Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kali ini saya ingin kongsikan sedikit Tips untuk memilih nama domain yang sesuai mengikut keperluan anda. Almaklumlah sekarang ni dah semakin ramai pengguna online untuk mempunyai blog atau web dan bukannya menggunakan platform percuma seperti blogspot. Penggunaan nama domain sendiri ada kelebihannya tersendiri yang mana fungsinya tiada di platform yang percuma. Pada masa kini telah ramai penyedia domain yang menyebabkan berlaku persaingan dalam pemasaran sehingga harga menjadi lebih murah dan tawaran juga tak masuk akal. Jika anda ingin beli saya sarankan guna penyedia domain berikut iaitu namecheap, namesilo, Serverfreak, internet webhosting dan juga Jomhosting, ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Walaubagaimanapun, pemilihan nama domain adalah sangat penting dan bukannya boleh ikut syok sendiri. Pilih nama domain ini ibarat memilih nama anak dan bukannya boleh sewang – wenangnya main hentam je. Bukan mudah untuk memilih nama domain yang sesuai dan berbaloi untuk dilaburkan bagi jangka masa yang panjang. Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan oleh anda semua untuk memilih nama domain yang sesuai;
1. Tetapkan tujuan domain itu dibeli.
Apa tujuan sebenar anda ingin mempunyai domain sendiri? Adakah untuk dijadikan blog personal atau blog yang mempunyai niche specifik atau anda ingin jadikan web untuk syarikat? Jika anda sudah kenal pasti tujuan sebenar, ini akan lebih memudahkan anda dalam memilih nama domain yang sesuai. Sebagai contoh saya ingin buat blog peribadi saya memilih nama mudah “mohdzaki.com” .
2. Nama domain yang ringkas, pendek, menarik dan mudah untuk diingati.
Pastikan anda memilih nama domain yang ringkas, pendek, menarik dan mudah untuk diingati supaya lebih ramai pelawat suka dan mudahh untuk datang ke blog anda. Sebaik – baiknya nama domain yang pendek adalah satu atau dua patah perkataan sahaja. Nama domain yang panjang menyukarkan pelawat untuk ingat dan taip dan ini mengurangkan pelawat yang akan datang ke blog anda. Contohnya antara domain “mohdzakimohamad.com” dan domain “mohdzaki.com” yang mana lebih mudah untuk anda ingat?
3. Nama domain mudah ditaip dan disebut orang ramai
Pilihlah nama domain yang mudah untuk ramai orang taip dan ingat dan jangan sesekali menggunakan nama ringkas dengan slang atau perkataan dengan pelbagai ejaan kerana ia akan menyukarkan pelawat untuk datang ke blog anda. Sebagai contoh yang mudah ditaip adalah “google” dan ia sentiasa menjadi sebutan orang ramai.
4. Gunakan Kata Kunci (Keyword)
Cuba gunakan kata kunci yang menggambarkan perniagaan atau perkhidmatan yang anda tawarkan, termasuk kata kunci (keyword) yang sering digunakan apabila orang mencari produk atau perkhidmatan anda. Ia membantu meningkatkan kedudukan anda di enjin carian dan secara tak langsung meningkatkan trafik.
5. Elakkan penggunaan nombor atau simbol pada nama domain dan tanda sengkang (-)
Mungkin sudah menjadi trend pada masa kini untuk ramai blogger atau pemilik laman sesawang menggunakan “2u”@ “4u”. Hal ini akan merugikan pemilik domain berkenaan jika pelawat tersalah taip alamat mereka. Contoh lain adalah seperti “infosihat2uu.com” mungkinkah ia dieja “infosihattouu.com” atau mungkin juga “infosihattoyou.com”.
Satu lagi contoh penggunaan nombor yang tidak baik pada nama domain iaitu meletakkan “0” {sifar} untuk menggantikan huruf “O”. contohnya “gadism0lek”. Ia bukan sahaja akan meneglirukan pelawat, tetapi juga akan merugikan pemilik blog berkenaan dari aspek trafik dari enjin carian. Pada pendapat anda, ada ke orang yang akan cari kayword “gadis m0lek” di google? Pasti mereka akan mencari perkataan “gadismolek”.
Nombor dan tanda hubung atau tanda sengkang sering menjadi salah faham. Orang yang mendengar alamat laman web atau blog anda tidak tahu sama ada anda menggunakan angka “2” atau dieja “dua”, atau mereka tersalah atau terlupa tanda sengkang ( – ) yang digunakan pada nama domain.
Oleh itu, untuk memudahkan seeloknya elakkan penggunaan nombor dan tanda sengkang dalam domain. Kecuali perniagaan anda memang dah dikenali ramai dan modal pemasaran yang besar. Contoh : Maybank2U.
6. Sasaran Kawasan Anda
Anda boleh gunakan nama kawasan sebagai sebahagian nama domain anda sekiranya anda ingin sasarkan mengikut kawasan Jika anda mengsasarkan perniagaan anda untuk pasaran tempatan, anda boleh masukkan nama bandar atau negeri dalam nama domain. Ini membuatkan pelanggan tempatan mudah untuk mencari dan mengingat nama domain yang anda gunakan. Sebagai contoh: nasiayamputrajaya.com, dan lain-lain.
7. Selidik Nama Domain
Pastikan nama domain yang anda pilih bukan nama yang telah di trademark, hakcipta atau digunakan oleh syarikat atau orang lain. Ia boleh menyebabkan pelbagai implikasi pada masa akan datang jika nama tersebut telah diguuakan oleh orang lain terutama nama yang telah dipaternkan kenaa saman menyaman boleh terjadi. Melainkan anda mendapat kebenaran terlebih dahulu untuk menggunakan nama berkenaan.
8. Guna Domain Extension Yang Sesuai
Domain extension adalah akhiran seperti .com, .net, .org, .com.my, dan .my pada akhir alamat laman web atau blog. Ini boleh mempunyai kegunaan tertentu. Jadi, pastikan pilih satu extension yang sesuai untuk perniagaan anda.
.com = singkatan untuk company, commerce dan community
.net = teknikal, laman infrastruktur internet
.org = pertubuhan bukan komersial dan non-profit
.info = laman-laman informasi
.biz = perniagaan atau komersial, seperti laman e-dagang
.me = blog, resume atau laman peribadi
9. Lindungi dan Bina Jenama Anda
Untuk lindungi jenama anda, anda perlu beli pelbagai domain extension, dan juga “versi salah eja” nama domain anda. Ini untuk menghalang pesaing daripada mendaftar versi lain dan memastikan pelanggan anda akan diarahkan ke laman web anda, walaupun jika mereka tersalah taip domain anda.
Sebagai contoh, jenama Google dilindungi dengan setiap domain google.net, google.info, google.biz, google.me dan lain-lain yang ditaip akan dibawa ke laman utama Google.com, walaupun tersalah taip gogle.com atau googl.com juga akan masuk ke laman web yang sama milik Google.
10) Jangan terburu-buru dan jangan berlengah-lengah.
Nama domain boleh diibaratkan seperti seorang gadis yang cantik. Jika anda tidak berhati-hati, mungkin anda akan trsalah pilih pisau cukur yang memudaratkan anda. Dan sekiranya anda terlalu berlengah-lengah, pasti akan ada jejaka kacak lain yang mendampingi gadis cantik berkenaan.
Tetapi sekiranya perkara-perkara ini tidak dapat dielakkan, sila pastikan anda membuat promosi besar-besaran untuk memperkenalkan nama domain anda.
Selamat memiliki domain idaman sendiri.