0

Tips dan Azam Tingkatkan Tabung Kewangan Sendiri 2018

Selamat tinggal 2017 dalam kenangan dan pasti setiap orang mempunyai cabaran dan pengalaman masing – masing terutama dari segi usaha untuk menyimpan tabung kewangan sendiri. Ada yang boleh menyimpan dan ada yang tidak boleh menyimpan walaupun sedikit untuk menempuhi tahun 2018.

Tahun 2018 adalah tahun yang dikatakan semakin mencabar dari segi kewangan, sekiranya tiada simpanan pasti seseorang itu agak mencabar dalam mengharungi liku – liku kehidupan. Oleh itu jadikanlah 2017 sebagai pengajaran untuk kita semua berubah dan berazam supaya dapat meningkatkan simpanan kewangan masing – masing.

Oleh itu, saya ingin kongsikan tips dan azam 2018 untuk tingkatkan kewangan sendiri daripada seorang anak muda. Nak ubah tabung kewangan masing – masing hadamkanlah perkongsian daripada Tuan Amir Syahir tentang tips tingkatkan kewangan ni. Saya doakan diri sayan korang semua semoga berjaya tingkatkan simpanan peribadi.

Tahun baru ni, ayuh menanam azam untuk mempunyai simpanan lebih banyak daripada tahun lepas.

Kalau kau tak boleh nak tambah pendapatan, kau kena kurangkan perbelanjaan.

Jom baca ini:

Tip #1 : Utamakan Keperluan, Tangguhkan Kehendak

Utamakanlah perkara yang penting terlebih dahulu. Kehendak tu bila-bila pun boleh beli. Misalnya, kasut itu keperluan tetapi berpasang-pasang kasut tu dah jadi kehendak.

Sebab tu penting senaraikan barang dan perkara yang penting bila dapat gaji. Barulah kita berada di landasan yang betul.

Tip #2 : Semak Balik Pakej Bil Telefon

Jika kau ada bil telefon, semak balik pakej yang diambil. Kalau boleh hadkan bil telefon hanya setakat RM100 paling maksimum. Sekarang ni dah banyak plan yang ditawarkan oleh syarikat komunikasi. Jadi, kau kena bijak memilih.

Tip #3 : Kurangkan Kunjungi Pusat Membeli Belah

Bukan maksud gua tak boleh pergi pusat membeli-belah. Boleh, tapi jangan selalu. Kalau ada barang yang nak beli barulah pergi. Kalau setakat nak window shopping tak payahla. Bukannya apa, memang akan terbeli pun barang yang tidak ada dalam senarai.

Tip #4 : Bawa Bekal Ke Tempat Kerja

Sarapan pagi di rumah. Sebelum pergi kerja, sarapan siap-siap kat rumah. Makan tengah hari pula boleh la bawa bekal. Jadi, dapatlah berjimat sikit. Ini tidak, daripada sarapan pagi hingga ke makan malam semuanya kat kedai.

Tip #5 : Kurangkan Makan Luar

Boleh makan luar tetapi kurangkan. Kalau tengah hari dah makan luar, malam masak la kat rumah. Hujung minggu pun boleh masak kat rumah. Tiap minggu lepak kedai kopi mahal, makan tempat mewah susah la. Sedar sikit kau tu beli Myvi zero downpayment. Tak mampu simpan downpayment kereta, nak simpan downpayment rumah lagi la susah.

Tip #6 : Pakai Sampai Habis, Guna Sampai Rosak

Janganlah terlalu kejar trend terkini sampai orang bank pun duk kejar kau asyik telefon suruh bayar balik ansuran hutang tu. Apa yang ada, pakai saja. Tak perlu tiap bulan beli pakaian baru. Dah ada telefon, jangan tukar selagi tak rosak. Kau tu dapat bonus RM500 je. Bukan RM5000. Ini dapat bonus semua benda nak beli. Semua benda nak tukar baru.

Tip #7 : Hiburan Percuma

Tak perlu pergi konsert berbayar lah jika mesin ATM asyik kata “Maaf baki anda tidak mencukupi”, tak perlu bayar saluran televisyen berbayar jika sekadar nak tengok drama cinta. Artis/pelakon kegemaran kau tu bukan pedulikan sangat tentang kewangan kau pun. Jadi, cari hiburan yang percuma. Pergi lepak pantai ke, bersatu dengan alam ke. Tengok buruj ke.

Tahun baru ni cuba lah berazam yang bijak sikit. Ini berazam nak kurus lah, padahal dah kurus. Nak putih lah, padahal dah cerah. Nak kaya lah, padahal kau malas nak menyimpan. Eh.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *