Skip to content

MOHD ZAKI DOT COM

Life is too short.. No time to sad..

Menu
  • Home
  • About Me
    • My Story
    • My Produk
    • My Review
  • Legalities
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
    • Terms and Conditions
  • Tips
    • Tips Adsense
    • Tips Affiliate
    • Tips Beli Rumah
    • Tips Blogger
    • Tips Hartanah
    • Tips Kewangan
    • Tips Melabur
    • Tips WordPress
    • Scam Alert
  • Buat Duit
  • Panduan Online
  • Download Percuma
  • Contact
Menu

Perubahan Kadar Caruman KWSP Pekerja 11 Peratus Bermula Gaji Januari 2018

Posted on January 23, 2018July 30, 2019 by admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, moga sahabat semua sihat sentiasa.

Tahun 2017 dah berlalu, biasalah banyak benda akan berubah pada tahun 2018 yang mendatang termasuklah dengan Kadar Caruman KWSP Pekerja yang mana sebelum ini telah diturunkan kepada 8% (peratus) kini kembali kepada 11% (peratus).

Hujung tahun yang lepas biasalah badan berkanun KWSP akan menghantar surat kepada semua syarikat yang ada rekod dalam sistem mereka yang mana pernah berdaftar dan membuat caruman bagi pekerja. Contoh surat yang saya dapat adalah seperti di bawah.

Kuatkuasa ini adalah bagi gaji bulan Januari 2018 dan caruman KWSP bagi bulan Februari 2018. Ingat bagi mana – mana pegawai yang terlibat menyediakan gaji pekerja jangan lupa ubah kadar caruman tersebut jika tidak pasti akan ada bermasalah apabila diaudit oleh pegawai KWSP.

Kebiasaanya pegawai yang menyediakan maklumat gaji/ emolumen pembayaran adalah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran dan ada juga sesetengah syarikat dibuat terus oleh Bahagian Kewangan untuk menjimatkan tenaga kerja yang mana pekerja kita boleh bagi multitasking barulah tak membazir duit syarikat.

Dengan adanya perubahan kadar caruman ini adakah petanda ekonomi Malaysia sudah semakin stabil dan kadar tukaran duit RM semakin kukuh dalam dunia global? Kemungkinan kerana sekarang juga tahun 2018 adalah tahun yang mana akan diadakan pilihan raya umum, sudah pasti ramai pelabur – pelabur luar akan melabur dan menyuntik dana dalam syarikat – syarikat besar sebelum pilihan raya diadakan. Cuba kita perhatikan kadar tukaran wang di bawah.

Pada masa ini jugalah waktu yang sesuai bagi pelabur yang ingin membeli dan menjual dalam bursa saham malaysia kerana pergerakan dana saham adalah rancak.

Walau apapun, yang penting bagi semua syarikat yang mempunyai pekerja mestilah membuat caruman kerana ia adalah wajib dari segi undang – undang Malaysia. Sekiranya tak buat potongan bayaran atau lewat membuat bayaran caruman selepas 15 haribulan berikutnya denda kemungkinan akan dikenakan oleh pihak KWSP.

Oleh itu, tunaikanlah hak pekerja dengan membuat potongan dan pembayaran pada masa yang telah ditetapkan untuk mengelak sebarang didenda yang akan dikenakan. Denda kebiasaannya bukan sahaja caj lewat bayar tetapi caj ke atas dividen ke atas nilai yang lewat bayar.

Anda ada syarikat dan ada pekerja bayar jelah yea. Kalau tak buruk padahnya… Semoga ingat pesanan ini. Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “Perubahan Kadar Caruman KWSP Pekerja 11 Peratus Bermula Gaji Januari 2018”

  1. Lan says:
    March 1, 2018 at 5:34 am

    Nk tnya…sy pakai phone biasa mcm 3310 @ 3315…mcm mane sy nk check baki kredit dan nmbor phone..klau macam celcom *124#…mobile unifi ni ape yer??

    Log in to Reply
    1. admin says:
      March 1, 2018 at 10:48 am

      awat hang p komen tang nih…hihihi semak baki hanya melalui apps mobile unifi. pakai phone apa pun semak kat situ..so far tiada USSD kod untuk semakan seperti mana celcom, digi, maxis dan umobile.

      Log in to Reply
  2. Dakwan says:
    March 5, 2018 at 12:13 pm

    Sy nak tanya.. sy bru amik simkad unifi di tm td.. data internet x on lah.. tp panggilan kluar masuk boleh.. dah abis setting da kat fon.. ke kena setting di app ke.. ke mcm mane?

    Log in to Reply
    1. admin says:
      March 7, 2018 at 5:44 am

      simkad support 4G LTE band 5 atau tidak.. kalau support insya Allah tiada masalah..

      Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

SUBSCRIBE MY YOUTUBE CHANNEL

April 2026
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Mar    

Bursa Malaysia Stock Watch

PRESTASI SAHAM BURSA MALAYSIA

Recent Posts

  • 10 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal
  • Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi di Negeri Johor
  • Pengenalan Cryptocurrency Bitcoin dan Platform yang diiktiraf di Malaysia
  • Jenis – Jenis Teknikal Trading yang dapat digunakan dalam Pasaran Kewangan
  • Panduan Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Di Bawah JAIS 2025

Recent Comments

  • admin on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • izam on Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???
  • Muhammad on Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online
  • admin on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article
  • Nadzmi on Buat Duit Dengan Facebook Instant Article

Archives

Categories

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

SEDANG ONLINE

Pelawat Setia

  • 1
  • 40
  • 1,012,764
  • 442,543
©2026 MOHD ZAKI DOT COM | Design: Newspaperly WordPress Theme