2

Cara Menukar Profile Facebook Menjadi Fan Page dan Menggabungkan Dua Fan Page Menjadi Satu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni saya ingin kongsikan cara mudah untuk menukar Profile Facebook Personal menjadi Fan Page dan Menggabungkan dua fan page anda menjadi satu.

Tutorial ini saya buat kerana saya ingin menjadikan fan page asal saya menjadi baru dengan ID baru dan fresh tanpa apa – apa content maksudnya semua bermula dengan kosong balik. Disamping itu boleh dijadikan panduan buat ramai orang yang dah berniaga menggunakan profile facebook tetapi ingin bermula dengan page baru. Hal ini kerana apabila mencipta page baru anda akan mengambil masa yang lama untuk menarik liker atau follower semula. Langkah mudah anda boleh sahaja convert friend dan follower sedia ada supaya like dan follow page menggunakan nama anda dan anda boleh tukar nama page anda mengikut apa yang anda suka. Berikut adalah proses utama pertukaran page personal menjadi fanpage.

Merubah profile atau akaun facebook persoal menjadi fan page

Proses pertukaran adalah sangat mudah, namun anda perlu mengetaui beberapa perkara sebelum proses pertukaran facebook profile menjadi fan page iaitu:

  1. Semua friend dan follower akan menjadi peminat kepada fan page anda.
  2. Nama profile anda akan menjadi username fan page.
  3. Nama profile anda akan menjadi nama fan page.
  4. Gambar profile anda akan menjadi gambar profile fan page.
  5. Semua status dari profile tidak akan ditransfer ke fan page.
  6. Gambar, video dan kawan boleh dipilih untuk dibawa ke fanpage atau tidak
  7. Anda hanya diberi sekali sahaja untuk migrate ke fan page. Sebaiknya cukupkan dulu 5k friend.
  8. Akaun Personal akan kekal sepeti biasa dan menjadi admin kepada fan page.

Sekiranya anda sudah faham akan kesan daripada menjadikan personal profile kepada fan page, anda boleh mulakan dengan langkah – langkah berikut:

1. Langkah Pertama: Login ke akaun facebook profile yang anda ingin jadikan fanpage.

2. Langkah Kedua: Pergi ke alamat ini https://www.facebook.com/pages/create/migrate akan keluar gambar seperti di seperti dibawah :

3. Langkah Ketiga: Klik Get Started

  • Pilih Kategori

  • Pilih Friend dan Follower

  • Masukan Pilih Video dan Gambar

  • Dan klik Review dan Create Page

4. Langkah Keempat: Setelah klik Create Page

5. Langkah Kelima: Tunggu sahaja Proses Penjanaan Fan Page ambil masa..

6. Langkah Terkahir: Bila dah keluar butang, Publish…Klik sahaja…Selesai..

Siap Sudah..Lepas tu anda boleh lah buat first posting dan tambah apa – apa maklumat yang patut…

Kalau nak terus masukkan gambar album dari profile terus klik ditepi Complete your new page…

Tick Album photo yang anda inginkan…lepas tu klik finish dan proses akan update dalam beberapa saat….

Begitulah langkah – langkahnya, sangat mudah bukan… So sekarang kita gabungkan pulak page lama dengan page baru menjadikan ia satu page.

Cara Mudah Menggabungkan atau Merge Page Dari dua menjadi satu.

Mungkin anda sebelum ini mempunyai banyak fan page yang tak sempat nak update namun dari dibiarkan tidak terusik tanpa ada engagement dengan liker sebaiknya anda gabungkan sahaja dengan personal page anda. Walau bagaimanapun syarat utama untuk gabung page adalah nama fan page mestilah seakan akan sama atau salah satu perkataan dan kategori mestilah sama.

Sekiranya fan page like bawah 200 anda boleh tukar nama pada bila – bila masa sahaja namun sekiranya lebih anda perlu buat pertukaran awal terlebih dahulu sebagai contoh page asal  “Wanita Cantik” anda tukar kepada “Nurul Cantik” selepas itu barulah anda boleh gabungkan dengan fan page personal sebagai contoh “Nurul Hayati” mejadikan semua liker di page “Nurul Cantik” dipindahkan kepada fan page “Nurul Hayati” menjadi satu sahaja.

1. Langkah Pertama: Pergi ke Setting

  • Pilih General
  • Klik edit pada bagian Merge Pages
  • Klik Merge duplicate Pages

2. Langkah Kedua: Pilih dua page yang anda ingin gabungkan dan klik Merge Pages:

3. Langkah Ketiga: Pilih page mana yang anda ingin kekalkan

4. Langkah Keempat: Klik Confirm

5. Langkah Terkahir: Klik Request…Lepas tu Selesai

Penutup

Kesimpulannya, tukarlah personal profile anda kepada fan page kerana page adalah unlimted untuk setiap orang like atau follow dan sangat membantu bagi sesiapa yang ingin berniaga atau membuat service secara atas talian.

Saya berharap agar posting ini dapat membantu anda semua membina fan page sendiri dan jangan lupa share dan komen di bawah yea sekiranya terdapat kemusykilan dan pertanyaan lanjut. Sekian Wassalam.

admin

2 Comments

  1. Kalau dah tukar personal fb jadi page, so personal fb tu masih maintain macam biasa atau dah bertukar ke fb page tu yer?

    • personal fb akan maintain macam biasa dan akan jadi admin kepada page yang kita tukar tuh..boleh cuba..follow guide yang diberi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

34 − = 32