78

Cara Mudah Semak Nombor Akaun Penipu Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini saya ingin kongsikan satu laman sesawang khas buat pembeli – pembeli online untuk menyemak sama ada penjual tersebut adalah potensi penipu atau pun tidak.

Maklumlah sekarang ni ramai pembeli online yang tertipu dengan penjual – penjual yang tak bertanggungjawab dan cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan pembeli. Kebanyakan pembeli yang sering ditipu adalah mereka yang baru menjinakkan diri dalam pembelian secara talian.

Mereka tiada pengalaman dan tidak tahu yang mana penjual yang betul atau penjual yang menipu, yang pasti mereka mudah tertarik dengan tawaran – tawaran yang tidak masuk akal sebagai contoh IPHONE 6+ yang harga asalnya mencecah RM3000.00 dijual dengan harga yang murah kurang daripada RM1000.00. Kalau anda sendiri yang kali pertama tidak pernah jumpa tawaran sedemikian sudah pasti anda akan rasa tertarik kerana memang murah dan produk yang berkualiti tetapi hakikatnya adalah dusta belaka.

Sehubungan itu, untuk mengelak daripada terkena tipu anda dinasihatkan untuk menggunakan laman sesawang berikut:  http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/  masuk je nombor akaun bank penjual tersebut dan pasti akan keluar jika penjual itu pernah menipu orang lain dan telah dibuat report polis. Laman sesawang ini adalah official daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sekiranya nama si penjual tiada dalam laman sesawang ini tetapi anda rasa ragu ragu sama ada penjual tersebut betul atau tidak saya sarankan anda cuba tips berikut:

  • Lihat Profile facebook sama ada guna gambar betul atau fake
  • Lihat testimoni daripada pelanggan – pelanggan yang lain
  • Lihat Laman sesawang sama ada lengkap menyakinkan atau tidak
  • Cuba search nombor telefon penjual di www.facebook.com
  • Cuba search nombor akaun bank penjual di www.google.com
  • Cuba search nombor telefon penjual di www.google.com
  • Cuba compare harga barang yang dijual dengan laman facebook atau web lain
  • Cuba buat COD bagi barang – barang yang berharga melebihi RM 1000.00
  • Tanyalah kawan – kawan yang lain mungkin mereka pernah membeli atau mengetahui berkenaan penjual tersebut

Jika anda masih terkena tipu setelah anda buat research tersebut saya sarankan anda buat laporan polis untuk dimasukkan senarai nombor akaun tersebut ke dalam laman sesawang polis http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ . Almaklumlah penipu online ni pun kadang – kadang bijak jugak mungkin mereka menggunakan nombor akaun bank orang lain sebagai contoh akaun bank isteri, adik beradik dan sebagainya atau mungkin itu adalah penjual yang baru nak belajar menipu online. Sekiranya anda tidak membuat laporan polis mungkin orang lain akan turut terkena tipu sebaiknya biarlah anda rugi dan asbab anda orang lain terselamat.

Marilah ramai – ramai kongsikan laman sesawang ini untuk memberi kesedaran kepada semua pembeli – pembeli online untuk mengelak meraka semua terkena tipu. Ramai orang yang kurang duit dan kurang ilmunya dalam pembelian online apatalah lagi jika terkena tipu lagilah kesian.

Jom share perkongsian daripada saya ini semoga semua mendapat manfaat. Sekian Wassalam.

admin

78 Comments

  1. aku pula bukan kena tipu dgn seller tp dgn mudah.my itu sendiri.Dah la duit aku dia kebas semata ata nk taruk iklan…dia pending review aku tu dr april tahun lepas sampai sekarang xapprove lg.Dah kena 2 iklan dia buat macam ni kat aku.ko org bayangkan lah..satu iklan dia paw duit aku rm13.so kalu dua iklan rm26ringgit.Bayangkan kalau ada sejuta org tertipu spt aku ni..aniaya beb!aku cuba hubungi mudah.my bahagian customer service..tp sayang….xada reply pun.NAMPAK CAM SCAMMER aje ni…nk lepas tangan.baik beralih ke cubacari.com…pantas dan ramah

    • hati – hatilah, semak dulu detail pengguna sebelum buat sebarang transaksi. semoga dijauhkan daripada scam pada masa akan datang.

    • mudah.my walaupun banyak kes penipuan yg berlaku tetapi tiada tindakan apa-apa terhadap laman web tersebut..sbb dri situ lahirnya scammer terkenal

      • Laman web mudah.my menyediakan platform untuk kebaikan tetapi apabila disalahguna itu adalah pengguna dimana tak dapat dikawal oleh tuan punya web. melainkan tuan punya web mengubah syarat – syarat untuk penjual buat promosi dalam tuh sebagai contoh perlu letak ic, gambar, alamat ke, ada butang report ke barulah owner boleh cuba minimize kan…jika tidak kita as pengguna sendiri kena berhati hati.

  2. Akaun saya pula digunakan oleh scammer untuk beli barang saya jual …

    Scammer iklankan barang lain yg setara harga dgn barang saya jual …

    Apabila mendapat buyer, scammer akan bagi nombor akaun saya …. Selepas buyer masukkan duit, scammer maklumkan pada saya bahawa sudah bank in …

    Scammer beri alamat rumahnya untuk pos barang … Nasib baik buyer bijak … Buyer trace nombor akaun saya dan jumpa nombor fon saya …

    Kebetulan juga saya belum pos barang itu pada customer … Jadi saya bayar balik pada buyer tadi …

    Apa jadi kalau buyer tak dapat trace nombor akaun saya? Pasti viral nombor akaun saya …

  3. hampir kne dengan scammer , konon nak beli barang kita , buat transfer guna account international tp payment hold sampai kita dah post baru payment proceed , siap nak buat report konon kita tipu dia , 3 kali nasib baik la tak post .. ada pulak duduk sabah tapi takde account bank malaysia pelik je

    • nasib baik…semak dulu buyer… boleh percaya atau tidak…semoga bermanfaat..please share this artikel untuk sahabat yang lain..

      • sALAM..

        saya ada menjual barangan di online.
        ada buyer berminat untuk beli.Dia ade mintak emel sy. Lepas tu dia hantar mesej mengatakan kata dah buat transaction ke account Maybank. Harga barang jual RM36. Dalam emel tu, bagitau dia transfer RM 600.
        Dia bagitau sy kena bayar balik RM 564 sbb overchase. Bank hold payment dia, sy kena accept di emel.. Saya cek account bank xda terima transaction pun. mail yg saya terima xde ape2 button ACCEPT atau cancel. Lepas 2 dia asyik push suruh sy accept. Ada kemungikinan tak account bank akan dicerobohi. Perlu x saya hubungi bank ? Apa tindakan saya perlu buat??

        Terima kasih

        • Wassalam. abaikan sahaja. jika kita sudah pasti tiada transaksi dalam akaun bank kita dan jangan terpengaruh dengan desakan minta pulangkan baki bayaran yang sememangnya tiada bayaran lebih pun. Lagi satu elakkan tekan link apa – apa yang diberi terutamanya melalui emel.

          • Ni nak kongsi akaun penipu : maybank 158248421859. Nama : nurul nadia binti mohd sukri. Instagram : theoriginalperfume_malaysia atau original_perfumemalaysia.

          • tipu apa yeaaa kalau boleh kongsikan sekali tipu bagaimana dan jumlahnya berapa untuk memberi kesedaran kepada pembaca yang lain…

        • Saya pun baru dapat mesej di shopee dia bagi no dia then suruh saya whatsapp, mulanya saya ingat dia Chinese tpi lps tu dia introduces diri dia as Owen Hills then cakap nak beli utk cousin dia dekat Malaysia & dia duduk dekat Canada lps tu sya dpt emel dri international bank yg saya kena refund RM500 baru bank to release payment sbb overcharged RM1100 & tiba2 acc yg dia bgi tu org mlayu Asiah binti Sulaiman mmg pelik la

          • hati – hati scammer guna pelbagai taktik yang tak masuk akal…so jika was was minta refer dengan orang terdekat yang familiar online…

  4. Najihah / effa nageeha (6897697818) – public bank (Scammer)

    IG :GOMOENTERPRICE

  5. Hati2 dengn penjual tipu. Jual hilux disegamat dengan harga 15k… penipu dah ambik deposit tiada kereta pon.. ini no fon dia 0162757540…no akaun yang digunakan bsn 0301641000086355 nama khairulnizam bin harun

    • wah hilux pun ada tipu jugak yeaa…barang besar macam lebih baik ada agrement atau kenal kerana melibatkan kos yang sangat besar…ramai diluar sana akan mengambil kesempatan atas kecuaian dan kelalaian pembeli…terima kasih atas perkongsian…

    • terima kasih atas perkongsiang semoga lebih ramai kawan – kawan diluar sana tidak terkena scam dengan scammer online nih…

    • jika benar boleh kongsikan detail di ruangan komen…jika ada yang buat pengakuan menafikan admin akan padamkan maklumat tersebut…semoga sama – sama mendapat manfaat…

    • Ya sy pn nyaris x kene tipu ada pembeli dr america nk beli duit lame dgn sy dia kata dia dh b.in 35k ke akaun sy tp dia ckp klu sy nk duit tu dia suruh sy byr sbnyk 1200 ke bank of america

      • Alhamdulillah terselamat…kebanyakan trick penipu adalah offer perkara yang bukan masuk akal tetapi perlu dibayar terlebih dahulu..apabila dah bayar mereka akan senyap tanpa sebarang berita…

  6. Ni no akaun bank rakyat penjual yg telah kebas duit saya..Dia jual telefon secara online dalam mudah .my..nama dia borhan bin yusof dan nama panggilan dia letak ustaz bob..kqlau boleh sekat jah akaun dia biar dia x dapat keluarkan duit…220166265729…bank rakyat…borhan b.yusuf

    • Sabar yeaa..mudah – mudahan lebih ramai kawan – kawan diluar sana tidak tertipu dengan penjual di mudah.my

      • Dh buat report ke tuan ? Sy pun dah terkena dengan orang yang sama. Baru buat transaksi smalam

        • mohon terus pergi buat report polis mudah – mudahan ada rekod penipu dengan pihak polis..

  7. updated 18 May 2018

    SCAMMER MUDAH.COM.MY

    LAM KOH SENG

    MAYBANK : 164230399237
    CIMB BANK : 7605189852
    PUBLIC BANK : 4667185027

    NO TEL : 0143316479

    CARA PENIPUAN : Jual laptop di mudah.com.my. Minta wang pendahuluan sebelum berjanji nak send barang. Sudah dapat duit, terus hilangkan diri. Tidak dapat dihubungi.

    STATUS : Laporan Polis (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial), telah dibuat. Masih dalam siasatan.

    Hati-hati semua dengan scammer jahanam ini. Hapuskan scammer!!

    • Bahaya tuh bagi duit pendahuluan sebab kebarangkalian penjual lesap tu tinggi baik deal terus jumpa..senang nak beli ke tak nak kemudian cerita…hati – hati kawan elak ditipu…

  8. Dh buat report ke tuan ? Sy pun dah terkena dengan orang yang sama. Baru buat transaksi smalam

    • saya dah buat report polis. bagus awak pun buat report. jangan biarkan perompak ni terlepas begitu saja. kita buat report ramai-ramai.

  9. 502054704874 maybank
    CGS BUDDY ENTERPRISE

    ni no akaun si penipu…mohon hati2 ye…

    • tipu apa yeaa. boleh share info dan proses penipuan berlaku demi kebaikan orang ramai…

    • Aduan boleh dibuat di balai polis berdekatan..nama dan maklumat bank akan ada dalam rekod online pihak polis untuk elak orang lain terkena tipu oleh orang yang sama…

      • Kalu lapor polis..nnti mereka xbuat pa2 ke Pd kita? Sebb mereka ada alamat umah kita….sy kena.. Sy call xangakt.. Bila Ws, Dia juat Bluetick je.. Then sy ugut nk buat polis report.. Bila fikir tkut pula..

        • diaorang bukan tahupun siapa yang report dekat polis…..bila report at least ada rekod dengan pihak polis untuk rujukan orang awam yang lain…

  10. Suami sy kne tipu mggu lpas, beli cap jenama aape dkat fb, da buat payment selang sehari senyap, mnta tracking number x bg plak, last bru prsan whaap x smpi. Rupe ye da kne block. Rupe nye bile sy letak kat wall nme pniaga fb tu, ade la 2 3 org msgger bgtau dorg pon kne block jgk, baru setel polis report n g bank utk mreka uta susulan org tu refund kn blik duit..

    Aape store (fb)
    SBM TRADING
    8603263378 CIMB

    • Report je puan..untuk kebaikan orang lain juga…at least diaorg tahu penjual itu adalah penipu….

  11. Pihak bank amik polis report anta kat hq, n die cuba dpt kn blik duit dr owner penipu tu..bole thn kne tipu RM 350, tu suami sy pnye, yg 2 3 org tu pon lbh kurg jgk hrga nye..dlm mggu yg sme plak tu die tipu..licik btol

  12. Harap lepas ni..kerajaan sekarang kaji semula undang2..ada kes penipuan duit je..dpt report terus block akaun mereka..klu boleh semua bank..biar diaorg rasa sakit duit x boleh keluar.

    • susah jugak nak laksanakan tuh…perlukan kajian yang lebih mendalam dalam menetapkan hukuman dan tindakan yang sewajarnya kepada penipu online…

    • yup memang bagus untuk elakkan daripada tertipu dalam pembelian online…kongsikan dengan kawan kawan yang lain…

  13. Penipu besar… Dia konon nak beli barang saya dengan harga 4k. Macam2 dia suruh buat sebab payment dia tengah proceed, dia suruh saya bagi dia duit mbb myclear apa ntah. Lost dekat situ dah 230 ringgit. Huhuu tak guna punya orang. Kalau cancel dia kata ada surat denda bank negara datang ke rumah nilai 1,600 ringgit. No acc 114209565071 Puan Nurhidayah.

    • Sila buat report polis yeaa semoga nombor akaun penipu direkodkan dalam sistem…

  14. Baru2 ni saya pula yg mengenakan scammer,saya kata saya ada Wang rm100,000 yg d amanahkan oleh datum saya.dia percaya,sehingga dia snggup simpankan Wang tu utk saya,dia beri saya 3 no acc,bila saya beritahu saya tahu mereka scammer dia marsh,siap menggugut Lagu SBB mempermainkan mereka..jadi tkut pula..Ada kan mereka akan bertindak?perlu kan saya menukar no telepon saya?

    • uiks lain macam mengenakan scammer..huhuhu…tak pastilah diaorg akan buat pape tak…doalah minta dijauhkan daripada bala bencana yang diingini…benda tiada yang mustahil…

  15. 164119135497 Maybank ( latipp Abdullah )
    018 9836735…penipu ne jual hand bag

    • Sape nak refund? ada ke orang yang memang nak ambik duit kita nak bagi balik…

    • maybe boleh call bank kata tersalah transfer ke apa…tunjuk bukti…itu kemungkinan pihak bank cancel balik..mungkinlah..saya tak pasti bole rujuk pihak bank…

  16. Sy br kna scam di mudah.my….melayang RM250 sbg duit booking bilik….iklan dia dh delete…..hrp yg lain brhati2….

    RAHMAH BINTI MAT DESA
    Akaun CIMB: 7048232523
    No tel: 017 515 9574 / 017 682 8673
    Iklan: SEWA BILIK
    Nama samran: IZZAT AKMAL / RAHMAH

    • peringatan boleh letak maklumat penipu..semoga dapat dijadikan rujukan orang lain….

  17. boss mcm mana nk claim balik duit yg dah kena tipu..bnyak boss duit saya lesap ratus jugak..saya sanggup jual fon saya untuk dapatkan duit …aduhaii..

    • buat report dgn polist, kpdnkk dan persatuan pengguna..tengok keslah..boleh dapat balik atau tidak..biasanya agak sukar untuk dapat balik…

  18. Saya baru sahaja menerima panggilan suara dari nombor 0134478142 yang mengatakan saya telah menerima saman tertunggak yang masih belum dijelaskan dan menyuruh saya menekan nombor yang berikutnya untuk bercakap dengan perunding mereka. saya ignore saja panggilan suara tu sebab dah tahu itu panggilan scammer. mohon sapa2 yang baca comment ni supaya sama2 kita block nombor ni. bersama-sama kita kongsi maklumat yerrr.

  19. hai..sy nak tnya..jika kta dah beli brg kat on9 seller tu…dh bankin jgk duit untuk byar brg..then bila kita tnya ada or x no tracking tpi dia ckp blom update sdgkan dah 3 hari tnya bnda sma..bila ws dia.chat tu delivered..tpi kta xtau sma ada dia ada bca ataupun blom sbb dia setting last seen ws untuk nobody..adakah dia jgak scammer??

    • boleh semak akaun bank dan nombor telefon seller tu di internet..search secara rambang dan jika seller tu pernah tipu orang lain pasti akan ada rekod….jika seller tu takde rekod bagi warning pada dia akan report polis atau akan publish online di facebook atau mana – mana platform dan rekod orang tersebut akan terjejas selamanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

36 − = 29