470

Dapatkan 5 Simkad Mobile Unifi PERCUMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini saya nak kongsikan berkenaan promosi kaw kaw daripada Telekom Malaysia (TM) yang mana mereka cuba untuk target mobile user.

Sebelum ini kita pernah dengan berkenaan webe yang mana datanya adalah unlimited dan tathering dihadkan 10GB sahaja dengan harga yang berpatutan. Namun kali ini TM secara besar besaran telah melancarkan produk baru Mobile Unifi untuk menjadi pesaing kepada mobile prepaid daripada telco besar yang lain.

Buat pertama kali promosi TM telah menawarkan pakej yang menarik kepada pelanggan yang terawal sebagai langkah percubaan. TM menawarkan simkad percuma 1 JUTA dengan disediakan free 20GB 4G  untuk Phone support Band 5 LTE, 10 Minit Call Percuma, 10 SMS Percuma as a customer experience. Maksimum untuk seorang per ic adalah 5 simkad sahaja yang penting simkad ini tiada tarikh expired dan topup bila nak guna.

Cara – cara untuk mendapatkanya adalah:

1. Download app mobile@unifi  di playstore or app store


2. Click ‘i want to get a sim’


3. Masukkan detail IC, Nama, Alamat dan boleh pilih nak berapa simkad, maksimum 5 simkad sama ada nombor baru atau kekalkan nombor lama. Saya sarankan ambil je nombor baru.

Lepas tu pilih nak pick up at tmpoint (jangan lupe bawa ic yea) or delivery (caj RM 10.60)

Siapa cepat dia dapat, lambat tinggal…limited untuk 1 JUTA simkad sahaja. Barang FREE rembat ajelah apa tunggu lagi…hahaha. Saya dah dapatkan lima simkad. Anda bila lagi…nak tunggu habis ke… tunggu review penggunaan simkad ini daripada saya next artikel.

Sila share artikel ini supaya ramai dapat manfaat. Sekian wassalam.

admin

470 Comments

    • simkad ni tiada bayaran bulanan, simkad ni macam prepaid dan tiada expired simkad. nak guna topup sahaja.

        • dah siap submit belum dan caj? kalau dah tunggu jelah simkad sampai biasanya dah takleh nak undo balik. cuba refer dgn TM Live Chat, FB unifi mobile ke…kalau susah cuba pergi TM Point tetapi TM Point mesti ramai customer wooo…

      • Macamana nk check baki kredit kat hp..kalau maxis kn star122h..kalau unifi ni cam mne..dn galeri dia

        • kena pakai apps mobile unifi. sign up kat sana semua ada…termasuk nak reload..

      • Knp bila sy dah reload top up n cek kat app unifi mmg ada balance kredit tp bila nk wat call dia ckp insufficient credit???

        • reload sahaja tak boleh terus guna…kena beli pakej minit dulu…paling murah dalam rm10 ringgit…

    • Saya dah apply untk simkad free tu.. tapi kena ambik dekat tmpoint.. boleh tak kalau nak tukar delivery… macam mane ye…???

      • tunggu sahaja kerana ramai yang daftar simkad. jika lama sangat boleh bertanya melalui TM Live Chat

    • Kenapa bila da dpat xboleh gune plk utk handphone huawei p8 …ad certain device je ke … Sbb da msok setting pn intenet xda

    • Sy order sim nie melalui pos dari awal bln february..sampai sekarang tak terima..email yg diterima dh delivery..apa masalah nyer yer

      • itu saya sarankan refer dekat tm point terdekat atau buat live chat dengan pihak unifi. semoga dapat membantu…

        • nak semak number mobile unifi boleh guna apps mobile unifi. kat bawah nama tu ada “tap to view profile info” kat situ boleh tengeok account status, phone number dan email masa daftar.

          • boleh contact webe.com.my untuk dapatkan simkad ganti…kebiasaannya boleh…

      • nak kata prepaid tak juga, nak kata postpaid tak juga, ini adalah new revolution of simcard. simkad boleh customize dan tiada expired.

      • Sim webe yg hilang tu bley dpat kan at tm berdekatan ke cmne…??n kekal kan no lame yg hilang tu kn…??sy dh g at webe.com.my tpy xbley pown….

        • yup webe bawah TM boleh rujuk mana – mana cawangan TM bukan dealer TM yeaa.. apa yang dimaklumkan tak boleh yeaa…

    • sms center dah betul, tapi masih tak terima verification no. hingga hari ni xleh nak top up utk membuat panggilan. Tolong bantu saya.

      • satu cuba kuar simkad masukkan semula, betulkan sms center, restart telefon, atau cuba kat telefon lain…atau cuba uninstall apps dan install balik atau update apps…

    • Masukkan simkad je terus aktif tak perlu buat apa apa cuma melainkan telefon tidak auto setting apn

    • Boleh je, pergi kat mana – mana TM Point yang terdekat. Ada pegawai yang bertugas.

    • Nak topup pun boleh, cuma kalau nak guna yang free je boleh guna data 20GB LTE dan 10 minit call dan 10sms itu sahaja

      • Hai….kalau kekalkan nombor lama ambil simkad dulu dan tunggu proses pertukaran paling cepat 24 jam sehingga 5 hari bekerja jika tiada sebarang masalah.

  1. Macam mana nak aktif kan sim card nya ? Saya dah cuba tapi still tak boleh guna setting apn tuh.

  2. Salam..sy pn nk tya hal yg sama. Dah masuk simkad. Tp x blh aktif.ada jenis2 hp ke yg blh masuk simkad ni? Atau kwsn yg ada 4g sj

    • Wassalam. Simkad ni boleh guna untuk mana – mana telefon cuma data 20GB LTE hanyar untuk telefon yang support 4G sahaja.

  3. Kalau da daftar Tapi just Untuk satu simkad macam mana yeah.. Sbb tetibe rasa nak Amik 5 SIM pulak.. Boleh ke Guna IC yang Sama?

    • Sekali daftar sahaja sebab ic akan ada dalam rekod. Nak mungkin selepas habis promosi dan rujuk dgn TM Point terdekat.

  4. Assalam.. boleh ke klau kite bwak ic orang lain, nak amik kn sim unifi orang lain pnye?

  5. salam. masa tap to select number tu kenapa xde keluar ape2 pun. tak boleh nak pilih new number untuk lima-lima simcard.

    • Wassalam, boleh je klip tap pilih number klik confirm, nak tukar klik tap balik klik butang refresh, pilih nombor semula.

    • Wassalam. so far bila dah daftar tiada tempoh sebab dalam rekod dah ada track oder number. So bila – bila pergi je ambik kat TM Point yang dipilih.

  6. sye daftar card tu, bila buat trasaction , line down. So bila nk register semula. Dah tk boleh. Check track num, details pyment lengkap. tpi email msuk kata unsuccessful pyment. Even check bank online pun tak deduct amt rm10.60

    • Yang ni kes memang kena live chat dgn pihak TM tuh atau rujuk dekat TM Point tedekat.

  7. Nape sy punya dia asyik tulis “Emergency calls only” je..nk aktif mcm mana lg erk..APN tu mcm mana ye setting dia??tq

    • Emergency call tu macam takde coverage tuh…Siti tinggal mana dan line apa paling kuat sana…?

    • Data itu depend pada penggunaan, lama guna lambatlah habis tempoh percuma data tu rasanya diberi dalam tempoh 90 hari selepas simkad aktif. yg tu kena baca terms and condition. Call unlimited takde bagi simkad nih.

  8. Hi, nak tanya, kalau 20gb tu dah habis kita just topup rm10, rm15, rm20 ke? Kita kena amek jugak pelan beberapa gb and byr ikut gb tu? Ke macam mana?

    • hai…yeaa kalau dah habis yg 20GB tu internet habislah melainkan kita topup dan langgan pakej internet yg ada Rm13, RM15, RM30 dan RM50

  9. Salam, nak tnye if after 3 months saya nak continue guna je simcard ni, camne nak topup kredit ye? bleh advice tak. thank you

    • Wassalam. nak topup kena melalui apps mobile unifi. Bila dah daftar dan boleh topup direct terus melalui online banking/ credit kad atau debit kad.

    • Kalau nak kekalkan nombor lama, sim lama dah dan plan simkad lama dah takleh pakai, ia akan convert ke plan unifi guna simkad unifi cuma nombor sahaja yang sama.

  10. Nak tnya..kalau topup prepaid tu.. Utk kita guna call and sms je ke? And 20gb/month ke?

    • topup melalui online banking, nak call ke nak guna data ke kena guna duit dalam akaun tuh…conth topup rm50 masuk dalam akaun..bila nak call boleh beli pakej RM10 ringgit akan dapat 60 minit panggilan dan 60 sms sama juga dengan data.

  11. Admin Kalau Delivery Masa Barang Sampai Kena Tunjuk Ic ke Admin Atau No Tu Dia Sudah Aktif??

    • Masa barang dihantar tu tak pasti sama ada kena tunjuk ic atau tidak tetapi simkad kebiasaannya telah didaftarkan dan aktif apabila masuk dalam telefon.

  12. Saya dh masukkan sim dlm fon..tpi die x kuar signal bar..serupa mcm sim kosong yg tak aktif..knapa ehh ?

    • Mawi dok kat mana? kat tempat sekarang coverage apa yang paling banyak line? cuba tengok celcom punya line okeh ke tidak? kalau okeh insya Allah takde masalah.

      • Tunggu sja bbrapa jam..nnt akan aktif sendiri.. mcm sya masuk simkad dlm hp jam 11 am, jam 6 pm baru on simkad tu.

        • Yup betul tuh…ada yang cepat dan ada yang lambat… saya setakat ini semuanya terus ada line dan boleh on internet terus….sms dihantar beberapa minit kemudian.

          • PJ Petaling jaya ke? Kalau pusat banda mustahil line TM tak kuat…

    • internet yang 20GB tu automatik boleh guna bila dimasukkan dalam telefon yang support 4G LTE. On je data terus boleh pakai.

    • Blacklist mungkin tak sebab ia bukan postpaid. cuma kebarangkalian nombor tu kena terminate ada walaupun dikatakan tagline #kredittakmati

    • Yup terus boleh dapatkan simkad tuh….tengok pada cawangan tm pont mana nak ambil. Kadang – kadang ada TM Point tuh dah habis simkad dan ambik masa nak restock.

  13. Kenapa kali pertama masuk login password tak berjaya?said this is awkward.pls try again.

    • MIFI tu support 4G ke? saya takde mifi dan tak boleh nak cuba…tuan cuba lah dulu and then bagi feedback.ok

      • ok…sy try dah, xyah setting apa2 pn, just insert sim kad terus boleh connect…
        unifi ni guna line mn ya?

        • Tak pasti sebab diaorang ada pencawang sendiri tetapi bila masuk dalam phone ada kuar juga my celcom…

    • Assalam tuan..sy nk tanya..kalo.sy register sekarang tp sy pick up dlm bln 5 nti boleh tak? Sbb sy di luar negara..

    • Kena buat banyak kali mungkin password tak sesuai atau maybe masa taip password tak matching…try lagi…

      • Tak tahulah asalnya kira macamana sebab TM adalah penyedia coverage line telefon dan internet paling terawal dan meluas dan kalau tak silap saya celcom yang guna fasiliti TM pada awalnya…yang mana betul saya kurang kurang pasti… tuan ezan boleh cuba study lah sikit sebanyak pasal coverage telco – telco di malaysia nih…dan share di sini.

  14. Salam,knpa sy pnye kejap je blh connect internet,pastu tiba2 xleh guna dh,line ada smua,cuma tiba2 internet xleh guna

    • Wassalam. cuba setting APN tuh…tengok okeh tak sebab kadang – kadang kena setting manual…

  15. Salam admin,nk tnye…law sye amik utk family di kampung guna…tp next week bru sye jmpe dyeorg n bg sim nie…so,sye kne aktif kn dlu arini atau tggu dyeorg aktif kn sendiri pn bleh..?

  16. Hi nak tnya. saya ada 5 sim kad.
    Bru guna satu. balance ada 89 hari lagi utk data.

    so, lagi 4 sim kan, 90 hari bermula once saya aktifkn dlm phone sahaja ATAU once saya dapt sim kad tu ?

    • hai guna jelah sebaik mungkin sebab dapat free 20gb kan..saya pakai 20gb seminggu sahaja…so sempatlah habiskan dalam tempoh 90 hari…

  17. Assalamualaikum nk tnya mcm mana nk check balance?mcm mana nk topup?mcm mana nk aktifkn internat?tq

  18. salam, saya order simkad delivery, tapi takleh tengok ‘track my order’ tu kenape eh? dan lepas kena isi id number bawah tu nak kena isi apa dlm track my order tu? sbb saya keliru asyik tak keluar

    • Wassalam. dah dapat email atau sms notification number order tak? guna order number tu untuk semak tracking order..

        • Order number dah ada cuma tak keluar, ambil masa tu akan keluar dalam sistem. kalau nak cepat kena rujuk TM Point sebab saya punya pun ambik masa untuk masuk dalam sistem TM, after a few days baru boleh ambil.

  19. Assalamualaikum, tumpang tnya. Kalau dah dpt sim kad ni tapi kt sim kad xde no. Telnya mcm mna nk check yea? Which means semua yg 5 sim kad xde no.tel. Nk kena telefon centre atau blh check kt apps mobile@unifi je?

    • Wassalam. biasanya kat kertas masa ambil simkad ada tulis nombor setiap simkad ikut nombor siri belakang simkad.

    • Assalamualaikum, tumpang tnya. Kalau dah dpt sim kad macam mana nak check no dia ye? Sebab sy takde dapat pun kertas yg ada tulis nombor setiap simkad ikut nombor siri tu…. dekat simcard tu semua takde tulis nombor telepon. takut tersalah dapat oder je…

      • Wassalam, biasanya akan dapat kertas bersama nombor siri simkad yang sama di belakang KAD SIM. Kalau susah jugak buat call jelah sebab dah ada free 10 minit pangggilan kan…

  20. nk tanye. lepas guna hbis 20 gb ni camne ye? kalo dh tknk guna,tkt nati ade bil ke ape ke?

    • Haiii..nak semak baki kena login kat apps mobile unifi. bila dah aktif. pergi ke apps buat first time login dan kod akan dihantar melalui sms…dan create password. dalam tu semua ada, nak topup direct banking, nak beli data nak beli minit panggilan dan nak semak semua boleh.

    • Wassalam. setiap sim 20GB LTE dan kalau ambil 5 sim boleh dapat 100GB LTE, dah habis satu sim boleh masukkan sim yang seterusnya…

      • tengok dalam kertas senarai ikut nombor siri simkad yang diberi semasa ambil sim di TM point atau nak mudah miscall je nombor lain…huhuhu

  21. Salam admin..nape kluar (you only register up to 5 sim pre id) pdahal aritu sy isi xlengkap sbb expired session..klau nk isi mcm first2 tu buat mcm mna?

    • Wassalam. memanglah setiap per ic/id hanya boleh daftar 5 sim sahaja. jika dah berjaya daftar akan dapat sms/ email order number . Order number boleh semak di track my oder untuk semak status macamana…

  22. admin pakai sim tu ade detect LTE x? sy sepanjang dh aktif ni xpenah lg sim ni detect 4G/LTE. 3G je

    • ada detect 4G LTE sebab data yang 20GB hanya untuk 4G sahaja dan untuk 3G hanya beberapa MB sahaja.

  23. admin. kalau nak tukar pickup ke delivery boleh tak. kalau boleh nak buat macam mana ye. tq

      • Saya dah ambil sim. Pastu saya nak daftar dekat mobile@unifi apps tu. Tapi masalahnya dekat apps tu kalau nak daftar dia minta no telefon. Saya tak tahu no telefon sim tu. Masa saya ambil sim tu dekat TM point dia cuma tulis 4 digit no belakang ja. Jadi macam mana saya nak daftar??. Boleh tolong jelaskan

        • Alhamdulillah…nak tahu nombor dua cara sahaja yang saya tahu…satu boleh lihat dalam emel yang dihantar semasa memohon simkad dan kedua boleh buat call atau misscal mana – mana nombor orang terdekat kerana dalam akaun tuh kredt 10 minit yang diberi percuma…

  24. RM0.00 unifi: Oh sorry. Your switch over request for 6012231** has been denied. Please check with your current mobile operator for details.

    Sy dpt msg ni dr pihak unifi kira gagal ke cm mana? Sim ambik dah… mcm mana nk live chat

    • itu menandakan proses port out (MNP) ke unifi tidak berjaya disebabkan oleh beberapa perkara, kredit tak cukup/ bill tertunggak/ tak reply sms atau macam – macam depend pada code error MNP. Boleh call dulu operator simkad lama dan tanya kenapa gagal and then buat live chat dgn TM Live chat minta bantuan mereka untuk proses seterusnnya.

  25. Sy dh msuk sim pastu bukak youtube baru 2minit terus xleh guna intenet dh sbb apa ye??

    • dari segi caj tu saya tak pasti sebab minit panggilan dijual dalam bentuk bundle. 200 minit + 200SMS RM30 dan 60 minit + 60 SMS RM10.00 nak tahu kadar caj boleh kira sendiri lah..

  26. Hi nk tanya, sy ade prob dkt last skli bile nk submit order, dia stuck tkleh tekan ape2 utk pilih cawangan ..mmg loading lama gile ke utk submit order tu?ke sbb no yg sy nk kekal tu ade bil tertunggak utk proceed?

    • Boleh cuba sekali lagi mungkin time submit order tu trafik tinggi, kalau ada tunggakan bil sebaiknya bayar dulu sebelum daftar untuk elak proses tidak berjaya atau lambat nanti kena buat yang lain pulak. leceh…

  27. saya dah register dan status dalam processing..buat 3feb lepas..bila tempoh boleh ambil dr TM tu?sebab pakai no lama..tq admin

    • Boleh ambil walaupun simkad belum berjaya untuk elak lose contact… sebab jika dah ambil boleh standby untuk masukkan simkad baru setelah simkad lama tiada line.

  28. 1) Simkad Unifi ni tumpang lain mana ye?

    2)Simkad Unifi ni boleh buat data roaming tak.? Atau dia ade pakej untuk data roaming?

  29. Salam nak tanya knp fone sy x naik lain lte pown..kalo guna simkad celcom ok je 4g..dah setting Apn pown x jd jugak…ada cara lain x nak call tm

    • Wassalam. cuba setting APN kalau tak jadi juga boleh live chat guna apps unifi. Mungkin coverage unifi tak stabil di kawasan tuan.

  30. Asalamualaikum, nak tanya. Saya dahh ambil sim percuma ni, macam mana nak active kan ?

    • Wassalam. masukkan sahaja dalam phone dan tunggu network keluar dan sms yang bgtau simkad dah akan dihantar..

    • akan dihantar ke sms setelah dimasukkan simkad. hanya pergi ke apn crate new apn jika belum ada lepas tu tulis “unifi”

    • mungkin tiada coverage di tempat tuan…tuan tinggal di mana dan line apa paling laju di tempat tuan?

  31. Nak tanya. Saya baru register tadi. Org cakap harini register esok dah bole g amik. Tapi kt email ckap bole amik 21 feb n onwards. Rasa cam lama sngt je 😅 tapi no. Order dah ade. Sim card pon ready stock. so camne eh

    • betul tu terus boleh ambil namun kena ikut TM Point dan emel yang dinyatakan kerana pihak TM Point tak nak ramai user datang ke cawagan untuk dapatkan simkad dalam keadaan yang terlalu ramai, mungkin juga simkad habis di TM berdekatan…btw boleh follow up selepas tarikh yang dinyatakan dalam emel..

  32. Kenapa satu simkad saya tak boleh guna pun, nak buat first time login pun dia kata invalid number in the system

    • cuba rujuk TM Point terdekat takut belum register dalam sistem mereka…tetapi agak mustahil kerana kebiasaannya setelah dapatkan simkad pendaftaran dah dibuat dan hanya perlu masukkan sim ke telefon sahaja untuk aktifkan.

    • Wassalam. boleh takde masalah..unlimited tathering..hotspotlah sampai telefon panas meletupkan…no hal punya….

  33. Assalamualaikum..nak tanye..sim dh masuk tab..APN dh setting..tp takde line..SBB ape ye

    • Wassalam. saya pun tak tahu sebab tiada dekat dengan anda..mungkin network, mungkin belum register,, mungkin simkad dimasukkan tak proper, dan mungkin simkad rosak,, macam – macam lagi kebaranglian. BTW anda boleh rujuk dgn TM Terdekat atau melalui Live Chat TM.

  34. salam admin..petang tadi dah letak new sim unifi tapi tak ada service..tapi kat status cakap ready to use.get started now..sudah live chat dgn agent unifi ..diaorang cakap sim blm aktif..berapa lama nak tunggu sim aktif…

  35. bro.. fon sye detect celcom 4g.. tapi kenape unifi ni x 4g kat fon sye.. mohon penjelasan.. thx

    • takleh nak kata tuh pasai per….cuba on 4G LTE takut tak on bila masuk simkad unifi

    • Wassalam, 20 GB one off dalam tempoh 90 hari selepas simkad diaktifkan kalau tak silap saya.

      • Admin, bolek tak semasa delivery sim yg sya pesan,sya tinggalkan IC suruh wakil tolong terima?

        • yup itu saya tak pasti siapa yang hantar…Pihak TM atau third party like pos laju atau lain – lain…tak boleh nak kata boleh atau tidak wakilkan orang lain

  36. salam tumpang tanya, kalau kita ada 5 simkad kena aktifkan semua simkad dulu ke atau bila mau pakai yg baru aktif kan.

  37. bro, if myself tak boleh nak pickup simcard tu boleh ke our sibling yg ambilkan? sebab saya berada diluar kawasan.

    • tak boleh bro..sebab kena bagi ic masa nak ambil simkad..maybe boleh consider kalau buat surat sumpah bertulis ke apa…itu kena rujuk dgn TM melalui live chat

  38. salam saya guna no maxis untuk daftar, saya lupa kekal no. asal or no baru. saya tidak mahu hilang no. maxis ni..nak buat macam mana

    • wassalam. boleh semak sama ada kekalkan nombor lama atau nombor baru melalui order number yang dihantar melalui email.

  39. admin kalau kita nak guna no asal, tapi no asal guna ic orang lain…boleh ke nak dftar unifi ni kita guna ic kita pula tapi no yang sama?

    • itu tak pasti….kalau pickup rasanya tak lepas sebab kena bagi ic masa nak pickup simkad…delivery tak pasti la pulak

  40. Kenapa saya punya tak naik 4G.. phone support 4G.. kawan punya sim unifi naik 4G tapi saya punya tak naik 4G walaupin sudah setting apn dan tukar 3G ke 4G.. kat sini celcom 4G full bar

    • mungkin device tak dapat tarik signal 4G dengan lebih kuat, sama macam saya..kawan pakai P9 saya pakai P10 Plus tempat yang sama tapi kawan punya signal tak kuat…

  41. Hi admin. Boleh saya tahu simkad simkad ni boleh tahan berapa lama? Internet dia ada expiry date ke? Yang free 20gb tu.

    • Hai…boleh baca terms and condition…cuma setahu saya data free untuk 90 hari sahaja selepas simakd diaktifkan…

  42. Hi admin nak tanya .. sy ada enter phone number unifi simcard yg baru dapat dkt “first time login” *unifi mobile app* tapi pop out “its awkward, please try again” then sy dpt verification number, tapi tak tahu nak buat mcm mana

      • After key in phone number dkt “first time login” byk kali pun still.. cant find any verification box after tht .. ke service dia lambat ?

    • Simcard aktif lepas dapat text tu lah kan. Lepas kita start pakai? Ke start aktif lepas kita amek dari centre?

  43. Banyak kali try tapi tak boleh pun sign up dalam apps mobile UniFi. Asyik dapat error ‘It’s awkward, please try again’. Kalau dapat pun bila set up password asyik la tak lepas. Dia kata guna alpha-numeric. Padahal dah guna pun. Slow la

    • saya cuba buat password mudah sahaja…janji cukup 8, contoh shaf1234. dah dapat tukarlah kalau nak tukar…

    • wassalam. ni untuk mobile phone….nak tengok boleh guna telefon jelah..youtube..hahaha

  44. Sya tak fham sngt pasal sim kad nie klau mcm sy gna fon 3g kira tak dpat la 20gb free tu????

    • yup kalau guna 3G tak dapat guna data free 20GB…nak guna kena beli data yang lain…reload dulu baru boleh beli data…

      • Nak tanya, sekiranya saya ambil semua simkad itu, tetapi saya habiskan dahulu data 20gb di sim yang pertama, adakah ke 4empat simkad itu akan deactived sekiranya saya pakai melebihi 90 hari tanpa topup ? Atau masukkn simkad kedalam telefon baru mula active ? Mohon pencerahan, tq

        • Maksud aktif adalah:
          Untuk “self-collection”, ia akan berdasarkan penggunaan pertama panggilan, SMS atau data.
          Untuk pilihan penghantaran, SIM akan diaktifkan secara automatik 30 hari setelah penghantaran anda berjaya atau berdasarkan penggunaan pertama panggilan, SMS atau data.
          Untuk nombor lama, SIM akan diaktifkan secara automatik apabila pertukaran Telco anda berjaya. Kad SIM Unifi tersebut tiada tarikh “expiry”. Anda cuma perlu membuat tambah nilai atau belanjakan sebarang tambahan yang mempunyai caj dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembelian terakhir anda untuk kekal aktif.

  45. Mula2 kan guna 1 simkad=tahan 90 hari after diaktifkan..kalau ada 4 lg simkad blum diaktifkan lg cmne?Kira blh simpan lebih 90 hari ke sambil tnggu data simkad first habis

  46. Assalamualaikom, lpas habis promo data digunakan…pakej utk topup mcam mana ye, bayar topup brape dpt brape data, call n msj…lt mana saya boleh rujuk

  47. salam nak tya..sy register x dapat2..code dah dpt dari email bila diisi x de apa2 infoyg diberi..boleh admin bantu saya

  48. nak tnya…saya dah isi semua maklumat untuk dptkan 5sim unifi..lepas tu dia ade send mesej mengatakan simcard tu sudah boleb diambil…tapi saya sudah terbuang mesej itu..tapi saya blom amek lagi simcard tu ;)..ade cara tak..untuk dptkan 5 simcard itu semula?

    • boleh tengok kat email. order number…pergi je kat kaunter bg order number daripada email yg diguna masa daftar simkad…

    • Wassalam. boleh delete cuma masa nak guna untuk semak baki, reload dan data semua perlu melalui apps. untuk 3g data kena beli…yg free 20gb tak boleh guna untuk telefon 3G

  49. Assalamualaikum admin, saya cuba nak tick kt T&C tu, tapi tak ada space untuk tick dan saya pun takleh tekan i want to start tu. Kenapa ya?

  50. Salam nk tnye, knape sye punye simkad unifi ni tak 4g ye? Simkad umobile sye bole pule 4g, knape unifi tak 4g? Lepastu bile on data, tak bole guna.

    • yup dikatakan simkad kehabisan stock…biasalah barang free..hot…lambat tinggal…

  51. Kenapa sy nk daftar no dkt mobile unifi x bole ye walaupun da sms and call utk pertama kali?

    • tak faham maksud nini.. nak aktifkan simkad ke nak daftarkan simkad kat mobile apps..?

  52. Salam saya baru jer dpt daftar td dan berjaya buat. So boleh terus ambik ker atau nak tunggu 21 hb baru ambik.sbb dpt mesej td mcm suruh ambik 21 hb(bahasa english.saya kureng sikit hehe).

    • Wassalam. kalau sms katakan ambil 21 hlb kena ambil 21 hbln mungkin kerana TM Point telah kehabisan stok simkad.

    • hanya diberi tempoh 90 tetapi jika dah aktif perlu reload dan beli mana – mana pakej baru fully tiada expired. Kalau tak hanya 90 hari sahaja. (boleh baca kat term and condition.) setahu sayalah gitu..saya takut info saya salah lebih baik anda baca sendiri takut tarikh 90 hari bermula dari tarikh daftar.

  53. hye admin, sy nak tanya, if dah apply sim tu then time postage tu barang tak sampai, tapi bila trace state dah delivered. kena refer TM point eh kes macam ni? Thanks

  54. Lps call, internet &sms dah activated.. tapi saya masih tak boleh utk login di unifi apps.. mcm mana cara ye?.. dah berkali2 buat tapi masih x terima verification code.. ada cara ke tuan?

    • tak nak login pun takpe…nak login sebab nak reload dan nak tengok baki internet sahaja. Cuba buat password mudah contoh abcd1234

  55. Assalamualaikum nak tnye. Sy dh dftar 5 simkad. So boleh ke satu simkad tu sy aktifkan untuk fon saya dan simkad lain sy aktifkan di telefon oranf lain ?ke kena guna habis satu sim kad bru boleh pakai sim kad lain ?

    • reload terpulang berapa sebab melalui online banking. pakej data boleh ambil yang paling basic rm13 ringgit sahaja.

  56. Nk tnya betol ke sim kad unifi klau xnk gune kena pulang blk, tk cukup 5 sim kad kena denda…

        • kalau boleh snap part yang diberitahu tak…setahu saya kalau rosak dan hilang perlu dapatkan dgn TM Point dan perlu caj untuk replacement sim.

  57. hye, saya dh rigister and they told me to pick up 21 feb. Doa ada expired date tak? cause masa 21 tu i busy boleh ke ambil hari seterusnya?

    • takde expired tempoh pickup.. boleh pergi je ambil cuma kena pastikan cawangan TM tersebut ada stock simkad masa nak ambil…

  58. hye, saya dh rigister and they told me to pick up 21 feb. Doa ada expired date tak? cause masa 21 tu i busy boleh ke ambil hari seterusnya?

    • takde expired tempoh pickup.. boleh pergi je ambil cuma kena pastikan cawangan TM tersebut ada stock simkad masa nak ambil…

  59. “Your unifi mobile SIMs will be ready for self pick-up from 21st February 2018 onward.” dye ada bagitahu tak bila boleh ambil di TM, by email or sms?

    • boleh ambil bila bila masa setelpas 21 februari 2018 kerana stock insya Allah ada kat cawangan TM. Lambat habis stock simkad.

    • signup apps mobile unifi dan dalam tu ada tunjuk baki reload, pakaej data, pakej minit dan balance data.

  60. admin. saya ada buat delivery untuk beli sim unifi.tp dpt email unsuccesful payment sebab time nak bayar online tu internet slow so saya tutup. tapi bila try nk daftar balik,takboleh dah. boleh ke kalau saya pergi ambil di TM terus?

    • tak boleh maksudnya order dah siap ke macamana…order number dah dapat belum…kalau dah dapat terus je ke mana – mana tm point terdekat.

    • topup hanya boleh dibuat melalui apps mobile unifi dan reload menggunakan direct online banking ke mana – mana bank tempatan

  61. Hai nak tye kalau kita hanya guna 1 sim n yg lagi 4 bagi org lain guna contohnya mak ke ayh ke bleh tk?? So dlm satu masa kita active kn 5 sim sekali gus

    • 20gb one off sahaja selama 90 hari. kalau tak reload dan beli mana – mana addon pakej simkad akan terminate

  62. Saya daftar unifi guna balik number lama….
    Andai kata satu hari nanti saya nak beralih ke telco yang lain number saya ini boleh guna ke telco yang baru tersebut ke?

  63. kenapa sy pnye internet connection semua ok line H lagi..tp internet still xde xbole gune

      • Saya dah register bru tdi , dia kata sruh ambik 9 mac 2018 nnti , means kena ambik tarikh tu la ye ? Kena bayar apa-2 ka tem ambik sim tu nnti ?

        • yup kena ambik dari tarikh tuh disebabkan ramai yang mohon dan mereka pun telah tetapkan stock simkad di setiap cawangan dan untuk mengelak keadaan terlampu ramai customer dalam satu satu masa di TM Point. Kalau customer tak ramai boleh cubalah dgn bagi alasan tertentu…kalau ada rezeki dapatlah…huhuhu takde ikut jelah tarikh yang diberikan.

  64. Saya nak tanya saya dah dapat sim.sim nya pon dah boleh guna tapi satu je masalah. saya x boleh nak buat first login dia kat situ yang no saya not yet actived.

    • cuba semak sms setting center simkad unifi +601110499999. Kebiasaannya apabila simkad dimasukkan ke dalam telefon automatik akan aktif.

  65. Kenapa nk masuk kt App mobile@unifi slalu kluar “opss, this is awkward “.. Sampai skrg pn xlh nk masuk lg.. Nk cek data pn xblh..
    Ape problem dia..

    • tengah upgrade apps dah tuh..biasalah mereka pun nak improve jugak…bila dah ada feedback daripada customer, insya Allah penambahbaikan akan dibuat. tunggu sahajalah setelah diupdate.

    • kalau dah siap caj dan submit dah tak boleh dah…kalau belum boleh cuba start dari awal semula.

    • 1. “Uninstall” dan “install” aplikasi tersebut.
      2. Padam “cache” dan “browsing history” di telefon anda.
      3. Sila “restart” telefon anda.
      4. Sila cuba lagi

  66. Mcm mana nak aktifkan sim kad ni.. dah setting apn tak jadi ape pon.. pastu no service..

    • kebiasaannya masuk simkad je terus aktif…cuba setting sms center simkad unifi +601110499999

  67. Malam td dh aktif sim..boleh guna mcm biasa..cuma pagi ni dh xbole layari internet..line smua ok..ke nak kene topup dlu?

  68. Salam admin. Saya dh dpt Sim card ni. Saya active kan 1 sim card mlm tadi boleh guna takde masalah. Then saya active kn lagi 1 simcard malam yg sama tapi sim card yg saya active kn mula2 tu dh tak boleh guna pulak pagi ni. Kenapa ya? Memang boleh guna 1 je dlu ke mcm mana? :’D

    • boleh guna serentak je takde masalah. maksud takleh guna tu dari segi apa.. line takde ke internet tak dapat ke macamana?

  69. Kalau register 5 sim. Tp gunanya 1 @ 2 sim sahaja dulu boleh ke? Sebab hp boleh 2 sim je.. Lg 3 sim tuh akan expired ke cmne ke?

    • boleh je…kalau pickup kat tm point simkad akan aktif apabila simkad dimasukkan dalam phone dan guna data atau minit panggilan

  70. kalau pos kene bayar rm10.60 kan..pemilik sim perlu ada dekat rumah juga ke..or bole wakil tolong receive sim tu?

  71. kalau deliery kene bayar rm10.60 kan..pemilik sim perlu ada ke time receive or bole wakil orang lain dalam rumah tu untuk receive kalau kita kerja waktu tu?

  72. kalau sy dh dftar nombor sedia ada..nak cancel ade cara x.. kalau sy xon simkad baru die bagi adakah simkad lama masih boleh pakai?

    • simkad lama boleh pakai selagi tidak berjaya tukar ke simkad unifi. Proses tukar itu ambil masa paling cepat 24 jam paling lama 5 hari bekerja itu pun jika tiada apa – apa masalah…setelah simkad sampai memang kena ikut arahan delivery order untuk proses selanjutnya..

    • tengok pada simkad..kalau pickup kat TM Point simkad boleh aktif setelah dimasukkan dalam telefon dan guna mana – mana data/minit panggilan, jika melalui pos SIM akan diaktifkan secara automatik 30 hari setelah penghantaran anda berjaya atau berdasarkan penggunaan pertama panggilan, SMS atau data. Untuk nombor lama, SIM akan diaktifkan secara automatik apabila pertukaran Telco anda berjaya. Wany punya pickup ke delivery?

    • Nk tnya…sy pakai phone biasa mcm 3310 @ 3315…mcm mane sy nk check baki kredit dan nmbor phone..klau macam celcom *124#…mobile unifi ni ape yer??

      • awat hang p komen tang nih…hihihi semak baki hanya melalui apps mobile unifi. pakai phone apa pun semak kat situ..so far tiada USSD kod untuk semakan seperti mana celcom, digi, maxis dan umobile.

  73. Admin .. time kita nk isi maklumat time daftar tu , ada yg dekat lasat tu dya mintak NRIC AGENTS .. yg tu utk apa ya ..?

  74. Alhamdulillah.. da submit form.. invoice check email.. dpt pilih nombor berturut.. thanks admin penerangan yg cukup jelas dan mudah difahami..

  75. hai admin..semalam order hari ni dh dapat..cepatnya..tapi kenapa sy dpt 10gb je..3 simkad je..

    • itu kena tanya polici diaorang lah kenapa bagi 3 sim..sebelum nih 5 simkad maksimum…dan sekarang dengar citer TM bagi 10Gb dah percuma…

  76. bro.. assalammualaikum… saya dah dapt simkad tu.. lepas insert dlm phone line xde bro,, kena aktifkan ke mcm mana? cer explain.. tq

    • yup Wassalam. dapat simakad macamana? tengok pada simkad..kalau pickup kat TM Point simkad boleh aktif setelah dimasukkan dalam telefon dan guna mana – mana data/minit panggilan, jika melalui pos SIM akan diaktifkan secara automatik 30 hari setelah penghantaran anda berjaya atau berdasarkan penggunaan pertama panggilan, SMS atau data. Untuk nombor lama, SIM akan diaktifkan secara automatik apabila pertukaran Telco anda berjaya. Wany punya pickup ke delivery?

    • kebiasaannya pos laju…nak ambik kena tunjuk ic…tak tahulah pulak kalau tm hantar staff dia sendiri..

  77. HAI admin. Betul ke kalau dah tak nak guna lagi sim ni. Kena pulangkan balik, jika tidak akan di denda. Betul ke?

    • yang tu saya tak pasti la pulak..ada dapat maklumat kat mana tuh..boleh kongsikan kalau ada…

  78. Assalam tuan admin. kenapa bila apply cuma 3 sim shj dan bukan 5 sim.bole ke nak tmbh lg 2. tq

    • Wassalam. sekali je boleh apply sebab kalau nak apply awal – awal kena pilih 5 sim..kalau ada limit itu maksudnya pihak TM dah letak limit dah tuh..

  79. Assalamualaikum, tumpang tnya. Kalau dah dpt sim kad macam mana nak check no dia ye? Sebab sy takde dapat pun kertas yg ada tulis nombor setiap simkad ikut nombor siri tu…. dekat simcard tu semua takde tulis nombor telepon. takut tersalah dapat oder je…

    • Wassalam. itu saya tak pasti..maybe tak boleh sebab sekarang orang dah tak ramai pakai video call. ramai whatssap..telegram..live hanya inginkan speed yang laju sahaja.

  80. Assalam admin..

    Nak tya..adakah data yg x habis dlm masa 90 hari akan dibawa kedepan selepas beli pakej baru. Contoh beli pakej rm30 2gb+2gb. Baki data sblm ni ada 2gb lg. Lps tu jd data 4gb+2gb/2gb+4gb.

    • wassalam.data itu akan dibawa ke depan sekiranya akaun masih aktif. dari segi kiraan 2gb tu mengikut pakej yang dibeli. 3G/4G.

  81. ..sampai la ni tk boleh guna……dh menyampah… Tunggu nkcampak ke tong sampah jer.

    • subhanallah…boleh buat live chat dengan pihak tm untuk dapat kepastian lebih lanjut…semoga dapat membantu…

  82. saya baru daftar pagi tadi. Tapi saya tak dapat nk amik sim tu dlm this week. Klu amik mgu depan. Expired ke atau dh tak available ye

  83. knpa code sms xsmpai .. dh berkali kali cuba .. xboleh nk aktifkan my akaun

    • cuba betullkan sms center dan cuba guna dulu data free atau panggilan free untuk aktifkan simkad dan terus boleh cuba request sms kod untuk login ke akaun apps mobile unifi…

  84. Saya ada masalah sedikit. Simkad #1 saya tengah guna dan dah aktif. Lagi 2 simkad saya dah hilang taktau ke mana dan saya tk ingat nombor telefon dua2 tu. Yang tengah pakai saya tau la nombornya. Macam mana ni ya 🙁

    • kalau dah hilang tak dapt nak tolong lah yeaa…melainkan cuba buat live chat dengan pihak unifi.com,my

  85. kenape saya nak verify nombor hp dia bgtahu “we only accept malaysia number” 😂 sdangkan ni nbr malaysia.

    • maybe setting sms center kot…saya tak pernah jadi lagi..takleh nak share detail lah apa masalah sebenarnya…

  86. mcm mn sy nk cek balance sdgkn guna apps.. tp sy xde internet… start pki xdpt lgsg line internet.. how?

    • semak balance hanya melalui apps sahaja…boleh cuba guna data wifi dulu atau guna apps di telefon orang lain dulu.

  87. saya punya dpt msg ‘ we’ll sms your mobile data setting soon. get it from invox&install it . or type unifi at APN’ . dah set apn tu tp still tak available

    • itu sms biasa dihantar automatik bila masuk simkad atau tukar data service jika dua sim. itu akan membuatkan setting APN auto, jika tidak kena setup sendiri kat APN tukar nama ke unifi

  88. Assalam. nk tnya.mcm mana nak check kita dah guna brpe gb eh? nak tau dah habis guna ke blum..
    kena dail ke pergi dkt app dia?

    • Wassalam, nak semak baki boleh dibuat dengan menggunakan apps mobile unifi. boleh download dan install di android..

  89. mcm mana kalau dah lepas tarih untuk ambil simcad…boleh ambil lagi atau tidak?

    • boleh tengok kat emel yang dihantar masa daftar atau cuba buat miscall kat mana – mana nombor kerana ada 10 minit panggilan percuma yang diberi….

  90. Knp sy dh top up n cek balance mmg ada tp nk wat call dia ckp insufficient credit????

    • kena beli dulu puan selepas reload..kalau puan nak buat call beli pakej minit panggilan kalau nak internet beli pakej data…

  91. Saya baru masukkan sim kad baru tapi lupa nombor sim kad untuk dimasukkan ke unifi@mobile. Mcm mana cara untuk dapatkan no sim kad ?

    • semak emel yang diguna masa daftar atau buat miscall mana – mana nombor…

  92. Salam admin nak tanya, if sim tu daftar guna hsbnd punya ic time delivery tu dia akn cari tuan punya ic juge ke? Sbb hsbnd outstation lama baru balik rmh

  93. Saya dah order sim dgn cara ambil sendiri di TM Point, macam mana nak tau kalau sudah boleh ambil sim tu? Berapa hari tempoh untuk kite pick sim? Adakah lepas order esoknya dah boleh ambil?

    • boleh pergi je dekat TM Point yang dipilih untuk dicollect..tak perlu tunggu melainkan diaorang maklum semasa pendaftaran bila tarikh mula boleh collect…

    • boleh check kat web unifi/webe tetapi kebiasaanny telefon terkini 4G sudah band 5

  94. Assalamualaikum. saya nak tanya, kalau masukkan yg column agent tu maksudnya org lain boleh ambilkan ke simcard tu?

    • Wassalam. abaikan sahaja ruangan agent..untuk collect simkad hanya tuan punya badan kerana memerlukan ic semasa ambil simkad..

  95. bos nk tnya. basic internet tu kekal ke kena langgan jgk? sbb tarikh expired kn xde. kiranya internet xkn hilang kn smpai bila2

    • takde basic data…pakej internet sekarang dah diupdate mengikut promosi terkini…boleh install apps mobile unifi dan tengok kat dalam tu..ada pakej data terbaru…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *