Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kali ini saya ingin kongsikan berkenaan salin artikel atau copy paste artikel dari laman web yang sememangnya meletakkan plugin/ javascript yang disable text selection dan right click. Laman seperti ini banyak dan sukar bagi ramai orang untuk menggunakan artikel tersebut sebagai panduan untuk perkongsian lebih meluas. Seperti yang kita tahu, dengan adanya internet sewajarnya kandungan dalam talian adalah percuma dan dikongsi secara bebas oleh sesiapa sahaja.
Walaubagaimanapun, ada sesetengah pemilik laman sesawang tidak ingin berkongsi artikel mereka kerana artikel yang dihasilkan adalah hak peribadi dan sekiranya telah dinyatakan secara terang – terangan dilarang copy paste sebaiknya kita hormat kandungan laman sesawang mereka.
Sebaliknya sekiranya artikel tersebut adalah hak awam dan telah dikongsikan ramai dan ada pemilik tertentu menghalang daripada disalin semula artikel tersebut, saya sarankan anda boleh menggunakan kaedah – kaedah berikut:
1) Disablekan Javascript di browser anda
Kebanyakan laman web yang disable text selection dan right click boleh dicopy hanya dengan disable javascript sahaja. Sebagai contoh adalah browser chrome:
2) Copy menggunakan Web Source Code
Setiap laman web ditulis menggunakan hipertext markup language (HTML) dan untuk melihat kod text ini boleh menggunakan fungsi “View Source”. Anda hanya perlu taip di browser seperti berikut:
– view-source:https://www.mohdzaki.com
Domain name tu tukar sahaja kepada mana – mana laman web yang anda nak salin text. Cuma agar sukar sedikit kerana text yang ingin disalin bercampur dengan coding tertentu. Anda hanya salin dan delete coding yang tak berkenaan sahaja.
3) Menggunakan fungsi Inspect Element
Kaedah ini agak sukar juga kerana text akan mengandungi coding tertentu yang sememangya menyulitkan bagi orang – orang biasa. Apabila anda right click akan keluar fungsi dan pilih bawah sekali Inpspect Element atau Inspect sahaja seperti di bawah:
klik dan letak anak panah tetikus pada coding dan akan keluar highlight pada text yang anda inginkan, terus tekan copy dan paste di mana – mana yang anda inginkan, cuma anda perlu buang beberapa coding yang disalin bersama.
4) Menggunakan laman web proxy
Terdapat beberapa laman web proxy khas untuk disablekan fungsi javascipt sesuatu laman web itu, anda search laman web dengan menggunakan keyword berikut ‘free proxy website” selepas anda jumpa web proxy pilihan, masukkan laman web yang anda ingin salin text tersebut. Tak semua laman proxy boleh disable javascript, jika anda ingin guna kaedah ini, anda boleh cuba satu persatu yang mana sesuai.
5) Salin satu persatu text
Kaedah ini sangat memenatkan cuma ada kelebihan lain sekiranya anda salin satu persatu artikel tersebut, anda sebagai blogger anda boleh menambahbaik ayat yang ingin disalin dan dalam masa yang sama anda boleh ubah suai artikel tersebut untuk menjadi artikel anda sendiri. Biar lambat untuk menyalin maklumat tersebut tetapi bagus untuk dijadikan artikel blog sendiri.
6) Screenshot artikel yang anda inginkan
Kaedah ini adalah sesuai untuk disimpan atau diguna semula dalam bentuk imej sahaja, anda boleh ambil bahagian – bahagian tertentu untuk penambah baikan artikel yang anda ingin kongsikan dalam blog sendiri.
7) Print atau save artikel ke dalam bentuk PDF
Kaedah ini adalah satu cara yang sangat mudah dan agak sesuai untuk blogger yang mana artikel boleh di simpan dulu dalam bentuk PDF dan dari file PDF boleh copy dan paste semula ke dalam blog anda sendiri. Saya lebih suka kaedah ini.
Itu sahaja perkongsian daripada saya, semoga bermanfaat dan jangan salah guna ilmu ini dengan menyalin artikel dari blog yang tidak diizinkan untuk disebar luar, sebaiknya dapatkan izin terlebih dahulu daripada pemilik blog. Sila kongsikan sekiranya perkongsian kali ini bermanfaat buat anda.
Sekian Wassalam.