Skip to content

MOHD ZAKI DOT COM

Life is too short.. No time to sad..

Menu
  • Home
  • About Me
    • My Story
    • My Produk
    • My Review
  • Legalities
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Terms and Conditions
  • Tips
    • Tips Adsense
    • Tips Affiliate
    • Tips Beli Rumah
    • Tips Blogger
    • Tips Hartanah
    • Tips Kewangan
    • Tips Melabur
    • Tips WordPress
    • Scam Alert
  • Buat Duit
  • Panduan Online
  • Download Percuma
  • Contact
Menu

7 Kaedah Mudah Untuk Copy Artikel di Website Yang Disabled Text Selection and Right Click

Posted on April 8, 2018July 30, 2019 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini saya ingin kongsikan berkenaan salin artikel atau copy paste artikel dari laman web yang sememangnya  meletakkan plugin/ javascript yang disable text selection dan right click. Laman seperti ini banyak dan sukar bagi ramai orang untuk menggunakan artikel tersebut sebagai panduan untuk perkongsian lebih meluas. Seperti yang kita tahu, dengan adanya internet sewajarnya kandungan dalam talian adalah percuma dan dikongsi secara bebas oleh sesiapa sahaja.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah pemilik laman sesawang tidak ingin berkongsi artikel mereka kerana artikel yang dihasilkan adalah hak peribadi dan sekiranya telah dinyatakan secara terang – terangan dilarang copy paste sebaiknya kita hormat kandungan laman sesawang mereka.

Sebaliknya sekiranya artikel tersebut adalah hak awam dan telah dikongsikan ramai dan ada pemilik tertentu menghalang daripada disalin semula artikel tersebut, saya sarankan anda boleh menggunakan kaedah – kaedah berikut:

1) Disablekan Javascript di browser anda

Kebanyakan laman web yang disable text selection dan right click boleh dicopy hanya dengan disable javascript sahaja. Sebagai contoh adalah browser chrome:

2) Copy menggunakan Web Source Code

Setiap laman web ditulis menggunakan hipertext markup language (HTML) dan untuk melihat kod text ini boleh menggunakan fungsi “View Source”. Anda hanya perlu taip di browser seperti berikut: 

 – view-source:https://www.mohdzaki.com 

Domain name tu tukar sahaja kepada mana – mana laman web yang anda nak salin text. Cuma agar sukar sedikit kerana text yang ingin disalin bercampur dengan coding tertentu. Anda hanya salin dan delete coding yang tak berkenaan sahaja.

3) Menggunakan fungsi Inspect Element

Kaedah ini agak sukar juga kerana text akan mengandungi coding tertentu yang sememangya menyulitkan bagi orang – orang biasa. Apabila anda right click akan keluar  fungsi dan pilih bawah sekali Inpspect Element atau Inspect sahaja seperti di bawah:

klik dan letak anak panah tetikus pada coding dan akan keluar highlight pada text yang anda inginkan, terus tekan copy dan paste di mana – mana yang anda inginkan, cuma anda perlu buang beberapa coding yang disalin bersama.

4) Menggunakan laman web proxy

Terdapat beberapa laman web proxy khas untuk disablekan fungsi javascipt sesuatu laman web itu, anda search laman web dengan menggunakan keyword berikut ‘free proxy website” selepas anda jumpa web proxy pilihan, masukkan laman web yang anda ingin salin text tersebut. Tak semua laman proxy boleh disable javascript, jika anda ingin guna kaedah ini, anda boleh cuba satu persatu yang mana sesuai.

5) Salin satu persatu text

Kaedah ini sangat memenatkan cuma ada kelebihan lain sekiranya anda salin satu persatu artikel tersebut, anda sebagai blogger anda boleh menambahbaik ayat yang ingin disalin dan dalam masa yang sama anda boleh ubah suai artikel tersebut untuk menjadi artikel anda sendiri. Biar lambat untuk menyalin maklumat tersebut tetapi bagus untuk dijadikan artikel blog sendiri.

6) Screenshot artikel yang anda inginkan

Kaedah ini adalah sesuai untuk disimpan atau diguna semula dalam bentuk imej sahaja, anda boleh ambil bahagian – bahagian tertentu untuk penambah baikan artikel yang anda ingin kongsikan dalam blog sendiri.

7) Print atau save artikel ke dalam bentuk PDF

Kaedah ini adalah satu cara yang sangat mudah dan agak sesuai untuk blogger yang mana artikel boleh di simpan dulu dalam bentuk PDF dan dari file PDF boleh copy dan paste semula ke dalam blog anda sendiri. Saya lebih suka kaedah ini.

Itu sahaja perkongsian daripada saya, semoga bermanfaat dan jangan salah guna ilmu ini dengan menyalin artikel dari blog yang tidak diizinkan untuk disebar luar, sebaiknya dapatkan izin terlebih dahulu daripada pemilik blog. Sila kongsikan sekiranya perkongsian kali ini bermanfaat buat anda.

Sekian Wassalam.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

SUBSCRIBE MY YOUTUBE CHANNEL

October 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Mar    

Bursa Malaysia Stock Watch

PRESTASI SAHAM BURSA MALAYSIA

Recent Posts

  • 10 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal
  • Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi di Negeri Johor
  • Pengenalan Cryptocurrency Bitcoin dan Platform yang diiktiraf di Malaysia
  • Jenis – Jenis Teknikal Trading yang dapat digunakan dalam Pasaran Kewangan
  • Panduan Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Di Bawah JAIS 2025

Recent Comments

  • admin on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • izam on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • Muhammad on Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online
  • admin on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Nadzmi on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article

Archives

Categories

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

SEDANG ONLINE

Pelawat Setia

  • 0
  • 92
  • 958,649
  • 420,178
©2025 MOHD ZAKI DOT COM | Design: Newspaperly WordPress Theme