan click yang betul betul tinggi.

      Reply
  5. Nadzmi says:
    October 9, 2021 at 6:46 am

    Saya punya page fb masih tak available untuk approve IA. Knp ya

    Reply
    1. admin says:
      October 11, 2021 at 1:41 am

      page tak available untuk apply IA ke atau dah submit tapi masih in review?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

22 − = 12

SUBSCRIBE MY YOUTUBE CHANNEL

August 2022
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Sep    

Bursa Malaysia Stock Watch

PRESTASI SAHAM BURSA MALAYSIA

Artikel Popular

  • Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online 81,662 views
  • My Review Penggunaan Simkad Mobile Unifi @ Unifi Mobile 58,878 views
  • Dapatkan 5 Simkad Mobile Unifi PERCUMA 58,679 views
  • Cara Mudah Untuk Buat Direct Link Whatsapp Tanpa Save Nombor Telefon 45,242 views
  • Cara Menukar Profile Facebook Menjadi Fan Page dan Menggabungkan Dua Fan Page Menjadi Satu 8,430 views
  • Cara Mohon dan Semakan Status Pendaftaran i-Suri Caruman KWSP Suri Rumah (eKasih) 6,234 views
  • Buat Duit Dengan Facebook Instant Article 4,447 views
  • Scammer SRS Mobile Topup Myprepaid2u 4,397 views
  • Kisah Saya Pilih Kredit Kad yang Terbaik 4,295 views
  • Panggilan Scammer daripada Nombor +01 3,329 views

Recent Posts

  • Semak Bayaran Bantuan Khas Covid-19
  • Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam
  • Berapakah Brokerage Fee yang dicaj oleh Syarikat Broker Saham? Ramai yang tak tahu
  • Ayuh Kenali Istilah Perkataan Yang Digunakan Dalam Pelaburan Saham
  • Scammer Guna Teknik Request 1 Sen Buat Pengguna BigPay Apps, Hati – Hati Semua

Recent Comments

  • Muhammad on Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online
  • admin on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Nadzmi on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Roy on Cara Mudah Daftar Facebook Instant Article
  • admin on Cara Mudah Daftar Facebook Instant Article

Archives

Categories

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

SEDANG ONLINE

Pelawat Setia

  • 0
  • 29
  • 717,300
  • 360,869
©2022 MOHD ZAKI DOT COM | Design: Newspaperly WordPress Theme