4

Cara Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini saya ingin kongsikan sedikit berkenaan cara semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) yang telah ditukarkan nama daripada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Biasalah disebabkan perubahan pentadbiran negara oleh kerajaan baru pada bulan mei 2018 yang lepas, kerajaan baru Pakatan Harapan mengambil langkah meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Nama perlu ditukar takkan nak guna nama lamakan nanti apa pulak rakyat kata walhal tiada masalah nama tersebut dikekalkan, namun apa boleh buat dah kerajaan nak tukar nama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) kami sebagai rakyat terima sahajalah walaupun pertukaran nama itupun melibatkkan kos.

Berikut saya kongsikan cara-cara membuat semakan sama ada lulus atau gagal.

Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018 (Permohonan Rayuan)

Cara Semak Permohonan Rayuan :

1-Layari https://bsh.hasil.gov.my/    @ atau direct https://bsh.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx

2-Klik Menu MyBSHR

3-Masukkan No Kad Pengenalan

4-Klik Log Masuk

5-Sila Jawab Soalan Keselamatan Sebelum Di Paparkan Status Permohonan.

HUBUNGI KAMI (BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT):

Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM : 1-800-88-2716 (Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m)

Faksimili MOF : 03-8882 3933

Sekretariat MOF: Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Terbaru, Makluman dari laman web Bantuan Sara Hidup Rakyat, pembayaran Fasa Ke 2 sudah mula di kreditkan ke akaun penerima mulai 6 Jun 2018.

Semoga dengan info ini membantu anda membuat semakan dengan lebih mudah.

admin

4 Comments

    • Tak pasti tu tuan. Tuan lebih arif sebab tuankan update bantuansarahidup.com huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *