Skip to content

MOHD ZAKI DOT COM

Life is too short.. No time to sad..

Menu
  • Home
  • About Me
    • My Story
    • My Produk
    • My Review
  • Legalities
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Terms and Conditions
  • Tips
    • Tips Adsense
    • Tips Affiliate
    • Tips Beli Rumah
    • Tips Blogger
    • Tips Hartanah
    • Tips Kewangan
    • Tips Melabur
    • Tips WordPress
    • Scam Alert
  • Buat Duit
  • Panduan Online
  • Download Percuma
  • Contact
Menu

Yess!!! Verify Pin Google Adsense Sudah Sampai

Posted on July 20, 2018July 30, 2019 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt Tuhan pencipta sekian alam. Perkara yang paling ditunggu – tunggu oleh blogger yang monetize menggunakan adsense adalah surat verify pin akaun yang kebiasaannya dihantar melalui pos ke alamat semasa kita daftar akaun.

Ini pengalaman akaun adsense bagi blog personal saya sendiri yang telah lulus dalam bulan Mac 2018 dan saya menggunakan alamat di Kampung, Jitra Kedah. Setelah cukup 10 USD dalam akaun adsense, pihak google akan hantar mail pos sekeping surat  kepada anda. Alhamdulillah saya punya blog traffic naik tinggi apabila saya buat artikel “simkad unifi” yang menarik perhatian ramai pelawat. Artikel tersebut viral dan di view oleh ramai orang, tak percaya cuba pergi ke google.com taip simkad unifi.

Alhamdulillah bila cukup 10USD google automatik pos surat, namun penantian adalah menghampakan saya sehingga melebihi sebulan membuatkan saya tertanya – tanya adakah pihak pos bermasalah atau posmen tak hantar surat atau salah alamat yang dimasukkan atau nama saya tak dikenali oleh posmen kerana alamat tersebut adalah alamat rumah mak mertua.

Saya kemaskini balik alamat yang sama cuma kedudukan nama saya dan diletak d/a (nama mak mertua) dalam ruangan tetapan”setting” di mana google sememanya beri peluang 3 kali untuk dikemaskini sekiranya surat tidak sampai. Keputusan selepas alamat dikemaskini surat masih juga tidak sampai…Aduh kecewa sangat – sangat, maka semakin bertambahlah kerisauan saya kerana sekiranya tidak sampai melebihi 3 kali kemaskini anda perlu verify menggunakan bil elektrik, air atau pun mykad yang tertera alamat tersebut.

Otak ligat mencari jalan penyelesaian, maybe alamat di Kedah jauh sangat kot sangkaanku walaupun pernah guna alamat yang sama bagi akaun isteri (sampai elok jerr). Saya cuba guna alamat di Selangor kerana saya yakin posmen di Selangor gigih dalam buat kerja dan bertindak pantas kerana pengalaman yang lepas di Selangor dalam dua minggu sudah sampai seperti mana akaun kawan – kawan yang saya pernah bantu sebelum ini.

Tergerak hati tanya kawan untuk menggunakan alamat beliau, setelah saya kemaskini menggunakan alamat rumah beliau. Alhamdulillah dalam dua minggu surat verify pin sudah sampai dan memang sah urusan pos di Selangor sangat laju dan pantas dalam buat kerja hahaha. Kesimpulannya letaklah alamat yang mudah untuk surat diterima dan dihantar oleh pos laju.

Apa yang penting setelah dapat Surat verify pin adalah anda perlu login akaun adsense dan ikut step seperti berikut:

Semoga membantu dan selamat mencuba. Sekian Wassalam.

2 thoughts on “Yess!!! Verify Pin Google Adsense Sudah Sampai”

  1. Ksjb @ kerjasendirijb says:
    August 5, 2018 at 4:35 pm

    Kesianlah blogger-blogger yang duduk dekat kampung belah-belah utara kalau macam ni.

    Log in to Reply
    1. admin says:
      August 7, 2018 at 7:47 pm

      tak jugak…ada je yang dapat..kes saya sebab tak familiar rumah alamat rumah mertua..kalau memang tinggal sana sampai jer…

      Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

SUBSCRIBE MY YOUTUBE CHANNEL

November 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
« Mar    

Bursa Malaysia Stock Watch

PRESTASI SAHAM BURSA MALAYSIA

Recent Posts

  • 10 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal
  • Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi di Negeri Johor
  • Pengenalan Cryptocurrency Bitcoin dan Platform yang diiktiraf di Malaysia
  • Jenis – Jenis Teknikal Trading yang dapat digunakan dalam Pasaran Kewangan
  • Panduan Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Di Bawah JAIS 2025

Recent Comments

  • admin on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • izam on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • Muhammad on Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online
  • admin on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Nadzmi on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article

Archives

Categories

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

SEDANG ONLINE

Pelawat Setia

  • 0
  • 20
  • 968,165
  • 424,082
©2025 MOHD ZAKI DOT COM | Design: Newspaperly WordPress Theme