158

My Review Penggunaan Simkad Mobile Unifi @ Unifi Mobile

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya doakan semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat sentiasa. Entri kali ini saya ingin memberi ulasan serba sedikit berkenaan penggunaan simkad mobile unifi.

Saya daftar 5 simkad nombor baru pada 24 Januari 2018 (Rabu) dan telah pilih untuk pick up di TM Point Kajang. Walau bagaimanapun pada hari saya ingin ambil simkad iaitu 25 Januari 2018 (Khamis), maklumat tempahan (order number) dalam rekod tiada dan saya sudah hampir putus asa untuk mencuba mungkin disebabkan sistem yang kurang stabil dalam menerima akses daripada pengguna yang ramai dalam satu – satu masa. 

Disebabkan pada hari tersebut tidak ramai yang tahu berkenaan simkad ini, maka tidak ramailah orang hadir ke kaunter TM Point. Tanpa melengahkan masa, saya minta isteri saya daftar menggunakan nama beliau dan pada hari yang sama juga terus boleh ambil simkad tanpa perlu menunggu masa yang lama.

Pada petang hari yang sama, saya terus masukkan simkad dalam telefon saya iaitu Huawei P10 Plus yang sememangnya mempunyai fungsi 4G LTE. Setelah menggunakan simkad ini seminggu, ada beberapa aspek yang ingin saya kongsikan antaranya ialah:

1. Coverage

Saya kurang pasti coverage unifi mobile ini sememangnya menggunakan pencawang Telekom Malaysia atau Pencawang Celcom atau Celcom yang menggunakan pencawang Telekom Malaysia dan yang pasti semasa simkad dimasukkan dalam telefon anda boleh lihat sendiri di bahagian simcard management akan keluar My Celcom (bukan webe, bukan P1) sehinggalah akan bertukar kepada Unifi. Setelah saya menggunakan simkad unifi ini seminggu dan pergi di sesetengah tempat  line unifi tiada dan kadang – kandang akan keluar 2 bar sahaja dan tidak menyokong fungsi 4G LTE. Internet pasti slow dan kadang – kadang tiada langsung.

Walau bagaimanapun line yang saya guna dalam simkad 1 iaitu my onexox penuh pada tempat dan masa yang sama. Kedua – kedua menggunakan platfom kemudahan pencawang yang sama jika betullah di bawah rangkaian celcom tetapi coverage berbeza. Seperti yang kita tahu setiap tempat coveragenya agak berbeza – beza mengikut kawasan. Hal ini agak mengecawakan saya sedikit sekiranya saya hanya menggunakan satu simkad sahaja dengan tiada pilihan lain, sudah pasti agak terganggu urusan harian.

2. Data

Dari segi penggunaan data pulak saya berterima kasih kepada pihak TM kerana memberi percuma 20 GB LTE dan saya telah mencubanya yang dikatakan diberi tempoh 90 hari selepas diaktifkan. Dalam seminggu sahaja saya telah habiskan data 20Gb tersebut. Bagi saya kelajuan data yang menyokong fungsi 4G LTE boleh dikira agak bagus sehingga boleh download dengan laju dan melihat youtube tanpa loading cuma time peak hour agak slow sikit bermula 8 malam – 10 malam. Saya menggunakan hotspot ke satu laptop satu komputer dan satu telefon data masih lagi boleh digunakan dan tidak mengecewakan. Namun jika ingin dibandingkan dengan kelajuan data yang saya guna iaitu Onexox lebih jauh berbeza kelajuannya dan saya telah mencubanya dari segi speedtest. Boleh lihat di youtube.

Dari segi tawaran yang diberi pulak mengikut pakej iaitu yang paling mahal RM50 untuk 8GB High Speed (4GB 3G/LTE + 4GB LTE Only). Jika saya nak bandingkan dengan pakej data lain agak kurang berbaloi sebagai contoh data Onexox dengan RM50 saya boleh dapat 10GB data unlimited speed (season pass) dan mungkin juga data dari telco lain lebih berbaloi. Apa yang agak menarik sikit mobile unifi ini adalah data tiada tempoh expired, sekiranya kita beli 8GB kita boleh guna sehingga habis data tersebut tanpa fikir tempoh expired dan ini agak menjimatkan sesetengah pengguna. Dari segi data ini saya berharap pihak TM sentiasa update dalam menawarkan data – data yang lebih murah berbanding dengan pesaing – pesaing telco lain.

3. Minit Panggilan atau Caj Panggilan dan SMS

Kebiasaan caj panggilan adalah dikira berdasarkan second dan minit namun di Mobile Unifi caj panggilan adalah dikiran secara lumsum dengan membeli pakej minit yang ditawarkan sebagai contoh pakej terkini adalah RM30 untuk 200 minit + 200 SMS dan RM10 untuk 60 minit + 60 SMS.  Agak berbaloi bagi pengguna yang tidak guna banyak panggilan lebih – lebih lagi tiada tempoh expired ditetapkan, almaklumlah sekarang ni ramai pengguna tidak menggunakan panggilan dengan kadar yang banyak.

Pakej yang diberi agak jelas dan tiada unsur yang mengelirukan berbanding dengan tawaran daripada telco lain yang ditawarkan unlimted call tetapi mempunyai ** syarat – syarat tersembunyi tanpa pengetahuan pengguna. Saya tidak banyak guna panggilan dan bagi saya tawaran yang diberikan tidaklah teruk dan membebankan pengguna dan boleh dikatakan masih relevan. 

4. Tarikh luput

Seperti yang diwar-warkan hashtage #kredittakmati dalam promosi unifi mobile agak menarik dan sehingga kini saya tidak dapat tengok di mana tarikh expired simkad saya dan saya pasti tiada expired simkad dan plan yang nak guna seperti data dan minit panggilan terpulang pada kita. Cuma disebut dalam term and conditions mereka sekiranya inginkan nombor itu kekal aktif buat pertama kalinya kena reload dan beli mana – mana pakej data atau minit dan sms dalam akaun apps yang disediakan dalam tempoh 90 hari selepas simkad diaktifkan. Apabila dah beli boleh guna sampai habis tak perlu risau lagi pembaziran dan ini adalah satu langkah yang ke depan bagi TM Mobile Unifi kerana tiada lagi telco yang berbuat sedemikian. Cuma agak sukar dari segi untuk semakan minit panggilan dan data sekiranya tiada internet untuk elak daripada kehabisan secara tiba – tiba.

5. Topup

Dari segi topup tiada masalah sebenarnya cuma menyulitkan sedikit bagi sesiapa yang tiada internet kerana topup hanyalah boleh dibuat melalui apps mobile unifi. Hal ini juga menyulitkan bagi sesiapa yang tiada kemudahan online banking/ kredit kad atau debit kad. Disamping itu juga saya tidak dinafikan ada kebaikan dan kelemahannya salah satunya juga tiada kemudahan untuk pemindahan kredit daripada satu nombor unifi ke nombor unifi yang lain. Walau bagaimanapun bagi saya itu semua bukan masalah kerana saya adalah orang yang sentiasa mempunyai kemudahan internet dan online banking. Mungkin tidak sesuai untuk orang yang tiada kemudahan tersebut.

6. Kemudahan Pendaftaran 

Seperti yang kita tahu pendaftaran simkad mobile unifi bagi nombor baru adalah sangat mudah hanya melalui apps sahaja dan ia boleh dilakukan oleh setiap orang hanya perlu ada internet, download apps, daftar maksimum lima simkad dan terus boleh collect simkad dengan menunjukkan ic semasa mengambil simkad di TM Point yang dipilih berdekatan dengan anda [baca sini]. Kebarangkalian untuk penipuan pendaftaran adalah rendah melainkan yang menggunakan khidmat pos delivery yang dikenakan caj RM10.60 (mungkin sahabat boleh komen yang ada pengalaman prosesnya bagaimana).

Walau bagaimanapun pendaftaran untuk kekalkan nombor lama agak menyulitkan sedikit bagi pengguna yang tak biasa kerana sekiranya proses pertukaran ke unifi tidak berjaya membuatkan pengguna terkial – kial ingin tahu apakah status dan apa perlu dibuat selanjutnya. Hal ini kerana kebarangkalian untuk tidak berjaya port out adalah tinggi antaranya kredit tidak cukup, akaun tak aktif, bill tertunggak, tak reply sms dan sebagainya. Ini semua boleh membuatkan proses port out atau pertukaran line ke unifi gagal tanpa diketahui oleh pengguna yang mendaftar itu sendiri. Kebiasaannya pendaftaran melalui dealer pasti dealer akan membuat follow up customer step by step untuk melancarkan proses pertukaran tersebut. Mungkin ini adalah suatu kekurangan yang kecil bagi pengguna baru.

7. Customer Service

Service after sale adalah sangat penting bagi setiap syarikat selepas penjualan sesuatu produk sama jugak dengan TM Unifi itu sendiri. Customer service adalah melalui apps live chat dan hanya boleh dilakukan setelah signup dan login apps mobile unifi tersebut. Dalam masa yang sama apps tersebut juga menyediakan online form yang mana boleh dihantar feedback kepada pihak TM dan mereka akan contact anda dalam masa 24 jam. Walau bagaimanapun itu memerlukan akses internet untuk membuat urusan tersebut sekiranya tiada ia tidak boleh dilakukan dan ini merupakan satu kelemahan.

Kesimpulan

Setiap produk ada kelebihan dan kekurangan masing – masing dan kita perlu lihat bahawa produk seperti ini adalah salah satu produk masa depan di mana setiap orang memerlukan internet untuk melakukan sebarang transaksi termasuklah untuk menyemak data dan membuat tambah nilai. Internet lain perlu digunakan bagi proses tersebut, namun tidak dapat dinafikan di pusat pusat bandar kemudahan internet adalah meluas dan hanya di luar bandar sahaja kemudahan tersebut adalah terhad.

Gunakan simkad mobile unifi ini dari sudut kelebihan bukannya dari sudut kekurangan untuk membantu memudahkan segala urusan kehidupan anda seharian. Oleh itu, huraian saya di atas adalah sekadar pandangan sahaja dan mungkin ada sedikit kekurangan yang mana diluar pengetahuan saya dan saya mohon pembaca semua untuk komen bagi setiap cadangan dan pandangan semoga tulisan ini dapat menambah nilai kepada masyarakat umum. Sila kongsikan sekiranya anda rasa review ini berguna untuk semua. Sekian wassalam.

admin

158 Comments

  1. mcm mana mau nampak yg kita sudah daftar Unifi @ belum ? bab masa sya mau habis sudah daftar Unifi apps tetiba pula data error.. dan sya cuba balik tak dpt sudah.. mohon tunjuk ajar.. hehe

    • bila daftar sekali lagi dah ada rekod ke? cuba semak email…kalau dapat order number baru kira sukses daftar…kalau belum boleh daftar semula…kalau belum dapat order number tetapi takleh daftar pakai ic sama it mean ada something error dgn sistem dan boleh rujuk dgn TM Live Chat.

  2. Terima kasih atas perkongsian maklumat. Saya hadapi masalah dimana saya terima signal 4G tetapi error loading data. Boleh buat panggilan, hantar & terima sms. Tetapan pada Mobile Network sudah dibuat.
    Adakah simkad MobileUnifi ni memerlukan signal band tertentu?

    • Sama – sama….yup betul memerlukan network 4G LTE Band 5. Jika tiada…singnal tak kuat dan data 4G LTE tak leh guna…

    • Saya ada buat smlm tapi sampai je dekat pilihan nk ambik sim dimana terus jadi blank.. saya x tau urusan da berjaya ke tidak.. sbb ada 4 step yg kene isi penuh.. saya sempat dua je.. cek email no baru yg saya pilih tu x de pun.. saya x ingat no yg dipilih tu.. saya sempat isi pilih no dan ambik kat mana je.. yg dua step lg x sempat sbb jadi blank /eror kot.. nk tanya memang percuma ke? Walaupun pilih satu no?

  3. apa akan jadi sekiranya lepas abis data 20gb then terus tak pakai? ada effect apa2 ke ?

    • base on current term and condition takde pape kalau habis 20GB dan tak nak guna..tetapi kalau nak nomber tu aktif kena relod dan beli mana – mana pakej data atau minit panggilan dalam tempoh 90 hari selepas simkad di aktifkan.

  4. Login 1st time tak berjaya kerana tidak menerima verification no.melalui sms.Sudah banyak kali try masih tidak terima macamana tu? Adakah cara manual utk menyemak baki???pls help..tq

    • cuba lagi..biasanya bila nombor tak dimasukkan dalam simkad..tiada masalah untuk dapatkan verifycation code melalui sms. so far tiada cara lain semak baki melainkan apps mobile unifi.

      • Kenapa bila saya daftar no dia keluar no tidak aktif, sedangkan saya dah masukkan no yang betul

        • bila masukkan dalam phone keluar apa yeaa…kalau telefon okeh terus automatic detect je simkad tuh.

  5. Salam… Mcm mna yea… Kalau dah oder sim tapi tak pegi ambil… Sbb sy bru dpt tau… Kwsan sy line unifi mmg kurang bagus…

    • Wassalam. boleh cancel order dgn maklumkan pada TM Point yang dipilih untuk pick up. Sure ke line unifi tiada di kawasan tuan. Tuan tinggal di mana dan line apa yg paling kuat kat tempat tuan?

  6. Line unifi mobile agak mengecewakan di tmpat saya. Harap nak guna data yg diberi tapi malangnya langsung x bleh..Harap pihak unifi melihat perkara ini sesuatu yg plu diambil serius demi kelangsungan pkhimatan jika mahu setanding dgn telco lain

    • Tuan tinggal di mana? apa line yang kuat di sana? sememangnya tidak semua tempat unifi cover…

    • Wassalam. webe postpaid dan unlimited rm79 sahaja… yang ni 20 GB data mobile unifi percuma one off sahaja.

  7. Assalamualaikum..knpaa dr hari pertama sms ke inbox xprnah msok lg..sms ke inbox error..xspt telco len ada setting mms d beri stiap kali simkadbaru or lama msok ke phone

    • Sim dah amik dan pilih unt kekal no lama. (prepaid Celcom). Masalahnya mmg masih terkial2 unt tukar ke unifi.

      • huhuhu yup sebab sukar untuk contact customer service mereka..tak pun nak mudah kena ke TM point terdekat. sebab kalau telco lain dealer boleh bantu apa proses untuk buat sekiranya nak kekalkan nombor lama…saya sarankan pakai je nombor baru.

  8. salam. nak tanya, sim kad dia boleh masuk ke modem ke tak ye? sbb husben sy try tp xdetect, telco lain lps..

  9. Kenapa saya punya simcard tak boleh buat panggilan serta menghantar mesej… saya dah ikut step by step tetap juga tak boleh…

  10. as salam admin..saya dah aktif sim..dapat call dan hantar sms..masalah saya tak dpt terima sebarang sms dr sesiapa..nk buat verification code pun tak dpt sms…

  11. saya pakai 3ari je pastu terus xde line..
    padahal ad 18.95 gb lg..
    frust da rase ni

      • Saya pun sama…bila masukkan simkad, akan terima sms minta setting MOBILE DATA & APN..bila aktif je bole online..tp malangnya sy guna x sampai 1 hari….terus x blh guna sampai skrg….dah tukar2 simkad dr yg 5 simkad tu..tp x menjadi jgk…sedangkan keluar line 3g…ke kena betulkan ape lg ye?

        • setting APN tu biasanya auto melainkan telefon tak detect baru create APN manual. tengok pada model telefon dan kena ingat yang 3G hanya dapat 50Mb sahaja data percuma..yg 20GB untuk 4G LTE band 5. tak semua device ada fungsi tersebut.

    • kalau tak guna setelah 90 hari akan terminate…dan dah tak leh guna melainkan anda reload dan beli mana – mana pakej data atau pakej minit panggilan.

  12. macam mana nak guna data unifi tu dekat simcard yg kedua ?? bila saya tekan setting yg sim card manager and patu tekan switch data to unfi, but bila i tukar data untuk simcard kedua, lansung tak kluar data. Macam mana ye,

    • simkad kedua tu support 4G LTE band 5 juga ke…tengok pada spec telefon kadang – kadang 4G hanya sim satu sahaja… jika dua dua 4G tiada masalah kebiasaannya..

  13. Tuan admin,mohon ajar saya cak baki manual tanpa mnggunakan apps sbb dekat ipad mini saya akan ada masalah nk hidupkan verification code tu kt apps. Verification code mmg tak sampai2. Ada cara lain x tuan?

    • setahu saya masih tidak disediakan lagi fungsi USSD code untuk semak bagi..cuba rujuk dengan TM Live Chat mungkin mereka dah sediakan tetapi tak ramai yang tahu.

  14. Data kasih Kau Kau tapi Tak Ada signal mana mana says pergi. Subang Parade… zone kosong. AEON Mall Shah Slam…sama. Sterling Uptown… Tak Ada….macam mana nak Guna

    • mustahil kawasan bandar tak de line.. mesti ada something wrong dari segi setting kalau pakai smartphone yang ada 4G.. cuba pergi TM Point minta diaorang setting lah atau buat live chat minta bantuan…

  15. bagi sapa2 yg tak dpt sms atau terima sms.
    try check sms center number.
    sepatut nya sms center number utk unifi mobile ialah:
    +601110499999

    • yup betul tuh mungkin sebab telefon tak auto detect sms center number..so sesiapa yang tak dapat sms perlu buat manual setting sms center.

  16. Nk beli topap dekat mana untk sim unifi ni? Ke kena online bnking? Cuba jelaskan skit kelebihan seleps 20 gb ni hbis?

    • topup menggunakan apps mobile unifi direct online banking. setelah habis 20 gb data terus takleh guna internet. cuma tempoh aktif kalau tak silap saya hanya dalam 90 hari setelah simkad diaktifkan.

  17. 1) Hanset 4G band 5 dual SIM bagi sesiapa tak tau tukar setting,paling mudah simkad unifi tu letak kat slot 1 bkn slot 2. Nak letak jgk di slot 2 maka kena set slot 2 tu 4G.. baru ada column utk setting APN.

    2) Setahu saya tiada iklan yg webe@unifi offer speed. Yg ada cuma unlimited shj.

    • Yup betul tuh..terima kasih atas perkongsian maklumat. Memang tiada offer speed cuma kebiasaan pengguna inginkan kelajuan apabila menggunakan data. Unlimited data hanya webe postpaid sahaja bayaran bulanan.

    • kalau slot 2 tak support 4g kena tukar ke slot 1 lah..itu pun 4G LTE band 5 baru ngum dengan simkad unifi

      • nak aktifkan masuk je simkad dalam telefon terus aktif tu simkad yang self pickup lah..kalau delivery dalam 30 hari selepas simkad sampai kalau tak silap saya…

  18. Saya daftar unifi guna balik no lama saya…..andai kata 1 hari nanti saya nak bertukar ke telco yang lain ada kah no saya ini boleh daftar balik ke telco yang baru

  19. Baru pakai sim unifi hari ni..kecewa sedikit kerana liputan dirumah saya hanya H+ sahaja..??

  20. Cuma untuk makluman, 20gb tu samada guna @ tidak.. Hari ke 91 akan auto terminate JIKA TIDAK TOPUP. Sila baca FAQ.

    Maksud kredit x mati adalah topup RM10@30@50 apa2 utk tempoh 90hari.. bkn RM10(10hari) atau RM30(30hari).

    Cuma cara topup saya x puas hati dgn idea gen-Y asal bandar.Paling tidak pun dkt e-pay. Bkn semua gen-Y/X luar bandar guna/ada online banking. Lagi baik aku jwb x tau bila org kg tanya..lagi senang!

    • yup betul tuh tempoh diberi 90 hari sahaja jika ingin aktif kena reload dan beli mana – mana pakej addon dan akan hidup 90 hari lagi…itulah kefahaman saya lah…topup memang kena melalui apps unifi mobile direct banking buat masa sekarang. tiada melalui epay dan sebagainya…target mereka mungkin lebih ke depan.

  21. Saya masuk sim unifi boleh access internet. Dlam 5mint terus tak boleh access langsung.kenapa ye?

  22. Admin…sy dah dpt simkad unifi kekal no lama.
    Apa sms yg sy perlu sy htr utk aktifkan simkad tu sbb kertas arahan tu sy dah terhilang.

    • Hantar SMS kepada unifi kami untuk mengesahan SIM anda telah diterima. SMS unifi ON DMP order number (rujuk deivery order) ke 63001.
      Setelah terima sms untuk mengesahkan permintaann anda kena reply Yes bagi pengesahan tersebut. Setelah simkad lama tak aktif masukkan simkad unifi. Insya Allah boleh pakai.

    • Wassalam. sebaiknya ikut tarikh yang diberitahu…sebab kalau pergi awal takut tak dilayan…nak cuba boleh..tiada paksaan…dapat tak dapat itu nombor dua…huhuu

  23. Assalammualaikum admin tumpang tanya saya dah register no mobile unifi saya dalam apps.. lepas tu saya tak boleh guna data tu ye?? Tapi mula mula log in tu boleh lagi pakai data tu bila dab register dah log in terus tak boleh pakai.. kalau nak dikatakan line rumah saya pakai unifi

    • Wassalam. check device support 4G LTE atau tidak sebab data 3G hanya 50MB sahaja…sekejap sahaja boleh guna.

  24. salam admin, sy bru je lpas reload.. adakah lps reload kali pertama ni xperlu reload lg utk kekal aktif?

    • Wassalam. baguslah dah reload…..setahu saya perlu reload lagi dalam tempoh 90 hari selepas beli mana – aman addon pakej…yg tak perlu reload terus saya kurang pasti..kena tunggu cukup 90 hari dulu baru boleh tengok apa jadi….

    • daftar kat mana – mana pun boleh..dengan saya pun cuma simkad kena pos lah melainkan you ada kat area bangi atau kajang.

  25. Assalam admin, nk tnye. Klau reload contohnye RM13 la. Internet die auto trs ke or kite kena langgan lg? Then reload RM13 tu bleh gune call & sms jgk ke or RM13 tu utk internet je?

    • Wassalam. bila kita reload, duit akan masuk akaun reload. dari akaun reload baru kita boleh beli internet pakej atau minit panggilan.

  26. Saya ambil 2 sim..sim pertama elok dapat 20Gb

    Tp sim y kedua dapatnya 10Gb + 50mb

    Knp cmtuh? Ingatkan dua2 dapat 20Gb

    • mungkin dah dikurangkan sebab tengok pada iklan unifi mereka dah kurangkan daripada 20GB kepada 10 GB, mungkin kerana pengguna sudah semakin ramai…

  27. Kalau kita dh aktifkan simcard tu boleh ke kita guna untuk call dan mesej??untuk brp lama??

    • boleh sahaja..90 hari sahaja..untuk kekal aktif kena reload dan beli mana – mana pakej addon sebelum hari ke 90. free call 10 minit dan 10 sms sahaja

    • Baik bawa tunjuk sekali untuk memudahkan proses pengambilan simkad. boleh cuma leceh sebab pihak TM nak kena trace guna ic

  28. Antara onexox & unifi, yg mana lebih berbaloi utk data internet & yg mana lebih sesuai/murah utk call/sms?
    Terima kasih.

    • Untuk call, sms dan data internet bagi saya berbaloi onexox cuma jika nak tengok youtube rugi onexox sebab ia data laju dan cepat habis jika selalu guna untuk youtube atau streaming. kalau guna untuk online banking berpuas hati. lagipun kalau peak hour internet masih laju berbanding unifi. BTW masing – masing ada kelebihan dan maybe unifi akan sentiasa ada penambahbaikan dari masa ke semasa.

  29. Admin..kalau kte belum aktifkan number unifi kte ni, dalam masa 90 hari die akan terminate jugak ke?

    • yang ni tak pasti..maybe yes maybe no sebab tak berapa pasti tarikh aktif bermula masuk simkad dalam telefon atau tarikh pendaftaran. rasa macam aktif bila masukkan simkad dalam telefon. kalau yang kekalkan nombor lama setelah nombor lama berjaya tukar ke simkad unifi automatik aktif.

  30. Salam simkad blh call dan sms,tapi xdapat terima call dan sms mcm mana nak buatye

    • Wassalam. kalau call tak pasti…kalau sms kena tetapkan sms center simkad unifi.

  31. Salam, apa beza 4G dan 3G? Saya guna 4G, kalau saya pergi tempat yg line 3G, internet saya masih boleh guna ke?

    • Wassalam. untuk simkad unifi ada data khas contoh 50mb 3g/4g jika data free 20Gb hanya 4G LTE sahaja. beza adalah speed dan keupyaan peranti…

  32. Salam. Masa ambik simkad hari tu sy tanya. Pegawai tm kata simkad free 20G ni tak ada expired. Cuma dalam masa 91hari kalau tak aktif akan lupus data tu. Jd kita kena aktif ke5 sekali dan guna 1 dan 1 sampai 5 simkad tu.. en mohd zaki pulak kata lepas aktif tempoh 91 hari je.. confius la…

    • Wassalam. sebab saya live chat dengan pihak unifi. nak kepastian lebih boleh tanya diaorang lah..setahu saya..simkad tiada expired dan setelah aktif iaitu simkad dimasukkan dalam telefon diberi 90 hari sahaja aktif dan jika tiada pengunaan samada data, call, atau sms dalam tempoh tersebut simkad akan terminate.

        • kena aktifkan simkad maksudnya kena guna atau reload dan beli mana – mana pakej setiap 90 hari untuk kekal aktif

    • hahahaha biasalah tuh…lebih – lebih lagi bila peak hour…macam saya jika nak guna benda penting masa tu,,,saya akan guna onexox.. insya Allah tiada masalah dari segi kelajuan…

  33. Nak tambah sikit. Mostly yang ambil simkad unifini sebab nak kan free data 20gb @ 10gb tu sahaja termasuk saya. Tapi jangan miss baca terms dia ya. Dalam terms ada sebut, kalau kita dah taknak guna lagi simkad unifi ni, wajib pulangkan balik dekat mana2 tm point. Kalau tak, kita boleh didenda. So pada yang ambil simkad ni, lepas habis data tu please jangan buang. Bila2 free pulangkn balik dkt tm kalau taknak kena denda.

    • ada tulis kat mana tu yeaa..general terms and conditions ke? boleh paste ayatnya kat sini tak? at least ramai orang boleh tahu…

  34. Seminggu pakai je line cantik..lepas tu haramm..Check coverage area dalam lingkungan 4G. Tapi tiada 4G walaupun dekat KL. 3G pun super slow skrg..Unifi kata tgh upgradekn system..now dh 5 bulan..

    Kelebihan yg aku dpt adalah unlimited. Itu sahaja.

    • Saya pakai okeh je sampai sekarang…dah habis dekat 100gb data dah….salah satu faktor utama yang ramai peengguna tak tahu adalah device 4G hanya support telefon 4G band 5. Insya Allah tiada masalah dari segi penggunaan…

  35. Salam admin.. Henfon sy ada 4g & band 5.. Tp susah nak dapat coverage 4g.. Sim unifi letak kt slot 1.. Tp still sama je.. Kejap ada, kejap xdak.. Mcm mna ye admin blh habiskan 100gb..?? sy rasanya dlm 2gb je guna..

    • Wassalam. cuba restart telefon, betullkan setting APN. yea saya habiskan hampir 100GB, saya pakai sangat berpuas hati dan saya antara terawal dapat free 20GB 4G/LTE saya siap download movie lagi yg saiz lebih 500mb bagaiman mungkin hanya 2GB sahaja. penggunaan saya sangat heavy download dan upload….update web dan sebagainya…huhuhu

    • Wassalam. boleh check kat senarai order, atau buat miscall ke mana – mana nombor dulu…

  36. Assalam.. saya nak tanya sedikit.. tak berapa faham sebenarnya.

    Anak saya daftarkan sim unifi ni, dan alhamdulillah saya dah dapat 3 sim kad..

    Jadi, selepas terima, saya masukkan 1 sim pada phone anak saya no.1 dan 2..

    Sim ke-3 masih simpan

    Soalan saya..
    Jika nak top-up nanti macamana.. melalui telefon anak saya masing-masing atau cara lain..? (phone saya masih kekal line lama, tidak gunakan sim unifi).

    • Wassalam, boleh topup mana – mana nombor kat mana – mana apps telefon janji ingat nombor dan passowrd untuk login akaun kat apps mobile unifi. cuma masa permulaan nak masuk apps tu kena dapat kod sms melalui nombor simkad anak tuh..dan create password.. ingat password tu boleh login kat mana – mana telefon yang ada apps tuh..dan terus boleh topup melalui direct banking.

  37. Salam sy nk tnya.sy daftar sim unifi by pos untuk adik ipar sy..nnti klu posmen hntr sy yg tolong ambilkan untuk adik ipar boleh ke.sebb adik ipar keje.

    • wassalam, kena tunjukkan ic yg sama dengan daftar semasa simkad dihantar.

  38. Salam admin, sy dh msukkn simkad unifi btw sy kekalkan nombor lama…tpi knp bila sy on mobile data , intrnt still takda ye? Unifi ade hantar sms
    Anda akan menerima tetapan Internet untuk anda Vivo sebentar lagi. Menyimpan tetapan dan menikmati perkhidmatan Internet. Jika digesa untuk kod PIN, sila masukkan ****. Tpi dh berjam2 tkde respond..mcm mna eh

  39. Sy pun ada masalah. Kejap2 4g kejap2 3g. Bbrp hari yg lalu 4g now dua hari ni H+.

    • cuba semak setting 4G lte kadang – kadang kena on off sebab apabila pergi ke kawasan 3G internet slow atau tiada langsung dan apabila ke kawasan 4G semula, telefon tak auto detect, so perlu off dan on semula fungsi 4G tersebut.

    • DMP number tu kena rujuk pada delivery order. Hantar SMS kepada unifi kami untuk mengesahan SIM anda telah diterima. SMS unifi ON DMP order number (rujuk deivery order) ke 63001.
      Setelah terima sms untuk mengesahkan permintaann anda kena reply Yes bagi pengesahan tersebut. Setelah simkad lama tak aktif masukkan simkad unifi. Insya Allah boleh pakai.

    • kalau dah tutup dah takleh ambil balik sebab nombor yang dah tak aktif akan di recycle dan dijual semula…

  40. Saya nak reload tak dapat
    Apps unifi macam siput
    Tak user friendly langsung
    Hang masa payment

    • Salam, Abe boleh install atau update semula Apps dan guna internet yang laju insya Allah boleh reload…

  41. Tempat saya sebelum ni xdapat 4g tapi eh tetiba dapat pula.
    Speed pula rasanya dalam 10Mbps sama laju macam line wifi unifi yang saya pakai kat rumah lama.
    Tapi ada pembetulan sikit tentang apa yang saudara sampaikan kat atas. Berkenaan tempoh luput simkad yang 3 bulan tu.
    Sebenarnya tak perlu topap, cukup dengan ada penggunaan data atau ada membuat panggilan. Tarikh luput 3 bulan itu akan automatic refresh jika ada buat 2 perkara ini. Harap maklum.

    • yup betul tuh perlu ada transaksi penggunaan walau bagaimanapun digalakkan reload dan beli pakej untuk elak sebarang kemungkinan perubahan term and condition kerana maklumat yang dimaklumkan oleh Customer Service unifi pun masih tidak jelas.

    • Semak dekat email yang dihantar masa order simkad awal – awal ritu…kat situ ada tulis..tak dapat juga boleh live chat dgn pihak TM unifi.

  42. So if i nk sim tu xnk expired.. Sy kena beli pakej yang baru sebelum 90 days ke?

    • yup kena aktifkan penggunakan data atau panggilan dalamn tempoh 90 hari tersebut…

  43. So if i nk sim tu xnk expired.. Sy kena beli pakej yang baru sebelum 90 days ke?

  44. Kenapa lepas update . Bila nak topap kluar loading tapi takleh nak topap .

    • boleh kena cuba lagi…kadang – kadang internet slow atau mungkin apps loading lama sangat…

  45. Bila ye sim card bole pick up lpas dah order. Contoh saya order semalam so bila bole amik? Ke kena tunggu sms dari unifi?

    • jika tiada dinyatakan bila tarikh boleh diambil..rasanya terus boleh pickup kat mana – mana cawangan tm point yang telah dipilih masa daftar simkad…

    • terus boleh diambil kat cawangan TM Point yang diplih, namun depend kepada stock…

    • betul tuh…tetapi unifi buat begitu sebab dah semakin ramai yang guna online banking dan ke arah digitalise. So diaorang pikir ke depan…user perlu adapt mengikut perkembangan treknologi terkini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *