MOHD ZAKI DOT COM

Life is too short.. No time to sad..

Menu
  • Home
  • About Me
    • My Story
    • My Produk
    • My Review
  • Legalities
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Terms and Conditions
  • Tips
    • Tips Adsense
    • Tips Affiliate
    • Tips Beli Rumah
    • Tips Blogger
    • Tips Hartanah
    • Tips Kewangan
    • Tips Melabur
    • Tips WordPress
    • Scam Alert
  • Buat Duit
  • Panduan Online
  • Download Percuma
  • Contact
Menu

Cara Mohon dan Semakan Status Pendaftaran i-Suri Caruman KWSP Suri Rumah (eKasih)

Posted on August 16, 2018July 30, 2019 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Diharapkan kalian sihat, bahagia dan sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah swt. Saya sebenarnya ingin kongsikan berkenaan Cara Mohon dan Semakan Status Pendaftaran I-Suri KWSP yang diwarwarkan oleh Kerajaan PH tempoh hari, namun demikian setelah terjumpa maklumat yang telah dikongsikan oleh laman sesawang www.jomurusduit.com terus saya fikir sebaiknya kongsikan sahaja maklumat tersebut moga – moga  kita semua mendapat manfaat.

Seperti yang dimaklumkan , bermula 15 Ogos 2018, para suri rumah yang berkelayakan berpeluang untuk daftar skim iSURI KWSP yang disediakan kerajaan.

iSURI merupakan singkatan kepada skim Program Sukarela Insentif Suri yang mana diwujudkan bagi memenuhi manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang dinyatakan dahulu.

Jika masih ingat, salah satu daripada 10 janji utama yang terkandung dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang ingin dilaksanakan dalam tempoh 100 hari adalah menyediakan caruman KWSP untuk para suri rumah.

Janji ini adalah untuk menjaga kebajikan para wanita khususnya suri rumah terutama dari segi menyediakan simpanan untuk kegunaan hari tua nanti.

Pada peringkat awal pelaksanaan janji ini, pihak kerajaan bercadang untuk memindahkan 2% daripada sumbangan caruman KWSP para suami kepada para isteri.

Namun, cadangan ini agak sukar dilaksanakan dalam masa terdekat kerana memerlukan beberapa pindaan akta.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa janji ini akan tetap dilaksanakan dan melibatkan 3 fasa, iaitu:

Fasa 1 – Bermula 15 Ogos 2018

Bagi fasa 1 ini, kerajaan akan memperuntukkan caruman bulanan RM 40 kepada suri rumah yang layak yang membuat caruman minimum RM 5 sebulan ke dalam akaun KWSP masing-masing.

Maksudnya, bagi tahun 2018 bermula Ogos hingga Disember, kerajaan akan memperuntukkan caruman RM 200 untuk setiap suri rumah yang layak.

Bagi tahun-tahun seterusnya, jumlah caruman daripada pihak kerajaan adalah sehingga RM 480 setahun.

Fasa 2 – Sasaran pelaksanaan pada 2019

Dalam fasa 2, jumlah caruman bulanan oleh kerajaan akan ditingkatkan kepada RM 50 sebulan, dengan RM 40 dimasukkan ke dalam akaun KWSP manakala RM 10 lagi merupakan sumbangan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Dengan sumbangan tersebut, suri rumah akan dilindungi di bawah skim PERKESO dan mendapat manfaat-manfaat skim tersebut seperti manfaat kematian, hilang upaya dan perubatan.

Fasa 3 – Sasaran pelaksanaan pada 2020

Bagi fasa terakhir ini, beberapa pindaan akta akan dilakukan bagi membolehkan 2% daripada sumbangan KWSP suami dicarumkan ke akaun isteri, berserta tambahan caruman daripada pihak kerajaan.

Untuk bacaan lanjut, boleh baca laporan berita di sini atau di sini.

Siapa golongan yang layak menyertai skim iSURI KWSP?

Untuk peringkat permulaan, skim ini hanya layak disertai oleh golongan yang memenuhi kriteria-kriteria yang berikut:

#1 – Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018, termasuk isteri kepada ketua isi rumah, atau ketua isi rumah wanita yang berstatus balu, janda, ibu tunggal atau bujang

#2 – Warganegara Malaysia sahaja

#3 – Belum mencapai umur 60 tahun

#4 – Mempunyai akaun KWSP dan membuat caruman sekurang-kurangnya RM 5 setiap bulan atau RM 60 setahun

Bagaimana cara daftar skim iSURI KWSP?

Bagi golongan suri rumah yang berminat untuk daftar skim iSURI KWSP, boleh ikut langkah-langkah yang berikut:

#1 – Semak status di portal e-Kasih

Untuk semak sama ada anda termasuk dalam sistem e-Kasih atau tidak, boleh semak di pautan yang berikut: Semakan Daftar eKasih

Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan/MyKad, kemudian tekan ‘Klik Untuk Cari’

Ini adalah contoh bagi mereka yang berada di dalam daftar e-Kasih.

Bagi yang tidak tergolong dalam daftar e-Kasih, paparan sebegini akan muncul:

#2 – Daftar skim i-SURI KWSP di mana-mana kaunter KWSP

Selepas disahkan status dalam sistem e-Kasih, maka boleh berkunjung ke mana-mana kaunter KWSP untuk daftar skim i-SURI.

Hanya perlu bawa kad pengenalan/MyKad dan maklumkan pegawai bertugas tentang hasrat untuk daftar skim i-SURI.

Pegawai KWSP akan membantu untuk pendaftaran skim tersebut.

#3 – Buat caruman minimum RM 5 sebulan

Seperti yang dinyatakan di atas, caruman sukarela sebanyak minimum RM 5 sebulan diperlukan untuk layak daftar skim i-SURI KWSP.

Ini adalah sebagai galakan untuk penerima skim ini supaya mereka turut menabung untuk masa depan mereka, di samping menerima tabungan daripada caruman pihak kerajaan,

Lagipun, jumlah caruman RM 5 sebulan adalah kecil dan tidak membebankan.

Caruman bulanan boleh dilakukan melalui saluran-saluran yang berikut:

  • tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (Maybank, Public Bank, BSN atau RHB)
  • pindahan wang melalui perbankan Internet oleh bank yang dilantik (Maybank atau Public Bank)

Apakah manfaat daftar skim iSURI KWSP?

Sebagai peserta skim iSURI KWSP, peserta juga akan turut menikmati manfaat sepertimana pencarum KWSP yang lain seperti:

  • bayaran dividen tahunan
  • bantuan hilang upaya dan kematian
  • pengeluaran simpanan
  • pengecualian cukai

Lagipun, dengan mendapat sumbangan caruman daripada kerajaan berjumlah RM 40 sebulan bersamaan RM 480 setahun, itu pun sudah dikira baik.

Bayangkan, bagi seorang wanita yang layak berumur 30 tahun, membuat caruman minima RM 5 sebulan dan menerima caruman kerajaan RM 40 sebulan, selepas 30 tahun pada usia 60 tahun, anggaran yang bakal diperoleh adalah sekitar RM 44,000 (anggaran dividen KWSP 6% setahun)

Bagi yang berumur 40 tahun pula, dengan jumlah caruman yang sama, anggaran yang bakal diperoleh pada usia 60 tahun adalah RM 20,000

Sekurang-kurangnya, pada usia tua, peserta iSURI KWSP mempunyai simpanan sendiri daripada langsung tiada simpanan.

Kalau ada rezeki lebih, boleh tambah lagi jumlah caruman sendiri supaya jumlah simpanan akhir lebih besar.

Jadi, bagi wanita yang memenuhi syarat-syarat yang melayakkan untuk sertai skim iSURI KWSP ini, secara peribadi, saya galakkan untuk rebut peluang ini.

Untuk simpanan hari tua ?

Sekiranya anda semua rasa artikel ini bermanfaat dan membantu ramai orang, mohon kongsikan. Sekian Wassalam.

10 thoughts on “Cara Mohon dan Semakan Status Pendaftaran i-Suri Caruman KWSP Suri Rumah (eKasih)”

  1. Khairina says:
    August 17, 2018 at 5:10 am

    Assalaumualaikum tuan. Adakah bermaksud jika kita tidak daftar e-kasih, kita tidak boleh memohon i-Suri?

    Reply
    1. admin says:
      August 17, 2018 at 8:04 am

      Waalaikumussalam, saya tidak pasti…saya rasa perlu daftar dengan e-kasih kerana untuk memudahkan semakan dan kepastian pihak terbabit agar pemohon adalah orang yang betul – betul layak…

      Reply
  2. Sofea says:
    September 2, 2018 at 12:06 pm

    Assalamualaikum .. Bagaimana kita nak tahu kita terpilih ataupun tidak? Adakah status PENERIMA BANTUAN itu terpilih? Bagaimana pula yang DISAHKAN..?

    Reply
    1. admin says:
      September 7, 2018 at 2:16 am

      Wassalam.boleh semaka dengan pihak eKasih.

      Reply
  3. Malarchelvi a/p Sangaran says:
    August 26, 2019 at 2:52 am

    Bagaimana saya hendak pastikan mana saya didaftarkan di I – Suri?

    Reply
    1. admin says:
      August 26, 2019 at 4:56 am

      harap membantu..

      Reply
  4. Malarchelvi a/p Sangaran says:
    August 26, 2019 at 2:52 am

    Bagaimana saya hendak pastikan mana saya didaftarkan di I – Suri?

    Reply
    1. admin says:
      August 26, 2019 at 4:56 am

      atau boleh rujuk pihak e-kasih

      Reply
  5. Malarchelvi a/p Sangaran says:
    August 26, 2019 at 2:54 am

    Bagaimana saya hendak pastikan nama saya didaftarkan di I – Suri?

    Reply
    1. admin says:
      August 26, 2019 at 4:55 am

      boleh rujukan pautan laman sesawang yang disertakan…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 1 = 3

SUBSCRIBE MY YOUTUBE CHANNEL

August 2022
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Sep    

Bursa Malaysia Stock Watch

PRESTASI SAHAM BURSA MALAYSIA

Artikel Popular

  • Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online 81,662 views
  • My Review Penggunaan Simkad Mobile Unifi @ Unifi Mobile 58,878 views
  • Dapatkan 5 Simkad Mobile Unifi PERCUMA 58,679 views
  • Cara Mudah Untuk Buat Direct Link Whatsapp Tanpa Save Nombor Telefon 45,242 views
  • Cara Menukar Profile Facebook Menjadi Fan Page dan Menggabungkan Dua Fan Page Menjadi Satu 8,430 views
  • Cara Mohon dan Semakan Status Pendaftaran i-Suri Caruman KWSP Suri Rumah (eKasih) 6,234 views
  • Buat Duit Dengan Facebook Instant Article 4,447 views
  • Scammer SRS Mobile Topup Myprepaid2u 4,397 views
  • Kisah Saya Pilih Kredit Kad yang Terbaik 4,295 views
  • Panggilan Scammer daripada Nombor +01 3,329 views

Recent Posts

  • Semak Bayaran Bantuan Khas Covid-19
  • Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat Awam
  • Berapakah Brokerage Fee yang dicaj oleh Syarikat Broker Saham? Ramai yang tak tahu
  • Ayuh Kenali Istilah Perkataan Yang Digunakan Dalam Pelaburan Saham
  • Scammer Guna Teknik Request 1 Sen Buat Pengguna BigPay Apps, Hati – Hati Semua

Recent Comments

  • Muhammad on Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online
  • admin on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Nadzmi on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Roy on Cara Mudah Daftar Facebook Instant Article
  • admin on Cara Mudah Daftar Facebook Instant Article

Archives

Categories

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

SEDANG ONLINE

Pelawat Setia

  • 0
  • 29
  • 717,298
  • 360,869
©2022 MOHD ZAKI DOT COM | Design: Newspaperly WordPress Theme