Skip to content

MOHD ZAKI DOT COM

Life is too short.. No time to sad..

Menu
  • Home
  • About Me
    • My Story
    • My Produk
    • My Review
  • Legalities
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Terms and Conditions
  • Tips
    • Tips Adsense
    • Tips Affiliate
    • Tips Beli Rumah
    • Tips Blogger
    • Tips Hartanah
    • Tips Kewangan
    • Tips Melabur
    • Tips WordPress
    • Scam Alert
  • Buat Duit
  • Panduan Online
  • Download Percuma
  • Contact
Menu

My Review Celcom Home Wireless Broadband Trial Percuma Sebulan

Posted on May 26, 2018July 30, 2019 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Kali ini saya ingin kongsikan berkenaan tawaran terbaru Celcom Home Wireless Broadband yang diberikan secara percuma bagi tempoh trial sebulan atau 30 hari. Saya dimaklumkan oleh promoter celcom,  sebanyak 400 unit Celcom Wireless Broadband diberi percuma kepada pelanggan yang bertuah yang telah dibuat pada 26 April 2018 –  29 April 2018 di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur, Malaysia sempena pameran Homedec.

Alhamdulillah saya antara salah seorang pelanggan yang dapat mencuba Celcom Home Wireless Broadband ini bagi tempoh sebulan dan sekiranya tidak berpuas hati boleh pulangkan semula di cawangan celcom blue cube berdekatan. Celcom menggunakan konsep memberi pelanggan mencuba terlebih dahulu dan sekiranya berpuas hati bulan berikutnya akan dikenakan caj. Saya pilih pakej RM74.20 sebulan, walau bagaimanapun anda boleh pilih pakej mengikut kesesuaian pengguna masing – masing.

Apa yang menarik hati saya untuk mencuba adalah :

  1. 30 Days return policy ini bermaksud saya boleh pulangkan sekiranya saya tidak berpuas hati dalam tempoh tersebut tanpa sebarang caj dan tiada caj bagi bulan percubaan jika ingin terus mengguna.
  2. Promosi bagi yang terawal ini modem adalah unlock bermakna boleh digunakan untuk simkad lain sekiranya telah habis kontrak
  3. Kontrak adalah 2 tahun dan warranty modem adalah setahun
  4. Modem mudah untuk dipasang “Plug n Play”
  5. Boleh connect to 64 devices
  6. Boleh tetapkan password wireless dengan login melalui ip address

Terdapat tiga (03) pakej yang ditawarkan iaitu:

  1. Home Wireless Gold RM 74.20  (25GB/ Steraming Video 40GB)
  2. Home Wireless Glod Plus RM 106.00  (50GB/ Steraming Video 100GB)
  3. Home Wireless Platinum RM 159.00 (150GB/ Steraming Video 1TB)

Alhamdulillah setelah beberapa hari cuba, speed agak laju tiada buffering apabila menonton video melalui youtube dan apabila digunakan pada waktu peaks hour sebagai contoh waktu 7.00 petang sehingga 11.00 malam kelajuan tetap sama dan tiada sebarang masalah loading seperti mana pakej internet daripada service provider lain.

Speedtest yang digunakan melalui mobile phone menunjukkan speed download dalam likungan 90.00 mbps manakala speed upload dalam 21.00 mbps. Boleh rujuk bukti speedtest di bawah:

Bagi sesiapa yang berminat bolehlah rujuk mana – mana cawangan Celcom Blue Cube terdekat namun harus di ingat bahawa kelajuan adalah mengikut keadaan lokasi rumah anda juga kerana apabila coverage cantik insya Allah kelajuan maksimun dan sangat berpuas hati. Sekiranya anda salah seorang pengguna Celcom Home Wireless Broadband sila komen dan share pengalaman korang. Okeh atau tidak.

Sekian Wassalam.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

SUBSCRIBE MY YOUTUBE CHANNEL

November 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
« Mar    

Bursa Malaysia Stock Watch

PRESTASI SAHAM BURSA MALAYSIA

Recent Posts

  • 10 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal
  • Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi di Negeri Johor
  • Pengenalan Cryptocurrency Bitcoin dan Platform yang diiktiraf di Malaysia
  • Jenis – Jenis Teknikal Trading yang dapat digunakan dalam Pasaran Kewangan
  • Panduan Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Di Bawah JAIS 2025

Recent Comments

  • admin on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • izam on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • Muhammad on Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online
  • admin on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Nadzmi on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article

Archives

Categories

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

SEDANG ONLINE

Pelawat Setia

  • 0
  • 18
  • 968,162
  • 424,080
©2025 MOHD ZAKI DOT COM | Design: Newspaperly WordPress Theme