Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Tak salah bersusah sikit pada masa muda untuk kesenangan diri dan keluarga pada masa depan. Orang lain dah mulakan langkah untuk menuju kebebasan kewangan pada masa hadapan. Takkan kita masih nak melihat sajakan?
Walaupun kita rasa dah terlambat untuk mulakan langkah menuju kebebasan kewangan, jangan la risau. Biar lambat daripada langsung takde langkah dan tindakan apa-apa.
Saya sendiri pun dalam proses untuk mencapai kebebasan kewangan, mulakan dari sekarang, ayuh sama – sama kita buat barulah bersemangat sikitkan.
Bagaimana cara hendak menuju kebebasan kewangan pada masa hadapan? Jom baca 15 tips ini :
1. Mulakan Simpanan
Menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Dapat gaji, simpan dulu barulah berbelanja. Biarlah kawan kita cakap kita ni kerek dalam berbelanja. Buat derk sudah okeh.
2. Beli Kereta Mengikut Kemampuan
Berhati-hati memilih kereta. Jika beli kereta tak sepadan dengan gaji akan menyebabkan kita terbeban untuk bayar ansuran bulanan. Kos petrol, parkir, tol dan penyelenggaraan kita kena ambil kira juga.
3. Jauhi Gaya Hidup Mewah
Janganlah kita nak beli sesuatu semata-mata nak menunjuk. Pergi makan tempat mewah, pergi travel luar negara, beli baju berjenama tapi hakikatnya boleh menangis tengok duit dalam bank. Hutang pun keliling pinggang.
4. Bijak Uruskan Kad Kredit
Jika ada kad kredit, gunakan hanya untuk membeli barang keperluan dan isi minyak kereta untuk kumpul mata bonus. Kalau tak pandai dan tak berdisiplin, tak payah lah guna.
5. Tangguhkan Kehendak, Utamakan Keperluan
Tangguhkan kehendak. Jika kita tak mampu beli secara tunai, jangan nak berhutang. Itu bermaksud kita belum layak lagi untuk memilikinya.
6. Membuat Bajet Dan Memantau Perbelanjaan
Sebelum berbelanja, buat dulu bajet. Sekurang-kurangnya kita tahu ke mana duit kita pergi. Seminggu sekali pantaulah perbelanjaan kita. Sama ada mantap ataupun kelaut.
7. Kurangkan Perbelanjaan
Jika tak mampu tambah pendapatan, kurangkan perbelanjaan. Belajar hidup di bawah kemampuan. Ukur baju di badan sendiri ye.
8. Kurangkan Hutang
Baru mula kerja, gaji pun sikit lagi. Jauhi daripada berhutang yang tak perlu. Berhutang untuk kahwin misalnya. Pihak bank juga akan anggap kita individu berisiko jika ada pembiayaan peribadi.
9. Ambil Takaful Masa Muda
Ansuran bulanan takaful akan rendah jika kita ambil takaful masa usia muda. Jika ada perkara yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan yang berlaku secara tiba-tiba, kita dah tak payah keluarkan duit untuk kos perubatan.
10. Baiki Hutang Jahat
Selesaikan hutang tertunggak seperti hutang kad kredit, PTPTN, pembiayaan peribadi dan kereta. Bayar mengikut masa yang ditetapkan. Jika kita dah ada banyak hutang, jangan buat hutang baru lagi. Hutang member kita janganlah lupa bayar. Ingat jasa sikit. Tak aman hidup kita nanti.
11. Mulakan Melabur
Pilih instrumen pelaburan yang sesuai dengan kita. Kaji dahulu. Jangan ikut orang. Banyak instrumen pelaburan yang diyakini seperti ASB, Tabung Haji, PMB Investment dan unit amanah yang lain.
12. Jauhi Skim Cepat Kaya
Tidak ada jalan pintas untuk jadi kaya. Jadi, jangan mudah terpengaruh dengan skim yang ditawarkan. Jika satu peluang pelaburan yang terlalu bagus dan mantap keuntungannya, takdenya dorang nak ajak kita join. Baik dorang tolong keluarga dorang je.
13. Berjimat-Cermat Tetapi Tidak Kedekut
Berjimat dan kedekut itu dua perkara yang berbeza. Berjimat bermaksud tidak membazir, beli barang yang perlu sahaja tetapi tidak kedekut untuk menderma dan bantu adik-beradik serta sebagainya.
14. Pendapatan Sampingan
Cari pendapatan sampingan melalui hobi. Kalau kita suka bercuti, beli la baju, kain ke lepastu jual ke kawan-kawan. Dapat buat bisnes kecil-kecilan. Dengan adanya internet, macam – macam bisnes sampingan boleh dibuat tanpa modal antaranya affiliate, adsense,
15. Jangan Malu
Jangan malu bercuti di dalam negara walaupun kawan-kawan kita semua bercuti ke luar negara. Jangan malu kawan-kawan kita pakai kereta power, kita pakai kereta Saga. Kita mampu berjimat dan ada banyak simpanan daripada mereka. Percayalah.
Apa yang kita buat masa zaman muda, akan memberi kesan pada masa hadapan. Kalau kita berseronok je manjang sekarang, kita akan rasa peritnya hidup pada masa akan datang.
Pilihan di tangan kita. Orang lain tak mampu ubah nasib
kita melainkan diri kita sendiri. Sama-sama kita berubah demi mencapai masa depan yang lebih baik. Kah!
SHARE jika bermanfaat. Ingat orang tersayang.
Terima kasih boss kongsi !
Sama – sama. Silakan