Skip to content

MOHD ZAKI DOT COM

Life is too short.. No time to sad..

Menu
  • Home
  • About Me
    • My Story
    • My Produk
    • My Review
  • Legalities
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Terms and Conditions
  • Tips
    • Tips Adsense
    • Tips Affiliate
    • Tips Beli Rumah
    • Tips Blogger
    • Tips Hartanah
    • Tips Kewangan
    • Tips Melabur
    • Tips WordPress
    • Scam Alert
  • Buat Duit
  • Panduan Online
  • Download Percuma
  • Contact
Menu

Dapat Call Daripada Nombor 03-2726 1257 – Promote Plan Haji dan Umrah

Posted on October 10, 2017July 30, 2019 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada jam 12.38pm 10 Oktober 2017 (selasa) tetiba je dapat panggilan daripada nombor 03-2726 1257 atau 0327261257. Saya dengan ringan tangannya terus pick up dan menjawab panggilan tersebut katanya mewakili daripada Bank Islam. Diperkenalkan diri nama sekian dan ingin bercakap dengan saya, biasalah diaorang akan tanya kita kerja apa, dah kahwin ke belum, umur berapa dan selepas itu mereka akan memberi maklumat berkenaan plan Haji dan Umrah khas untuk pengguna Bank Islam yang mana benefitnya boleh dimasukkan dalam akaun bank atau tabung haji.

Saya dengar je apa yang diceritakan tetapi dalam hati masih belum faham apa yang sebenarnya ingin disampaikan, nak tanya lebih – lebih nantikan tersangkut pulak dengan godaan ayat – ayat manis mereka. Katanya dapat manfaat sekian – sekian dan sekiranya kita mati boleh dibuat haji badal bla..bla..blaa.., Haji Badal ni dibuat oleh orang lain sekiranya kita meninggal dunia dan mereka semua akan uruskan oleh mereka tanpa sebarang duit lain.

Last sekali part yang paling mereka tunggu – tunggu…iaitu sebelum mereka nak close sale macam biasalah mereka akan tanya kita punya tahap kesihatan..Saya cakaplah Wallahu a’lam so far Alhamdulillah sihat lagi tiada sebarang penyakit. Tetapi baru – baru ni saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan dimaklumkan oleh Dr. tahap kolestrol saya tinggi…..”senyap” sekejap…Tiba – tiba diberitahu bahawa plan ini adalah tidak sesuai dengan En. Insya Allah sekiranya kita ada plan yang bagus dengan sesuai kita akan hubungi en. semula yeaa.. Terima Kasih Assalamualaikum…

Apa lagi habislah ceritanya…Apa yang nak disampaikan oleh saya adalah…apa – apa pun plan diaorang adalah profit oriented di mana mesti untuk kepentingan diaorang sahaja sekiranya nampak akan kerugian sikit sahaja mereka sudah tak bagi tawaran, macam saya maklumkan bahawa tahap kolestrol saya tinggi dan boleh diusahakan lagi untuk kembali kepada normal namun mereka tidak ingin mengambil risiko untuk tawarkan produk mereka kepada pelanggan yang bakal merugikan mereka. Faham..Sebab mereka profit oriented dan setiap plan mereka adalah untuk keuntungan pihak mereka semata – mata.

Oleh itu, sekiranya anda ingin memilih plan yang ditawarkan, seharusnya anda pertimbangkan banyak perkara sebaiknya kaji selidik terlebih dahulu..agar tidak menyesal kemudian hari. Bagi sesiapa yang pernah mendapat panggilan daripada nombor ini bolehlah kongsi pengalaman anda di ruangan komen supaya dapat memberi manfaat pada orang lain.

Sila kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat. Sekian Wassalam.

6 thoughts on “Dapat Call Daripada Nombor 03-2726 1257 – Promote Plan Haji dan Umrah”

  1. Pn N says:
    November 29, 2017 at 7:00 am

    assalamualaikum,

    saya pun pernah dapat panggilan ini. Macam2 ayat manis dijanjikan dan mereka akan tolak sejumlah rm100 lebih dari akaun bank islam saya directly. Saya beritahu, saya tidak boleh buat keputusan drastik dan perlu berbincang dengan suami saya, boleh pula pegawai itu berkata, suami puan tidak layak dan tidak perlu campur tangan dalam urusan puan. puan sahaja yang perlu buat keputusan. Pada masa itu, mulalah amarah saya naik, daripada saya yang bercakap lemah lembut terus jadi kasar.

    mujurlah, saya tetap berkeras tidak mahu dan ingin berbincang dengan suami. Lepas itu saya terus letak telefon dan block terus nombor ini.

    semoga, pengalaman saya ini menjadi iktibar kepada orang lain.jangan mudah terpedaya, mereka mahukan duit kita, jika kita tidak mampu, jangan mudah terpedaya walaupun mereka kenalkan diri sebagai pegawai bank islam.

    Log in to Reply
    1. admin says:
      November 29, 2017 at 8:11 am

      Wassalam. betul tu puan, terima kasih atas perkongsian pengalaman puan. Semoga lebih ramai sahabat di luar sana mendapat manfaat.

      Log in to Reply
  2. Azirah says:
    March 30, 2018 at 8:55 am

    Salam, encik..terima kasih atas info..sy pon pernah terkena dgn plan perlindungan takaful dan sy telah setuju…mcm mane sy nk selesaikan masalah ni encik?

    Log in to Reply
    1. admin says:
      March 30, 2018 at 11:49 am

      Wassalam. kalau nak cancel kena buat surat hantar pada mereka…

      Log in to Reply
  3. En Emzeti says:
    November 3, 2018 at 1:56 am

    Rupanya dari Bank Islam maklumat bocor? Sebab isteri saya lebih setahun tak guna kad bank Islam dia. Tetapi selepas dia aktif terus bertubi-tubi nombor mcm ni naik call. Mujur kami jenis tak jawab no tak dikenali dan selidik dulu. Thanks Tuan kerana share perkara mcm ni. Kalau tak search maka tak jumpa..

    Log in to Reply
    1. admin says:
      November 9, 2018 at 5:02 am

      Yup..biasalah tuh..

      Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

SUBSCRIBE MY YOUTUBE CHANNEL

November 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
« Mar    

Bursa Malaysia Stock Watch

PRESTASI SAHAM BURSA MALAYSIA

Recent Posts

  • 10 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal
  • Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi di Negeri Johor
  • Pengenalan Cryptocurrency Bitcoin dan Platform yang diiktiraf di Malaysia
  • Jenis – Jenis Teknikal Trading yang dapat digunakan dalam Pasaran Kewangan
  • Panduan Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Di Bawah JAIS 2025

Recent Comments

  • admin on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • izam on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • Muhammad on Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online
  • admin on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Nadzmi on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article

Archives

Categories

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

SEDANG ONLINE

Pelawat Setia

  • 0
  • 4
  • 965,978
  • 423,240
©2025 MOHD ZAKI DOT COM | Design: Newspaperly WordPress Theme