Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Izinkan saya untuk memperkenalkan diri, nama yang diberi diberi ialah Mohd Zaki Mohamad, berasal dari Kelantan dan tinggal dalam daerah Tumpat. Seorang bekas pelajar Universiti Malaya 2006/2009.
Sebelum itu, jom kenali nombor asas masing – masing. Nak tahu cara pengiraan nombor asas adalah seperti berikut:
Contoh tarikh lahir saya: 26/10/1986
Kiraan nombor asas adalah:
(2 + 6=8) (1+0=1) + (1+9=10=1) (8+6=14=5)
(8+1=9) + (1+5=6)
(9+6=15)
(1+5=6)
Nombor asas adalah = 6
Kiraan nombor asas ni ada maksudnya mengikut pakar – pakar tertentu. Nak tahu lebih lanjut boleh google yeaa…
Untuk mengetahui ciri-ciri personaliti saya dengan lebih lanjut anda boleh lihat dibawah, kajian personaliti ini dilakukan oleh pakar motivasi Dr Fadzilah Kamsah mengikut bulan. Semua ini ada yang betul dan ada yang tak betul so yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itupun datang dari Allah tapi yang buruk itu dizahirkan pada manusia. Setiap yang baik sama-sama kita ambil dan amalkan manakala yang tak baik kita jadikan sempadan dan cuba elakkan untuk menggelak dari kemudaratan sama ada di dunia mahupun akhirat.
Secara umumnya untuk mengetahui mengenai personaliti saya bolehlah lihat pada kajian bulan kelahiran:
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat