Skip to content

MOHD ZAKI DOT COM

Life is too short.. No time to sad..

Menu
  • Home
  • About Me
    • My Story
    • My Produk
    • My Review
  • Legalities
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Terms and Conditions
  • Tips
    • Tips Adsense
    • Tips Affiliate
    • Tips Beli Rumah
    • Tips Blogger
    • Tips Hartanah
    • Tips Kewangan
    • Tips Melabur
    • Tips WordPress
    • Scam Alert
  • Buat Duit
  • Panduan Online
  • Download Percuma
  • Contact
Menu

Scammer SRS Mobile Topup Myprepaid2u

Posted on November 1, 2017July 30, 2019 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Kali ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman yang agak mengerikan tetapi Alhamdulillah terlebih dahulu kerana saya lebih awal telah tahu bahawa orang yang cuba nak scam saya adalah seorang scammer. Nak tahu kaedah awal sama ada orang tersebut scammer atau tidak gunalah kaedah mudah semak akaun penipu online. Ini number adalah scammm!!! 0172511821 atau 017-2511821.

Seperti biasa sebelum ni pernah dicuba beberapa kali tetapi saya tidak melayannya. Almaklumlah telefon telah saya tukar dan semua rekod wassap telah hilang dan bagi nombor yang tidak disimpan pasti akan keluar new wassap number .

Alhamdulillah sekali lagi kerana saya terselamat daripada scammer. Permulaannya adalah daripada wassap yang memaklumkan bahawa semua pembayaran Bil menggunakan Topup SRS Myprepaid2u Mobile Server akan mendapat 3%. Beliau memaklumkan bahawa dirinya adalah Muhaimin yang mana terus terlintas dikotak pemikiran bahawa dia adalah tuan punya kepada Sistem Myprepaid2u dan kita kalau tak teragak – agak pasti akan terpedaya kerana seronok apabila tuan punya sistem nak update untuk kita 3% setiap bill yang dibayar melalui SRS Myprepaid2u.

Dan beliau meminta saya semak dalam akaun agen di apps Agent Info dan saya memaklumkan bahawa tiada sebarang perubahan dan beliau akan update sekali agi dan minta saya semak jika tidak dapat sila tukar password kepada password normal 1234aaaa untuk update semua percent. Saya tak berapa layan. Namun beliau cuba kaedah kedua iaitu request new password pada bahagian Forget Password, bagaimana dia buat saya tak pasti dia request bagi pihak saya. Dan dia minta saya fowardkan sms yang dihantar bagi request new password ke nombor yang saya daftar untuk login akaun myprepaid2u.

Tunggu punya tunggu dapat sms berkenaan new password dan dalam sms tersebut akan dapat 8 digit new password dan link ebook panduan dan turut dinyatakan password tidak boleh diberi kepada sesiapa termasuk admin. Ermmmm.. dalam hati terus terfikir adakah perlu bagi atau tidak. Ambik masa kejap fikir dan tidak reply wassap beliau. Kerana ayatnya sangat membuatkan kita tak fikir panjang iaitu “forward sms sekarang” huhuhuhu…

Sebelum hantar sms saya edit sedikit password dan terus hantar kepadanya dan dapat sms lagi nampaknya beliau request lagi sekali sampailah tiga kali, nampaknya usaha beliau tidak mudah putus asa. Ketiga – tiga password tersebut saya edit..hihihi Maaf yeaa scammer jika tuan punya badan terbaca. Sampailah akaun saya tak boleh nak login..hahaha mungkin suspend kot bila saya cuba request password sendiri belum berjaya. Takpe saya bersabar dan terus menunggu respond daripada admin Myprepaid2u.

Kenapa beliau cuba scam saya itu saya tidak pasti, yang pasti dalam akaun SRS TOPUP Myprepaid2u saya hanya ada RM3.875 sahaja bukannya beribu riban. dan kenapa boleh berlaku mungkin system SRS Myprepaid2u ada kelemahan di mana pihak ketiga boleh request forget password bagi orang lain kebiassannya untuk request password adalah perlu menggunakan nombor yang digunakan untuk login sistem agen. Mungkin pihak admin perlu upgrade sistem untuk lebih baik dan lagi selamat pada masa akan datang dan sudah pasti fraud atau scam seperti ini tidak berulang lagi.

Diingatkan juga bagi agen, dealer, master dealer atau mini server topup SRS mana – mana khususnya Myprepaid2u ingat pesan awal – awal daripada Admin bahawa password tidak boleh diberitahu kepada sesiapa termasuk admin. Fikir  – fikirkanlan di atas kelemahan sistem dan kelemahan diri sendiri mana – mana pihak akan cuba ambil kesempatan. Saya berharap perkongsian ini dapat membantu anda dan memberi manfaat kepada semua agar lebih berhati – hati dan dijauhkan sama sekali daripada terlibat sebagai scammer atau terkena scam oleh scammer.

Sila kongsikan artikel ini semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Scammer SRS Mobile Topup Myprepaid2u”

  1. Izan Idrus says:
    July 27, 2018 at 7:04 am

    Zaki ,aku baru je kena tdk habis kdt aku dia sapu ,admin encik muhaimin pun takde respon.sistem myprepaid2u pun banyak kelemahan .

    Log in to Reply
    1. admin says:
      July 27, 2018 at 7:28 am

      ya Allah.. camne leh terkena…muhaimain lambatsikit reply sebab dia banyak agen/dealer/mini server tak terlayan kalau semua dok wahtssap…btw berhati – hatilah…scammer di mana – mana..

      Log in to Reply
  2. Khalil bin abd majid says:
    August 3, 2018 at 4:37 pm

    Saya tukar nombor sebab nombor lama tu hilang kena curi

    Log in to Reply
    1. admin says:
      August 5, 2018 at 12:26 am

      oooyeke…nak tukar kena direct dgn owner…

      Log in to Reply
  3. Maria says:
    October 4, 2018 at 2:34 am

    Yes right,SRS Mobile is money scammer,becareful

    Log in to Reply
    1. admin says:
      October 6, 2018 at 7:34 am

      bukan srs mobile topup scammer..individu yang cuba tipu mana – mana agen/dealer/master dealer yang berdaftar dengan myprepaid2u..so kalau anda sebagai penjual topup tu berhati – hatilah…

      Log in to Reply
  4. malex says:
    November 22, 2019 at 9:52 am

    saya pun dpt no yg sama pd bulan 8/2019 ..dan saya tahu awal die scammer sbb sy trus chat dengan c.service srs..alhamdulillah laa..haha

    Log in to Reply
    1. admin says:
      November 22, 2019 at 12:57 pm

      Alhamdulillah..Nasib baik tak terkena…huhuhu

      Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

SUBSCRIBE MY YOUTUBE CHANNEL

January 2026
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Mar    

Bursa Malaysia Stock Watch

PRESTASI SAHAM BURSA MALAYSIA

Recent Posts

  • 10 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal
  • Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi di Negeri Johor
  • Pengenalan Cryptocurrency Bitcoin dan Platform yang diiktiraf di Malaysia
  • Jenis – Jenis Teknikal Trading yang dapat digunakan dalam Pasaran Kewangan
  • Panduan Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Di Bawah JAIS 2025

Recent Comments

  • admin on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • izam on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • Muhammad on Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online
  • admin on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Nadzmi on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article

Archives

Categories

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

SEDANG ONLINE

Pelawat Setia

  • 0
  • 26
  • 991,074
  • 433,330
©2026 MOHD ZAKI DOT COM | Design: Newspaperly WordPress Theme