Scam Alert

Scam Alert : Macau Scam Pesara USM Rugi RM105,000.00

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya tertarik untuk kongsikan berkenaan Scam ini kerana masih ramai yang tidak sedar dengan teknik licik penipuan yang dibuat melalui panggilan telefon dan juga melalui atas talian melalui laman sesawang. Sekiranya anda ingin membeli secara online sebaiknya semak terlebih dahulu akaun bank penjual.

Penipuan yang dibuat melalui telefon kebiasaannya adalah Macau Scam yang sememangya dibuat secara berkumpulan dan sasaran mereka sekarang ini adalah golongan luar bandar yang kurang maklumat dan pendedahan berkenaan penipuan tersebut. Hal ini juga terjadi kepada ibu mertua saya yang sering dihubungi oleh pihak penipu tersebut, nasib baik kami telah menasihat ibu saya yang kurang pendedahan berkenaan Macau Scam. Kebetulan ketika panggilan yang entah kali ke berapa kami angkat. Boleh rujuk dibawah jalan cerita;

Assalamualaikum selamat pagi.. 😁Nak cerita sikit ni. Kalau berminat,baca la. Raya hari tu,waktu ada di kampung. Tiba…

Posted by Nurulhayati Ramli on Ahad, 18 Ogos 2019

Assalamualaikum selamat pagi!Ok sambung kisah semalam. Untuk makluman, suara operator robot tu garang tau,macam nak…

Posted by Nurulhayati Ramli on Isnin, 19 Ogos 2019

Assalamualaikum selamat pagi..🤗Alamak,baru teringat ada hutang dengan sahabat semua.. 😁 Hehee..ok jom sambung kisah…

Posted by Nurulhayati Ramli on Selasa, 20 Ogos 2019

Saya rasa kes yang dilaporkan oleh bharian di bawah masih berlaku di luar sana kerana kurangnya kesedaran dan pendedahan yang sampai kepada mereka (mangsa). Sekiranya ramai yang sedar sudah pasti teknik yang sudah biasa digunakan oleh mereka tidak terpakai lagi.

Di bawah ini saya sertakan maklumat dari bharian yang diuntuk rujukan bagaimana modus operandi mereka lakukan agar tidak berlaku kepada suadara dan sahabat diluar sana lagi. Tolong sebarkan maklumat penipuan ini agar lebih ramai tidak terkena dengan teknik licik penipuan Macau Scam.

“BALIK PULAU: Seorang pesara pegawai penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) kerugian sebanyak RM105,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam.

Mangsa berusia 59 tahun itu diperdaya seorang individu yang menyamar sebagai pegawai dari Telekom Malaysia Bhd (TM), mendakwa mangsa memohon akaun internet untuk kegunaan penggubalan wang haram.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, berkata panggilan telefon diterima mangsa menerusi talian tetap di rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari Rabu lalu itu kemudian disambungkan kepada seorang lelaki menyamar pegawai polis.

“Suspek mendakwa pengadu terbabit dengan jenayah berat dan telah mengeluarkan waran tangkap, selain memberi amaran agar mangsa tidak menceritakan kepada sesiapa jika tak mahu ditangkap.

“Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor Zahari dari Pahang turut meminta mangsa membuat transaksi sebanyak RM30,000 dan mengikut arahannya.

“Mangsa kemudian membuat transaksi RM30,000 melalui kaunter bank muamalat di Jalan Tengah, Bayan Baru, kira-kira jam 4.30 petang, hari sama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Anbalagan berkata, mangsa kemudian membuat transaksi kedua bernilai RM4,900 di Bank Islam dekat Bayan Baru, kira-kira jam 2 petang, Khamis lalu.

“Mangsa juga telah membuat beberapa kali transaksi lain ke akaun sama sehingga mengalami kerugian bernilai RM105,000, dipercayai hasil daripada simpanan pencen wanita terbabit.

“Suspek telah memperdaya pengadu dalam penipuan Macau Scam. Sindiket ini juga memberi amaran tidak memaklumkan kepada sesiapa, selain kononnya akan menghantar surat waran tangkap melalui WhatsApp pada pengadu.

“Mangsa hanya menyedari dia telah ditipu selepas menceritakan kejadian terbabit kepada rakannya, sebelum tampil membuat laporan polis, semalam,” katanya.

Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *