MOHD ZAKI DOT COM

Life is too short.. No time to sad..

Menu
  • Home
  • About Me
    • My Story
    • My Produk
    • My Review
  • Legalities
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Terms and Conditions
  • Tips
    • Tips Adsense
    • Tips Affiliate
    • Tips Beli Rumah
    • Tips Blogger
    • Tips Hartanah
    • Tips Kewangan
    • Tips Melabur
    • Tips WordPress
    • Scam Alert
  • Buat Duit
  • Panduan Online
  • Download Percuma
  • Contact
Menu

Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam

Posted on September 6, 2021September 8, 2021 by admin

Masih ramai penjawat awam tidak tahu bahawa setiap penjawat awam boleh memohon Kemudahan Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam bagi memenuhi keperluan diri atau keluarga bagi permudahkan segala kerja harian.

Apakah Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam ?

Pembelian komputer dan telefon pintar (Smartphones) yang dibenarkan adalah pembelian yang baharu termasuk perkakasan tambahan dan perisiannya.

Pegawai Perkhidmatan Awam yang masih berkhidmat, dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan layak untuk memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam.

Di sini akan diterangkan maklumat lanjut berkenaan Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam supaya lebih ramai mendapat manfaat bersama.

Skim Pinjaman Pembelian Komputer

Khas untuk buat pembelian komputer yang dibenarkan adalah pembelian komputer baharu sahaja termasuk perkakasan dan perisiannya.

Maksud bagi Komputer yang dinyatakan dalam pekeliling ini dikelaskan kepada tiga kategori seperti berikut:

  1. komputer desktop;
  2. komputer riba; dan
  3. komputer tablet.

Manakala maksud Perkakasan dalam pekeliling ini dikelaskan kepada tiga (3) kategori seperti berikut:

  1. mesin pencetak;
  2. mesin pengimbas; dan
  3. peranti pelbagai fungsi (multifunction device).

Skim Pinjaman Pembelian Telefon Pintar (Smartphones)

Pembelian telefon pintar (smartphones) yang dibenarkan adalah pembelian telefon pintar (smartphones) baharu termasuk perkakasan tambahan.

Harus diingat bahawa pemohonan untuk membuat pembelian melebihi daripada satu unit telefon pintar adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Pembelian telefon pintar (smartphones) di bawah pakej jalur lebar dibenarkan namun demikian pembiayaan adalah tidak termasuk bayaran langganan bulanan.

Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam

Syarat-syarat Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam

Ramai yang tertanya – tanya apakah syarat asas bagi melayakkan pegawai sektor awam membuat pinjaman komputer dan telefon pintar (smartphones)?

  1. Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok
  2. Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan komputer tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan

Had kelayakan Maksimum Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam

Berapakah had kelayakan maksimum bagi pinjaman komputer dan telefon pintar (smartphones)?

Jumlah atau amaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM5,000.00 dan akan dikira kepada angka ratusan ringgit yang kurang.

Sebagai contoh, harga komputer :-

a. Jika RM4,888 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM4,800.

b. Jika RM5,199 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM5,000.

Tempoh Bayaran Balik Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam

Berapa lamakah tempoh bayaran balik maksima yang dibenarkan?

Tempoh bayaran balik maksima yang dibenarkan adalah 48 bulan.

Pinjaman Kali Kedua & Seterusnya

Bolehkah pegawai membuat pinjaman komputer dan telefon pintar (smartphones) kali kedua?

  1. Boleh, dibenarkan membuat pinjaman komputer setiap tiga (3) tahun sekali.
  2. Permohonan baru hanya boleh diluluskan selepas tiga (3) tahun dikira mulai tarikh kelulusan sebelumnya dengan syarat pinjaman sedia ada telah diselesaikan.
    (SPP 10/2009 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010)

Cara Permohonan Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (smartphones) Anggota Perkhidmatan Awam (Borang Kew. 317) seperti yang dilampirkan di Lampiran A. Borang Permohonan hendaklah disediakan sebanyak tiga (3) salinan dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan Kementerian/Jabatan Pegawai.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan setiap sebut harga dan menyenaraikan butiran yang hendak dibeli. Sebut harga daripada pembekal yang berdaftar berdasarkan undang-undang di Malaysia sahaja sama ada diperoleh secara terus atau atas talian (online) adalah diterima.

