Hari ni selepas saya chat dengan syed ikhwan saya dapati ada something wrong dengan laptop saya. Saya tidak boleh view apa-apa hidden file dalam laptop. Apa hal pulak ni!!. Pening!! confuse!!. syed kata ini mesti virus sebab dia pun dah kena. Terus malam tu jugak saya run antivirus AVG.
Nak tau berpa banyak virus dalam laptop ni? Ada 45 virus dan 7 adware. Aduh!! Sakit kepala. Apa nak buat ni? AVG pun tak boleh bunuh virus ni. Saya terus call adik saya (dia ni expert tentang mantainance dan hacking PC).. tanya apakah antivirus yang paling baik sekarang ni? Jawapan dia adalah kaspersky. Dulu kaspersky memang lembab.. menggangu system tapi versi yang baru 2009 ini agak bagus juga. Saya telah pun mendownload trial versi dan telah menggunkannya. setakat ni Bagus . hampir 95% virus dan adware telah berjaya dihapuskan. Versi ini walaupun versi trial untuk sebulan tapi bagi saya ia lebih bagus daripada AVG.Oleh itu saya bercadang untuk membelinya pada bulan ini juga.
Harga software antivirus kaspersky internet security untuk individu adalah RM99 (single licience). Manakala harga untuk 3 individu pula ialah RM150. Saya telah pun berjaya mendapatkan seorang rakan kongsi untuk membeli antivirus ini dan sekarang saya sedang mencari seorang lagi. tapi pagi besok saya pasti akan ada beberapa orang rakan guru yang ingin menyertai perkongsian ini.
Sekiranya anda ingin mencuba antivirus kaspersky versi percuma ini, anda bolehlah mendapatkannya di halaman di bawah ini. http://www.kaspersky.com/trials
Semoga antivirus ini dapat membantu anda
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.




















waahh…terima kasih zaki…