Masyarakat telah mengelaskan kita semua kepada golongan kaya dan miskin. Jika dilihat di antara kedua-dua kumpulan ini, perbezaan yang paling ketara adalah berapa jumlah wang yang mereka ada.
Sebenarnya, perbezaan sebenar di antara orang kaya dan orang miskin BUKAN terletak kepada pendapatan bulanan mereka. Membandingkan duit dalam akaun bank seseorang adalah persepsi yang salah tetapi sering dijaja sana sini.
Kerana realitinya jumlah wang yang dimiliki seseorang adalah hasil daripada mindset dan tindakan seseorang. Disitulah terletaknya perbezaan sebenar!
Selain daripada golongan miskin dan kaya, juga terdapat golongan pertengahan. Bahasa jawanya middle class. Apakah pula bezanya? Kenapa pula sesetengah orang berjaya keluar daripada kemiskinan tetapi sangkut pula di tengah-tengah? Kenapa mereka tak teruskan perjalanan untuk menjadi kaya?
8 Perbezaan Orang Kaya, Pertengahan dan Miskin
1. Matlamat dan Gaya Hidup
Miskin: Nak teruskan hidup (survive), berfikir dari sehari ke sehari, kais pagi makan pagi
Pertengahan: Nak selesa, berfikir dari gaji bulanan ke gaji bulanan seterusnya
Kaya: Nak bebas kewangan, berfikir dari setahun ke setahun dan lebih jauh lagi
2. Perbelanjaan dan Hutang
Miskin: Bayar guna wang tunai atau berhutang
Pertengahan: Bayar guna kad kredit dan buat hutang baru sebaik sahaja satu hutang selesai
Kaya: Bayar guna kad kredit tetapi buat bayaran penuh, tahu bagaimana manfaatkan hutang
3. Pemikiran dan Perbualan
Miskin: Sibuk berborak tentang orang lain
Pertengahan: Sibuk berborak tentang perkara materialistik
Kaya: Sibuk berborak tentang idea-idea baru
4. Sikap Terhadap Pekerjaan dan Mindset
Miskin & Pertengahan: Bekerja ala kadar, kurang mengambil risiko
Kaya: Ambil risiko yang terkawal, mencabar diri sendiri untuk menjadi yang terbaik
5. Duit dan Peluang
Miskin & Pertengahan: Kurang, peluang sedikit dan duit susah untuk diperolehi
Kaya: Melimpah-ruah, banyak peluang untuk menjana duit
6. Sikap dan Motivasi
Miskin & Pertengahan: Tak sabar, kalau boleh nak hidup yang selesa hari ini juga
Kaya: Berkorban hari ini untuk keselesaan pada masa akan datang
7. Kekayaan dan Halangan
Miskin & Pertengahan: Saya tak mampu dan saya tak boleh
Kaya: Bagaimana saya mampu untuk memilikinya? Bagaimana saya boleh belajar untuk lakukannya?
8. Masa Lapang dan Perlaksanaan
Miskin & Pertengahan: Tengok televisyen, gosip serta dikelilingi oleh perkara kebendaan
Kaya: Kayakan diri sendiri dengan ilmu, bantu orang lain dan menambah nilai kepada orang lain
Ubah Mindset Biasa-Biasa
Orang Melayu masih percaya dengan ideologi rezeki dari Allah dan redha bila tiada duit tanpa sebarang usaha. Rezeki itu atas izin Allah, itu betul tetapi bukan untuk manusia yang tanpa usaha. Duit memang tak boleh bawa ke mati tetapi tanpa duit kau boleh mati atas izin Allah.
Orang Melayu benci susah tapi rela hidup susah. Susah mana jika handphone masih punya kredit, rumah masih berlampu dan masih punya baju?
Jom Muhasabah Diri
Bukan semua orang dilahirkan kaya, tetapi jika tidak berusaha – sampai bila-bila pun ditakuk yang sama. Cuba jujur dengan diri sendiri, berdasarkan 8 perkara di atas kau dalam kategori yang mana?
Saya percaya, ramai daripada kita yang masih berada di golongan pertengahan. Kalau nak kaya, banyak ilmu nak kena belajar, banyak mindset nak kena tukar, banyak pengorbanan yang perlu dibuat – lambat-laun dengan izin Allah, satu hari akan jadi kaya juga….atau terpaksa kaya, sebab dah set dalam otak untuk jadi orang yang kaya.
Jangan pula dah kaya nanti, tak nak tolong orang lain untuk jadi kaya bersama-sama. Orang Melayu kata dah kaya baru bantu orang miskin, tapi Islam kata kalau nak kaya bantulah orang miskin.
Sumber:majalahlabur.com