Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Moga sahabat semua sihat sentiasa dan kali saya ingin kongsikan berkenaan penipuan yang dilakukan atas talian dengan pembayaran melalui interbank menggunakan Giro/IBFT Tansfer Scheduled Payment. Kebiasaan teknik ini adalah cubaan nasib penipu ke atas pembeli yang leka dan tidak teliti dalam menyemak transaksi duit sudah diterima atau pun tidak.
Bagi saya sendiri, saya akan semak melalui online sekiranya duit sudah masuk barulah proses pengeposan akan dibuat walaupun menggunakan interbank giro/IBFT transfer kerana saya tidak ingin mengambil risiko. Namun demikian ada juga penjual tidak boleh semak online kerana tiada online banking malah terima bulat – bulat bukti bayaran yang diberi oleh pembeli dan terus membuat proses pengeposan. Sekiranya keadaan ini berlaku bererti anda telah terkena dengan teknik penipuan tersebut walaupun penipu hanya cuba nasib dek ketidak telitian penjual.
Nak tahu macamana caranya? okeh kita ikut perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial Hafifi Hafidz, berkenaan penipuan pembeli atas talian yang menggunakan teknik pembayaran berjadual (Scheduled Payment).
Berikut ialah modus operandi pembeli scammer untuk menipu penjual atas talian dengan meggunakan resit asli, tetapi wang tidak masuk ke akaun penjual.
1. Buat SCHEDULED PAYMENT
2. Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datang
Contoh : Pembeli beritahu akan bank in hari ni 9 Oktober 2018. Tapi masa pembayaran atas talian dibuat, dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 12 Oktober 2018.
3. Ini bermakna penjual akan menerima bayaran tersebut pada 12hb Oktober. Bukan 9hb Oktober.
4. Selepas selesai transaksi, resit akan di ‘screenshot’ dan pembeli tersebut akan hantar resit tersebut kepada penjual sebagai bukti pembayaran.
5. Disini masalah bermula, resit yang pihak bank keluarkan sama dengan ‘normal transfer’. Tiada cacat cela. Tiada langsung mengatakan transaksi ini adalah SCHEDULED TRANSFER.
6. Paling tak menyenangkan atas resit ada perkataan SUCCESSFUL.
7. Penjual terima resit. Nampak asli dan terus pos barang tanpa menyemak baki akaun.
8. Bila pembeli dah dapat ‘tracking’ number barang, dia akan batalkan SCHEDULED PAYMENT tersebut.
9. Makanya melopong penjual berkenaan bila mana barang dah di pos.
10. Kerana walaupun transaksi dibuat pada 9 Oktober resit pun nyatakan transaksi dibuat pada 9 Oktober. Tapi duit tak masuk sebab SCHEDULED PAYMENT boleh di batalkan pada bila masa sahaja.
11. Lagi haru ialah walaupun baki dalam akaun kita tinggal RM2, kita masih boleh buat SHEDULED PAYMENT. Jadi penipu bebas letak apa-apa amaun yang dia nak.
12. Tanpa perlu batalkan transaksi tersebut pun, bila tiba hari yang dijadualkan, bila sistem semak baki akaun tak cukup, maka transaksi tersebut akan automatik batal.
13. Maka seronoklah penipu dapat barang tanpa perlu buat bayaran.
SEMAK AKAUN SELALU!
Kredit: Hafifi Hafidz
Diharapkan perkara ini mendapat perhatian daripada pihak bank dan mencari langkah bersesuaian untuk mengurangkan salah guna fungsi ini dari semasa ke semasa agar penipuan dapat dielakkan.