0

Buat Duit Dengan Facebook Instant Article

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah semoga kalian semua sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam lingkungan kasih sayang Allah swt pencipta sekalian Alam.

Kali ini saya ingin kongsikan pada anda semua berkenaan peluang yang mana semua orang harus dan sepatutnya tahu cara mudah untuk mendapatkan sumber pendapatan tambahan yang sangat mudah melalui platform facebook. Bagaimana cara untuk mendapatkan pendapatan melalui facebook ini???? Ini persoalan yang sering ditanya oleh orang ramai di luar sana. 

Dari dulu seperti yang kita tahu, facebook hanya menyediakan platform media untuk bersosial secara percuma dan apabila pelbagai fungsi telah ditambah dari masa ke semasa sudah pasti akan memberi pulangan pendapatan kepada syarikat facebook itu sendiri. Marzukeberg bukannya orang tak bijak, pasti dia pun nak juga pulangan pendapatan.

Pada tahun 2016 Facebook telah menyediakan peluang bagi setiap orang untuk membuat duit dengan platform instant article di mana seseorang itu akan dibayar apabila anda menyediakan artikel di blog blogger mahupun blog wordpress. Artikel yang telah diluluskan oleh facebook akan keluar iklan berbayar dan daripada hasil pengiklanan tersebut anda akan mendapat duit terus ke akaun bank anda.

Langkah mudah untuk memulakan pendaftaran instant article ini adalah anda harus mempunyai dua perkara utama berikut:

  1. Fan Page facebook: iaitu anda harus create page yang sesuai dengan blog anda akan gunakan contoh: “InfoSihat2uu
  2. Blog: Blog yang bagus adalah blog wordpress kerana ia mempunyai plugin yang akan automasikan code instant article itu dimasukkan, anda hanya post sahaja ke fanpage apabila diluluskan. Blog wordpress ini adalah domain berbayar dan hosting diperlukan budget adalah dalam lingkungan RM150.00 untuk permulaan. Domain boleh beli di namecheap.com atau anda boleh terus beli melalui jomhosting.net termasuk dengan hosting tanpa perlu fikir hosting provider yang lain. Contoh blog wordpress adalah: www.infosihat2uu.com
  3.  Awas!!!! Blogspot adalah tidak digalakkan melainkan anda seorang yang pro coding dan tahu kod – kod asas untuk memasukkan kod IA setiap kali ingin post artikel. 

Dah ada dua perkara asas tersebut barulah anda boleh fikir cara untuk pendaftaran. Sebelum membuat pendaftaran sila pastikan blog anda mempunyai sekurang – kurangnya 10 artikel yang sesuai kerana facebook akan tapis artikel sama ada sesuai ataupun tidak. Okeh cara pendaftaran akan saya kongsikan pada artikel akan datang. sebelum itu tengok luuu pendapatan permulaan saya bagi tempoh 8 hari secara sambilan sahaja.

Saya malu sebenarnya nak kongsi tetapi dengan hasrat ingin berkongsi buat anda semua bersemangat, kerana saya juga baru mencuba walaupun saya sudah tahu lama platform Instant Article ini boleh menjana sumber pendapatan sampingan, itulah hakikatnya sekiranya kita tak mencuba kita tak tahukan..takkan nak tengok je orang lain buat duit kita habiskan duit je.. dah tahu apa lagi buat jelah bukannya ambik masa yang lama dalam menyediakan artikel dan post artikel ke page. Benda ni satu je kena rajin share artikel yang dah diluluskan oleh facebook..tak rajin macam saya ni tu yang income tak banyak..Hahahaha….

Apa pun korang sediakan dulu dua benda asas tu iaitu page dan blog wordpress, Insya Allah saya akan kongsikan cara untuk daftar instant artikel step by step. Okeh. Sila share artikel ini sekiranya bermanfaat. Sekian Wassalam.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *