Tips Online

Panduan Beli Simkad ONEXOX Secara Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah sejajar dengan kemajuan teknologi, kini Simkad Onexox anda sudah boleh membeli secara online tanpa melalui dealer dealer diluar sana. Nak beli kat luar pun boleh kadang – kadang kita sebagai pengguna tiada kesempatan untuk berjumpa atau mungkin tiada nombor pilihan di hati yang ditawarkan oleh dealer tersebut.

Kini anda tak perlu risau lagi kerana anda duduk dirumah sahaja sudah boleh membeli simkad onexox secara online. Nak tahu macam mana anda boleh klik link web Beli Simkad Online dan akan ke web seperti berikut:

Anda boleh pilih nombor mana yang anda inginkan mengikut kesesuaian hati anda. Tickkan dan akan keluar nilai RM10 sahaja bagi satu nombor. Sekiranya tiada nombor pilihan, anda boleh klik refresh sehingga anda jumpa nombor yang anda suka. Setelah pilih boleh klik di ruangan checkout atau sekiranya anda ingin tambah PICK YOUR WELCOME DEAL! pun boleh juga di mana akaun simkad anda akan terus dimasukkan data dan minit mengikut pakej yang dipilih.

Bagi yang ingin port in ke ONEXOX dari telco lain bolehlah terus butang Switch Over dan anda perlulah masukkan nombor lama anda dan juga telco yang dipakai sekarang, isikan maklumat diri dengan betul untuk mengelak maklumat pendaftaran tidak berjaya.

Selain itu anda juga boleh pilih untuk tambahan kredit terus dimasukkan ke akaun onexox anda sama ada nilainya RM10, RM30 atau RM50 dan akan dibayar sekali dengan simkad.

Apabila semua sudah lengkap anda boleh klik check out untuk isikan maklumat dan pastikan anda sertakan sekali salinan ic dalam bentuk image yang jelas depan dan belakang untuk memudahkan pendaftaran dibuat oleh pihak HQ.

Setelah selesai semua pastikan anda boleh buat bayaran melalui online banking dan perkhidmatan yang disediakan adalah semua bank. Apabila bayaran telah dibuat dan boleh tunggu simkad akan di hantar ke alamat anda dalam masa 2-7 hari bekerja. Selamat mengguna simkad onexox yang laju dan jimat. Semoga membantu. Sekian Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *