Recent twitter entries...

  •  

Hari Raya Aidil Adha 2009 / 1430 Hijrah

Posted by admin | Posted in UMUM | Posted on 27-11-2009

0

korban1

Hari ini 10 zulhijjah merupakan hari raya aidil Adha (hari raya korban). Ia adalah perayaan yang besar bagi umat islam. Malah lebih utama berbanding hari raya aidil fitri. Hari hari korban atau pun Aildil Adha lebih besar dari Hari Raya Aidil fitri hinggakan Takbir hari raya disunatkan dilaungkan selama 3 hari lebih dari hri Raya aidil fitri.

Pada hari ini umat islam disunatkan melakukan ibadah korban untuk mendekatkan diri dan sebagai kemuncak perhambaan kepada Allah Subhanahu Wataala. Korban dilakukan bersandarkan satu peristiwa yang berlaku pada nama Ibrahin dan Nabi Ismail pada masa dahulu. Di riwayatkan bahawa Allah taala telah memerintahkan nabi Ibrahim untuk melakukan korban dengan menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail.

Pada mulanya nabi Ibrahim merasa sedih dan berat hati untuk melakukan ibadah korban tersebut kerana ia melibatkan nyawa anak kesayangannya. Nabi Ismailrahim merasai kedukaan bapanya nabi Ibrahim seraya berkata kepada bapanya nabi Ibrahim ” Wahai bapaku jalankanlah perintah Allah, sesungguhnya Aku redha dan taat kepada perintah tuhanku”. selepas mendengar kata anaknya, barulah nabi Allah Ibrahim merasa lega dan tidak sedih lagi dalam melakukan ibadah yang dituntut oleh Allah Subhanahu Wataalla. Kemudian Allah telah menggantikan tempat nabi Ismail dengan seekor kambing untuk dijadikan korban sebagai tanda ketaqwaan kepada Allah.

Itulah sebahagian daripada kisah yang berlaku yang membawa kepada peristiwa korban yang dilakukan oleh umat islam setiap tahun. Adakah perlu kita melakukan korban? Ia bukanlah satu ibadah yang wajib bagi umat islam tapi ianya sangat digalakkan untuk kita selaku umat muhammad untuk melakukannya. Tiada duit untuk melakukannya? Itu bukan masalahnya. Tahukah anda bahawa di Kampung dahulu orang yang ingin membuat korban menyimpan wang setiap bulan sedikit demi sedikit untuk melakukan korban. Apa yang penting ialah azam kita. Insyaalah Allah akan bantu kita sekiranya berniat untuk melakukannya.

Related posts:

  1. Ramadhan tahun 1430 hijrah menjelma lagi Marhaban Ramadhan.. Selamat datang bulan ramadhan yang mulia penuh barokah....
  2. Wajarkah Hari Bapa disambut? Hari bapa sedunia telah pun lepas Sebagaimana yang kita sedia...
  3. Isu kalimah Allah: Pendedahan ekslusif ahli politik dan ulamak Malaysia Masih lagi tentang isu kalimah Allah, Anda mungkin terkejut dengan...
  4. Tahun Baru 2010 & 1431 Hijrah Tahun baru sudah pun bermula. Tak kira tahun baru bagi...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Write a comment

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree