Skip to content

MOHD ZAKI DOT COM

Life is too short.. No time to sad..

Menu
  • Home
  • About Me
    • My Story
    • My Produk
    • My Review
  • Legalities
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Terms and Conditions
  • Tips
    • Tips Adsense
    • Tips Affiliate
    • Tips Beli Rumah
    • Tips Blogger
    • Tips Hartanah
    • Tips Kewangan
    • Tips Melabur
    • Tips WordPress
    • Scam Alert
  • Buat Duit
  • Panduan Online
  • Download Percuma
  • Contact
Menu

Cara Mudah Setting APN di Telefon Anda

Posted on April 8, 2018July 30, 2019 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini saya ingin kongsikan cara mudah untuk menetapkan (setting) Access Point Name (APN) di telefon anda masing – masing. Kebanyakan orang tidak mahir dan tidak tahu berkenaan fungsi ini dan mereka hanya berharap telefon automatik untuk menetapkan fungsi tersebut. Maka timbullah isu kelajuan internet yang agak terbatas tanpa mereka sedar.

Apa itu APN?

APN adalah Access Point Name. Bahasa ringkasnya APN adalah sebagai gateway untuk menyambungkan transaksi internet data antara mobile phone dan network yang lain. Setiap mobile carrier (syarikat telco) ada setting APN tersendiri.

Kali ini anda boleh tetapkan sendiri dengan adanya panduan yang mudah dan saya hanya fokus kepada tetapan APN bagi simkad ONEXOX sahaja sekiranya anda bukan pengguna onexox anda boleh ubah sahaja nama tetapan tersebut.

Bagi pengguna telco ONEXOX, secara asasnya APN sudah tersedia dengan APN dari Celcom kerana ia merupakan syarikat MVNO daripada Celcom. Dengan APN Celcom ini pengguna ONEXOX sudah boleh melayari internet seperti biasa. Namun, sebagai nilai tambahan ONEXOX juga ada menyediakan setting APN sendiri.

Bagi setting APN ini anda hanya perlu buat APN yang baru seperti berikut:

  • Pilihan 1: NAME: XOX dan APN: XOX
  • Pilihan 2: NAME: XOX4G dan APN: XOX4G

Kami ada sediakan tutorial bergambar langkah demi langkah dibawah bagi pengguna android dengan menggunakan contoh Pilihan 2 iaitu XOX4G,jika pakai Simkad Unifi letak je “Unifi”.

LANGKAH 1: Masuk phone “Settings” anda dan cari “Mobile Network”. Sesetengah telefon, perlu klik“More” terlebih dahulu untuk lihat “Mobile Network”

LANGKAH 2: Klik “Access Point Name” dan klik button menu untuk “New APN”

LANGKAH 3: Anda perlu edit access point Name dan APN sahaja!

LANGKAH 4: Taipkan XOX4G pada Name dan taipkan juga XOX4G pada APN. Dan klik OK

LANGKAH 5: Akhir sekali, save setting anda dan tick APN yang baru iaitu XOX4G.

Selamat mencuba. Semoga panduan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh lah komen dibawah. Kongsikan panduan ini semoga lebih ramai mendapat manfaat. Sekian wassalam.

 

Sumber: onexox.info

4 thoughts on “Cara Mudah Setting APN di Telefon Anda”

  1. Amani says:
    September 8, 2019 at 12:27 am

    Tq..info yg berguna

    Log in to Reply
    1. admin says:
      September 9, 2019 at 10:18 am

      sama sama semoga bermanfaat

      Log in to Reply
  2. Amani says:
    September 8, 2019 at 12:35 am

    Askum en zaki…sy nak tanya…macam mana nk buat jika hpone kita di kawal oleh orang lain…dalam semua aspek…segala kegiatan harian yg mengunakn hpone semua dia tahu…kita ubah setting dia ubah balik…buat google baru x sampai 5 minit dia ubah..siap ubah kata laluan lg…pengodam ni pun ada pernah guna akaun sy untuk pembelian…dia mampu halang mesej call bila2 masa sahaja….sgt hairan jgk…mcm2 dah buat..rasa macam dia ni ada depan mata plk…bercakp apa pun dia tahu.segalanya dia yang kontrol…minta pandagan cik..

    Log in to Reply
    1. admin says:
      September 9, 2019 at 10:23 am

      Wassalam.susah jugak kalau orang nak hack guna phone kita melainkan kita install apps yg khas di kawal atau memang org terdekat yang telah masukkan apps yg boleh control device tanpa sedar.. so sebaiknya jangan sesuka hati bagi telefon kat orang lain sebab mungkin mereka ada niat tak baik atau untuk monitor pergerakan kita sendiri…reset je telefon buat emel baru guna device lain dulu dengan password yg strong dan tukar mana – mana akaun yg guna tu dengan password baru cth emel ke dan jugak tukar backup emel di gmail (no. telefon).

      Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

SUBSCRIBE MY YOUTUBE CHANNEL

May 2025
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Mar    

Bursa Malaysia Stock Watch

PRESTASI SAHAM BURSA MALAYSIA

Recent Posts

  • 10 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal
  • Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi di Negeri Johor
  • Pengenalan Cryptocurrency Bitcoin dan Platform yang diiktiraf di Malaysia
  • Jenis – Jenis Teknikal Trading yang dapat digunakan dalam Pasaran Kewangan
  • Panduan Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Di Bawah JAIS 2025

Recent Comments

  • admin on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • izam on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • Muhammad on Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online
  • admin on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Nadzmi on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article

Archives

Categories

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

SEDANG ONLINE

Pelawat Setia

  • 0
  • 35
  • 935,289
  • 414,529
©2025 MOHD ZAKI DOT COM | Design: Newspaperly WordPress Theme