Cara Pembayaran Balik Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam

  1. Pembayaran pinjaman dibuat dengan potongan gaji.
  2. Pemberhentian potongan gaji adalah secara automatik mengikut tempoh perjanjian.

Sekiranya potongan gaji peminjam masih berjalan selepas tamat tempoh pinjaman, peminjam perlu memaklumkan kepada Bahagian Akaun Kementerian peminjam untuk tindakan pemberhentian potongan gaji.

Setelah pemberhentian berjaya dilakukan, peminjam perlu mengemukakan salinan slip gaji potongan terlebih potong dan slip gaji terkini kepada Bahagian Kewangan untuk tujuan pulangan balik bayaran pinjaman.

Caa Membuat Penyelesaian Awal Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam

Di sertakan beberapa prosedur sekiranya ingin membuat penyelesaian awal baki pinjaman komputer dan telefon pintar:

i. Peminjam perlu mendapatkan surat pengesahan baki pinjaman melalui proses pertanyaan baki untuk penyelesaian sekaligus/ tamat potongan samada melalui :

a) Bahagian Akaun Kementerian peminjam
b) Secara online di SEMAKAN PERTANYAAN BAKI PINJAMAN

ii. Peminjam perlu membuat pembayaran mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

iii. Peminjam perlu mengemukakan salinan bukti pembayaran kepada Bahagian Kewangan/Akaun untuk tujuan pemberhentian potongan gaji.

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanya dan untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 9.1.1 PDF di bawah:

DONWLOAD

WP-9.1-1

Sumber: SemakOnline

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

32 − 27 =

SUBSCRIBE MY YOUTUBE CHANNEL

August 2022
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Sep    

Bursa Malaysia Stock Watch

PRESTASI SAHAM BURSA MALAYSIA

Artikel Popular

  • Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online 81,662 views
  • My Review Penggunaan Simkad Mobile Unifi @ Unifi Mobile 58,878 views
  • Dapatkan 5 Simkad Mobile Unifi PERCUMA 58,679 views
  • Cara Mudah Untuk Buat Direct Link Whatsapp Tanpa Save Nombor Telefon 45,242 views
  • Cara Menukar Profile Facebook Menjadi Fan Page dan Menggabungkan Dua Fan Page Menjadi Satu 8,430 views
  • Cara Mohon dan Semakan Status Pendaftaran i-Suri Caruman KWSP Suri Rumah (eKasih) 6,234 views
  • Buat Duit Dengan Facebook Instant Article 4,447 views
  • Scammer SRS Mobile Topup Myprepaid2u 4,397 views
  • Kisah Saya Pilih Kredit Kad yang Terbaik 4,295 views
  • Panggilan Scammer daripada Nombor +01 3,329 views

Recent Posts

  • Semak Bayaran Bantuan Khas Covid-19
  • Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam
  • Berapakah Brokerage Fee yang dicaj oleh Syarikat Broker Saham? Ramai yang tak tahu
  • Ayuh Kenali Istilah Perkataan Yang Digunakan Dalam Pelaburan Saham
  • Scammer Guna Teknik Request 1 Sen Buat Pengguna BigPay Apps, Hati – Hati Semua

Recent Comments

  • Muhammad on Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online
  • admin on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Nadzmi on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Roy on Cara Mudah Daftar Facebook Instant Article
  • admin on Cara Mudah Daftar Facebook Instant Article

Archives

Categories

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

SEDANG ONLINE

Pelawat Setia

  • 0
  • 29
  • 717,298
  • 360,869
©2022 MOHD ZAKI DOT COM | Design: Newspaperly WordPress Theme