Skip to content

MOHD ZAKI DOT COM

Life is too short.. No time to sad..

Menu
  • Home
  • About Me
    • My Story
    • My Produk
    • My Review
  • Legalities
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Terms and Conditions
  • Tips
    • Tips Adsense
    • Tips Affiliate
    • Tips Beli Rumah
    • Tips Blogger
    • Tips Hartanah
    • Tips Kewangan
    • Tips Melabur
    • Tips WordPress
    • Scam Alert
  • Buat Duit
  • Panduan Online
  • Download Percuma
  • Contact
Menu

Cara Letakkan Iklan Adsense di Bawah Tajuk Post Blogger

Posted on October 30, 2017July 30, 2019 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua semoga sihat sentiasa.

Kali ini saya ingin kongsikan berkenaan cara mudah untuk meletakkan kod iklan adsense di bawah tajuk artikel yang anda publishkan di blogspot platform blogger.com. Ramai blogger di luar sana menggunakan blogspot untuk menjana pendapatan kerana tidak perlukan apa – apa bayaran bulanan atau tahunan domain dan hosting. Oleh itu, kaedah masukkan iklan di bawah tajuk artikel blog adalah sangat penting buat korang semua.

Caranya mudah sahaja tetapi agak teknikal bagi sesiapa yang tidak tahu kerana perlu bermain dengan kod html untuk edit, search dan convert adsense punya kod iklan.

Maklumat ini adalah daripada pembacaan saya di blog mat selleh dan saya cuba buat dan alhamdulillah menjadi, apa salahnya saya kongsikan buat anda semua untuk memudahkan lebih ramai orang faham.

Langkah Pertama:

  1. Login masuk ke akaun Google Adsense anda.
  2. Klik pada bahagian “My Ads” dan buat “New Ad Unit”
  3. Taip nama unit dan pilih saiz iklan yang sesuai. Untuk saiz yang sesuai dengan keluasan iklan seperti 300×250 Medium Rectangle atau 336×280 Large Rectangle tetapi saya biasanya akan memilih responsive.
  4. Customize Ad Style anda yang sesuai dengan template dan klik simpan dan dapatkan code button.
  5. Selepas dapat kod anda perlu tukar kod itu kepada kod XTHML untuk disesuaikan dengan format blogger template. Anda boleh copy code dan convert gunakan http://html-to-xml-parser.blogspot.com    atau    https://www.bloggertipstricks.com/html-encoder-tool

 

Langkah Kedua:

  1. Pergi ke bahagian blogger dashboard >> Theme.
  2. Sebaiknya buat salinan atau backup tempate asal.
  3. Klik pada bahagian Edit HTML.
  4. Copy semua kod template dalam notepad dan cari kod dibawah. Atau terus search tanpa pindahkan ke notepad pun boleh juga cuma agak teknikal sedikit.
  5. Tekan Ctrl+F dan cari kod ayat <data:post.body/>. Kod ayat ini mungkin banyak dijumpai tetapi anda harus memilih yang ke dua.
  6.  Sekarang letakkan kod iklan anda di bawah kod ayat ini <data:post.body/> Contoh:

<b:if cond=’data:blog.pageType == &quot;item&quot;’>

         LETAKKAN KOD IKLAN ADSENSE ANDA DI SINI

</b:if>

  1. Gantikan ayat LETAKKAN KOD IKLAN ADSENSE ANDA DI SINI  dengan kod Iklan Adsense yang telah ditukarkan.
  2. Klik butang Save Theme.
  3. Selesai!!

Walau bagaimanapun anda kena cuba semak blog anda adakah iklan itu keluar seperti yang anda inginkan dan sesuai atau tidak kedudukannya. Jika tidak anda boleh ubah kod sama ada ingin diletakkan ditengah, kiri atau tepi dengan menggunakan kod seperti berikut.

Iklan adsense di blog anda akan keluar antara tajuk artikel dan kandungan artikel. Sekiranya dan tidak suka dengan kedudukan yang ditetapkan anda boleh ubah samada untuk di tengah, ke kanan ataupun ke kiri. Boleh cuba guna kod di bawah:

<b:if cond=’data:blog.pageType == &quot;item&quot;’>

<div align=”center“>LETAKKAN KOD IKLAN ADSENSE ANDA DI SINI</div>

</b:if>

Sekiranya anda inginkan iklan anda berada di sebelah kiri anda boleh gunakan kod di bawah:

<b:if cond=’data:blog.pageType == &quot;item&quot;’>

<div style=”float:left; margin:10px;”>

LETAKKAN KOD IKLAN ADSENSE ANDA DI SINI

</div>

</b:if>

Kebiasaannya meletakkan iklan di bawah tajuk artikel telalu banyak akan menampakkan seolah – olah spam dan tidak professional dan kebarangkalian boleh melanggar polisi adsense. Kemungkinan juga akaun adsense anda boleh ditarik balik oleh google. Sebaiknya anda gunalah kod di bawah untuk menampakkan jarak iklan anda dan lebih cantik.

<b:if cond=’data:post.isFirstPost’>

LETAKKAN KOD IKLAN ADSENSE ANDA DI SINI

</b:if>

Selamat mencuba dan sekiranya artikel ini bagus sila komen dan share semoga bermanfaat. Harus ingat risiko adalah tanggung sendiri.

7 thoughts on “Cara Letakkan Iklan Adsense di Bawah Tajuk Post Blogger”

  1. Aayush says:
    January 8, 2018 at 5:28 am

    Nice Article Very Helpful ! Thanks for sharing !

    Log in to Reply
  2. Ina says:
    March 20, 2018 at 7:28 am

    terima kasih

    Log in to Reply
    1. admin says:
      March 22, 2018 at 2:51 pm

      sama – sama, nice blog boleh cuba apply akaun adsense untuk jana pasif income tanpa sedar…

      Log in to Reply
  3. Ina says:
    March 20, 2018 at 7:28 am

    terima kasih

    Log in to Reply
    1. admin says:
      March 22, 2018 at 2:48 pm

      sama – sama

      Log in to Reply
  4. Amir says:
    July 15, 2018 at 5:20 am

    Hi… nak tanya, kenapa adsence x muncul pada blog ya?

    Log in to Reply
    1. admin says:
      July 16, 2018 at 11:58 am

      apa blog tuan yeaa.. boleh saya tengok..

      Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

SUBSCRIBE MY YOUTUBE CHANNEL

November 2025
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
« Mar    

Bursa Malaysia Stock Watch

PRESTASI SAHAM BURSA MALAYSIA

Recent Posts

  • 10 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal
  • Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi di Negeri Johor
  • Pengenalan Cryptocurrency Bitcoin dan Platform yang diiktiraf di Malaysia
  • Jenis – Jenis Teknikal Trading yang dapat digunakan dalam Pasaran Kewangan
  • Panduan Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Di Bawah JAIS 2025

Recent Comments

  • admin on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • izam on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • Muhammad on Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online
  • admin on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Nadzmi on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article

Archives

Categories

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

SEDANG ONLINE

Pelawat Setia

  • 0
  • 18
  • 968,162
  • 424,080
©2025 MOHD ZAKI DOT COM | Design: Newspaperly WordPress Theme