0

My Review Celcom Home Wireless Broadband Trial Percuma Sebulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Kali ini saya ingin kongsikan berkenaan tawaran terbaru Celcom Home Wireless Broadband yang diberikan secara percuma bagi tempoh trial sebulan atau 30 hari. Saya dimaklumkan oleh promoter celcom,  sebanyak 400 unit Celcom Wireless Broadband diberi percuma kepada pelanggan yang bertuah yang telah dibuat pada 26 April 2018 –  29 April 2018 di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur, Malaysia sempena pameran Homedec.

Alhamdulillah saya antara salah seorang pelanggan yang dapat mencuba Celcom Home Wireless Broadband ini bagi tempoh sebulan dan sekiranya tidak berpuas hati boleh pulangkan semula di cawangan celcom blue cube berdekatan. Celcom menggunakan konsep memberi pelanggan mencuba terlebih dahulu dan sekiranya berpuas hati bulan berikutnya akan dikenakan caj. Saya pilih pakej RM74.20 sebulan, walau bagaimanapun anda boleh pilih pakej mengikut kesesuaian pengguna masing – masing.

Apa yang menarik hati saya untuk mencuba adalah :

  1. 30 Days return policy ini bermaksud saya boleh pulangkan sekiranya saya tidak berpuas hati dalam tempoh tersebut tanpa sebarang caj dan tiada caj bagi bulan percubaan jika ingin terus mengguna.
  2. Promosi bagi yang terawal ini modem adalah unlock bermakna boleh digunakan untuk simkad lain sekiranya telah habis kontrak
  3. Kontrak adalah 2 tahun dan warranty modem adalah setahun
  4. Modem mudah untuk dipasang “Plug n Play”
  5. Boleh connect to 64 devices
  6. Boleh tetapkan password wireless dengan login melalui ip address

Terdapat tiga (03) pakej yang ditawarkan iaitu:

  1. Home Wireless Gold RM 74.20  (25GB/ Steraming Video 40GB)
  2. Home Wireless Glod Plus RM 106.00  (50GB/ Steraming Video 100GB)
  3. Home Wireless Platinum RM 159.00 (150GB/ Steraming Video 1TB)

Alhamdulillah setelah beberapa hari cuba, speed agak laju tiada buffering apabila menonton video melalui youtube dan apabila digunakan pada waktu peaks hour sebagai contoh waktu 7.00 petang sehingga 11.00 malam kelajuan tetap sama dan tiada sebarang masalah loading seperti mana pakej internet daripada service provider lain.

Speedtest yang digunakan melalui mobile phone menunjukkan speed download dalam likungan 90.00 mbps manakala speed upload dalam 21.00 mbps. Boleh rujuk bukti speedtest di bawah:

Bagi sesiapa yang berminat bolehlah rujuk mana – mana cawangan Celcom Blue Cube terdekat namun harus di ingat bahawa kelajuan adalah mengikut keadaan lokasi rumah anda juga kerana apabila coverage cantik insya Allah kelajuan maksimun dan sangat berpuas hati. Sekiranya anda salah seorang pengguna Celcom Home Wireless Broadband sila komen dan share pengalaman korang. Okeh atau tidak.

Sekian Wassalam.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *