Tips Tips Online Whatsapp

Cara Download Contact Phone Number Dari Group Whatsapp Percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt Tuhan sekalian alam. Pada era ini ramai yang membuat bisnes dengan mempromosi kepada pelanggan melalui phone number sama ada sms ataupun whatsapp. Oleh itu, maklumat pelanggan ataupun database pelanggan atau bakal pelanggan sangat penting untuk disimpan atau digunakan berulang kali dalam mempromosi perkhidmatan yang dijalankan.

Ramai pakar – pakar diluar sana mencipta alat atau tools untuk extract contact number whatsapp yang dijual beribu ringgit. Namun demikian tanpa kita sedar ada jugak sesetengah pihak yang mencipta tools percuma yang mempunyai fungsi yang hampir sama walaupun tidak banyak fungsi lain, hakikatnya tetap boleh dapatkan contact number dari group whatsapp.

Di sini saya ingin kongsikan langkah mudah untuk mendapatkan contact group whatsapp menggunakan tool percuma. Yang penting ia hanya boleh lakukan mengguna laptop atau komputer sahaja. Apa yang anda perlu buat adalah:

  1. Buka Browser Google Chrome atau Salam Browser
  2. Pergi ke fungsi setting sebelah kanan
  3. Pilih More tools dan click extension
  4. Get More extension
  5. Search keyword: Group Contacts Download
  6. Click Add to chrome
  7. Kalau tak jumpa klik je link di sini
  8. Follow video di bawah

Setelah download contact number dan nama dalam excel anda boleh gunakan untuk bermacam – macam fungsi lain lagi…sebagai contoh untuk blast watsapp, sms dan mungkin boleh gunakan untuk retarging ads di facebook jika sudah ada fungsi tambah audien melalui phone number.

Okeh itu sahaja perkongsian daripada saya, semoga bermanfaat dan jangan lupa share artikel ini untuk kebaikan bersama.

Sekian Wassalam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *