Recent twitter entries...

  •  

Pelaburan emas melalui Public Bank Gold investment Account

Posted by admin | Posted in UMUM | Posted on 18-11-2009

0

Tahukah anda bahawa pelaburan emas adalah suatu pelaburan yang amat berbaloi. Ada 2 cara pelaburan emas boleh dibuat:

1- membeli dan menyimpan plat,jongkong atau syiling emas sama ada di bank atau di rumah sendiri

2- Membeli dan menyimpan emas dalam bentuk buku simpanan. Teknik ini amat selamat dan hanya boleh dilakukan di 2 bank sahaja iaitu Maybank dan Public Bank  (Gold investment Account)

Pada bulan september atau october lepas Bank negara telah pun mengarahkan semua bank yang menerima simpanan emas dari orang awam supaya menghentikan aktiviti penyimpanan tersebut berikutan siasatan terhadap satu skim pelaburan emas oleh satu syarikat . Oleh barang siapa ingin membuat pelaburan emas sekarang ini pilihan terbaik bagi anda adalah melalui Gold investment Account di Public Bank atau pun maybank.

Minggu lepas saya telah pun membeli emas di Public bank menerusi Gold investment Account. Tahukah anda berapakah harga emas sekarang?

1 gram emas = RM 123.3700

Harga ini memang tinggi.. semakin hari harga emas semakin tinggi. Entah bila harga emas akan turun.  Terus terang saya jangkakan harga emas akan terus naik.  Hari ni pulak harga emas naik lagi 1 gram = RM 126.45 . Giler harga makin naik. Kalau anda suka membuat pelaburan jangkamasa panjang sekurang-kurangnya 5 tahun, maka pelaburan emas adalah alternatif yang terbaik berbanding ASB dan Unit trust.

public_bank_gold_investment_account

Related posts:

  1. Rahsia Pelaburan Emas Saya sebelum ini ada menerima pertanyaan dari rakan-rakan bagaimanakah untuk...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Write a comment

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree