Skip to content

MOHD ZAKI DOT COM

Life is too short.. No time to sad..

Menu
  • Home
  • About Me
    • My Story
    • My Produk
    • My Review
  • Legalities
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Terms and Conditions
  • Tips
    • Tips Adsense
    • Tips Affiliate
    • Tips Beli Rumah
    • Tips Blogger
    • Tips Hartanah
    • Tips Kewangan
    • Tips Melabur
    • Tips WordPress
    • Scam Alert
  • Buat Duit
  • Panduan Online
  • Download Percuma
  • Contact
Menu

Handphone dan Media Sosial Musibah Akhir Zaman

Posted on August 19, 2019 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini aku rasa terdetik nak kongsikan penulisan ini yang dibuat oleh siapa aku tak pasti yang pasti tulisannya membuatkan aku rasa sentap dan mungkin boleh memberi kebaikan bagi kalian yang membaca semua. Oleh itu, bagi aku sebaiknya aku kongsikan mana tahu kalian juga akan mendapat manfaat dan diharapkan yang menulis ini diberi kebaikan dunia dan akhirat.

Khutbah Jumaat Masjidil Haram Jumaat lepas. (Jumaat bila aku tak pasti sebab tiada tarikh yang dinyatakan)

DADAH HANDPHONE TEMAN DI KUBUR

*Teks khutbah* imam Masjidil Haram tentang bahayanya media sosial, ia panjang tapi bacalah pelan2, lepas tu bagilah pandangan berkaitan dengan apa yang sedang dibincang ini.

MUSIBAH AKHIR ZAMAN ?

Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud Asy-Syuraim ketika membaca khutbah Jumaat beliau berkata:

“Adakah kita tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya WhatsApp, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?

Hal ini merupakan ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah Ta’ala.

Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih WhatsApp, Twitter, Facebook, Youtube, Instagram dan seangkatan dengannya.

Kenapa hati kita menjadi keras? Itu akibat seringnya kita melihat video yang mengasyik dan melalaikan dan juga kejadian-yang di share di WhatsApp.

Banyak perkara pelik-pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.

Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.

Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali persaudaraan?

Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui WhatsApp saja, seakan-akan kita bertemu di alam maya sahaja setiap hari.

Namun bukan begini tatacara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.

Kenapa kita sangat sering mengumpat, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorang pun.

Itu kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah (umpatan) terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke group2 lain.

Dengan begitu cepatnya kita mengghibah (mengumpat), sedang kita tidak sedar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.

Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.

Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita. Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman.

Suami-isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami. Terlalu sibuk dengan handphone di tangan.

Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.

Sedang memandu, HP juga di tangan. Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.

Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.

Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul Quran?

Adakah kita yang mengengkari hal ini? Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih?

Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur? Apakah Handphone?

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggungjawab dan agama kita.

Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita.

Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan.

Wallahu a’lam…

Semoga Bermanfaat

Kongsikan jika kalian rasa nasihat ini memang betul terjadi pada diri anda juga.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 3 = 9

SUBSCRIBE MY YOUTUBE CHANNEL

September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Sep    

Bursa Malaysia Stock Watch

PRESTASI SAHAM BURSA MALAYSIA

Artikel Popular

  • Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online 81,983 views
  • My Review Penggunaan Simkad Mobile Unifi @ Unifi Mobile 60,493 views
  • Dapatkan 5 Simkad Mobile Unifi PERCUMA 58,936 views
  • Cara Mudah Untuk Buat Direct Link Whatsapp Tanpa Save Nombor Telefon 45,769 views
  • Cara Menukar Profile Facebook Menjadi Fan Page dan Menggabungkan Dua Fan Page Menjadi Satu 9,822 views
  • Cara Mohon dan Semakan Status Pendaftaran i-Suri Caruman KWSP Suri Rumah (eKasih) 6,566 views
  • Scammer SRS Mobile Topup Myprepaid2u 5,178 views
  • Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat??? 4,941 views
  • Buat Duit Dengan Facebook Instant Article 4,746 views
  • Kisah Saya Pilih Kredit Kad yang Terbaik 4,497 views

Recent Posts

  • Semak Bayaran Bantuan Khas Covid-19
  • Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam
  • Berapakah Brokerage Fee yang dicaj oleh Syarikat Broker Saham? Ramai yang tak tahu
  • Ayuh Kenali Istilah Perkataan Yang Digunakan Dalam Pelaburan Saham
  • Scammer Guna Teknik Request 1 Sen Buat Pengguna BigPay Apps, Hati – Hati Semua

Recent Comments

  • admin on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • izam on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • Muhammad on Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online
  • admin on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Nadzmi on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article

Archives

Categories

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

SEDANG ONLINE

Pelawat Setia

  • 0
  • 56
  • 806,146
  • 383,026
©2023 MOHD ZAKI DOT COM | Design: Newspaperly WordPress Theme