0

Lemah Sangat Ke Security CIMB Sampai Duit Kena Tolak Dari Akaun Tanpa Kebenaran Pasti Membuatkan Semua Orang Risau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semoga sihat sentiasa dan dirahmati Allah swt.

Kes seperti ini banyak belaku dan sangat menakutkan ramai orang. Sebelum ini kes duit hilang, duit kena tolak, duit kena telan entah ke mana, duit ditolak secara senyap senyap banyak berlaku dikalangan bank – bank Malaysia terutamanya bank apa??? korang komen sendirilah yeaa…

Oleh itu, saya secara peribadi elakkan guna apps atau jika nak login guna dekstop pastikan URL adalah betul dan jika keluar tanda yang kurang pasti elakkan daripada login, terus tutup dan cuba clear cookies dan history atau boleh guna browser incognito window. Atau guna sahaja browser lain. Dan tidak digalakkan login di Cyber Cafe kerana ia adalah public punya komputer. Macam – macam boleh jadi..ntah virus apa yang telah ada kat komputer tu boleh sahaja ambil data peribadi kita dengan mudahnya.

Terkini adalah CIMB bank, anda boleh baca sendiri apa yang telah terjadi pada saudara Qazreen Qazz seperti di bawah;

selama ni aku tengok orang kena… well… now its on me la kan…#CIMB… kena kat aku… terduduk… 4k lebih lebur mcm tu je… sila berhati-hati dalam transaksi atas talian… kalau boleh xpayah la guna apps bank tu… serupa tahi… kalau terkena… mohon call bank dengan kadar segera… walaupun selalunya dah terlambat… in my case… memang terlambat dah… masa transaksi tu berlaku… dapat sms, aku call cimb on the spot… still message masuk bertalu2 duit kena sedut… hanya boleh block your card je… so i lost almost 4-5k today… kelabu mata aku… blank otak sekejap… my future is riding on this money…

#cimbclicks
#CIMBMALAYSIA

UPDATE:

so… disebabkan ramai yang bertanya apa kaitan aku dengan Paypal, aku x pernah ada akaun paypal mahupun membuat pembelian online dalam masa terdekat… this is a case of fraud ataupun lebih mudah kecurian data… even kad x pernah terlepas dekat sesiapa pun… somewhere along the line data tu dapat dekat 3rd party yg x sepatutnya… in my case antara debit card/cimbclicks data yang kebocoran…

untuk transaksi… ada 28 transaksi yang dilakukan… pembayaran kepada PayPal… nasib baik 1 vendor sahaja… so i contacted PayPal at 03-7723 7155 (PayPal Malaysia) and blocked the floating transaction… below is the update for PayPal…

*PayPal*

on the phone with #PayPal representative… mr ghadafi and another indian guy i’m sorry i couldn’t hear your name correctly sir… but still i thank you guys for being so understanding and supportive…

-file a report about unauthorised transactions
-#PayPal is going to withhold the transaction…
-it is going to be a DEFINITE refund in full amount
-its going to take around 10-17 working days
-follow up case around 5 days after report filed… within 2-3 days after is not going to help
-if you filed a dispute form with #paypal… you are not needed to file another dispute form to your bank… kalau x nanti clash report…
-so i am hoping the case is settled as soon as possible

thank you to everyone for the support and kind words… thanks to cimb call center personnel… thanks to paypal guys…

if needed… their number is:
0377237155 (paypal malaysia)

kesimpulan yg aku boleh buat kat sini…

#CIMB your app is crap and your security is a joke… please improve seriously…

kepada mangsa lain… jangan panik… mohon segera block your card… and contact the involved parties… if you seek help for guidance… please PM me, i will try to help setakat yang mampu dalam pengetahuan… kalau komen, dah terlalu meriah bawah tu… xlarat nak scroll… huhu. thank you : Sumber Facebook Qazreen Qazz beliau.

Itu baru satu, ini ada lagi kes kedua yang hadapi perkara yang sama… kes Amiratul Farhana Azizan  Ermm;

🐙🐙🐙🐙🐙
Sotong betulla…
🐙🐙🐙🐙🐙

CIMB clicks ni uolls…

hati2 lah siapa nk gaji Esok Lusa…

Masa nk log in tngok dulu Ada x “protected by reCAPTCHA”..
Kalau ad menatang ni Lupakan la niat uolls nk login.. Pi ATM jela cucuk duit…

Ummi login nk check balance Dalam Pkol 11

Login Xsampai 5minit pun terus log out..

Pkol 11.30 bertalu2 SMS PAYPAL kena Tolak duit Dalam acc..

Sampai licin ( Adalah tinggal rm20++ je)

Dalam masa kurang Dari 30minit ummi Dapat 7 SMS PAYPAL
(Tolak duit Dalam acc)

Terus call cimb block acc.

Esok kena pergi CIMB..

Doakan moga2 Dapatla semula duit Dalam acc tu..

Xbanyak tp tetap duit.. Xde org nk bg ko duit free ok… rujuk facebook Amiratul Farhana Azizan

  

Oleh itu, tukarlah password selalu kadang – kadang bukan pihak bank punya sistem yang lemah walaupun ada tetapi tidak semua yang merisuakan adalah sikap kita yang cuai antaranya install apps bank yang fake, login guna url yang third party (phishing) dan guna browser yang telah disimpan spyware atau apa – apa virus yang boleh curi data peribadi. So perkara ini tetap akan berlaku selagi mana sikap kita tidak waspada dengan keadaan hacker atau penjenayah di luar sana. Dalam masa yang sama usahlah dok tanyang akaun bank di media sosial jika ada wang yang banyak kerana penjenayah di mana – mana dan sentiasa mencari mangsa.

Kongsikan artikel ini untuk manfaat dan rujukan lebih ramai orang. Sekian Wassalam.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

64 − 58 =