Skip to content

MOHD ZAKI DOT COM

Life is too short.. No time to sad..

Menu
  • Home
  • About Me
    • My Story
    • My Produk
    • My Review
  • Legalities
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Terms and Conditions
  • Tips
    • Tips Adsense
    • Tips Affiliate
    • Tips Beli Rumah
    • Tips Blogger
    • Tips Hartanah
    • Tips Kewangan
    • Tips Melabur
    • Tips WordPress
    • Scam Alert
  • Buat Duit
  • Panduan Online
  • Download Percuma
  • Contact
Menu

Perkara Penting Perlu Dibuat Apabila Dapat Kunci Rumah Baru

Posted on March 22, 2018July 30, 2019 by admin

Setiap orang yang membeli rumah baru sememangya suka dan teruja apabila mendapat kunci. Hari penerimaan kunci rumah baru adalah merupakan hari yang sangat bermakna kerana mungkin rumah yang dibeli adalah untuk diduduki bersama keluarga tercinta. Sudah pasti sentiasa fikir berkenaan kecantikan rumah tersebut sehingga lupa untuk membuat semakan yang mana boleh menyebabkan mereka menyesal seumur hidup mereka.

Kenapa saya cakap begitu? Kerana masih ramai di luar sana yang tidak tahu apa yang perlu dibuat setelah mendapat kunci rumah baru. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang dikongsikan oleh sahabat facebook Azizul Azli Ahmad, mudah – mudahan dapat membantu anda semua.

SENARAI SEMAK KEADAAN RUMAH BARU

Bila kita terima kunci rumah dari pemaju, mohon semak dulu ruang ini.

Pemaju akan menanggung kecatatan rumah dalam tempoh 18 – 24 bulan kehadapan. Jangan ubah suai rumah dalam tempoh ini sebaiknya kawan.

1. Pastikan tiada takungan air dalam lantai tandas. Buat ujian air dengan simbah sebaldi air, pastikan air mengalir kelubang saliran.

2. Tiada jubin lantai yang retak, sumbing atau pecah.

3. Keadaan lantai bersih, tiada kesan tumpahan cat atau najis tukang buat rumah.

4. Keadaan dinding tiada keretakkan atau cat merekah.

5. Kesan lembapan dalam dinding akibat paip bocor, paip ada dalam dinding.

6. Setiap kunci pintu berfungsi dengan baik.

7. Tingkap dan pintu dapat dibukak tutup dengan baik dan rapat tanpa regangan.

8. Kualiti kayu pada pintu dalam keadaan baik tidak merekah atau berlubang dimakan ulat.

9. Tiada kesan kebocoran pada setiap tingkap, lihat keadaan selepas hujan lebat kawan!

10. Keadaan siling tidak beralun, retak, rata dan tidak melendut.

11. Pastikan tiada kesan air dan lumut pada siling,ini tanda kebocoran berlaku.

12. Pasang lampu seharian untuk uji arus elektik dan pendawaian baik dalam rumah.

13. Uji semua soket elektrik pastikan ianya berfungsi, guna plug hp untuk menguji juga boleh dilakukan.

14. Pastikan sinki tidak bocor dan berfungsi dengan baik.

15. Semua saluran dan tekanan air berfungsi dengan baik dan sekata. Lebih istimewa ajak isteri mandi sama sama!

Lebih istimewa waktu periksa ini dah ada orang rumah, boleh cat rumah sambil pegang tangan sama sama ?

Semoga kalian semua mendapat manfaat, sila kongsikan tips ini untuk sahabat – sahabat anda sekalian.

 

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

SUBSCRIBE MY YOUTUBE CHANNEL

May 2025
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Mar    

Bursa Malaysia Stock Watch

PRESTASI SAHAM BURSA MALAYSIA

Recent Posts

  • 10 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal
  • Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi di Negeri Johor
  • Pengenalan Cryptocurrency Bitcoin dan Platform yang diiktiraf di Malaysia
  • Jenis – Jenis Teknikal Trading yang dapat digunakan dalam Pasaran Kewangan
  • Panduan Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Di Bawah JAIS 2025

Recent Comments

  • admin on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • izam on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • Muhammad on Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online
  • admin on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Nadzmi on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article

Archives

Categories

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

SEDANG ONLINE

Pelawat Setia

  • 0
  • 44
  • 935,302
  • 414,538
©2025 MOHD ZAKI DOT COM | Design: Newspaperly WordPress Theme