Tips Tips Beli Rumah

Cara Mudah Formula Kira Bayaran Bulanan Rumah Yang Dibeli

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt Tuhan pencipta sekalian alam yang masih mengasihi kita semua.

Kali ini saya nak kongsikan sedikit cara mudah untuk membuat anggaran kiraan bayaran bulanan sekiranya ingin membeli rumah. Disebabkan masih ramai yang tidak tahu so saya ambil peluang ini untuk dikongsikan agar dapat dijadikan rujukan buat anda semua dan memudahkan anggaran kiraan bagi membeli sebuah rumah.

Formula ini sangat mudah untuk kita kira bayaran bulanan rumah sebagai contoh:

Harga sebuah rumah bernilai RM300K.

Kiraan mudahnya adalah:-

(Harga Rumah) RM 300 000 √∑ 200 = RM1,500 (sebulan)

Kenapa perlu dibahagikan dengan Nilai 200 aku pun tak tahu dan kiraan ini digunapakai oleh kebanyakan agen rumah atau penjual bagi memudahkan kiraan komitmen bulanan pembeli.

Walaubagaimana pun, kiraan yang lebih tepat adalah berdasarkan surat tawaran yang diberi oleh pihak bank sekiranya pinjaman perumahan telah diluluskan mengikut tempoh perjanjian yang ditetapkan dan juga bergantung pada umur, document kewangan dan sebagainya.

Sila kongsikan maklumat ini sekiranya membantu anda semua. Sekian Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *