Recent twitter entries...

  •  

Kelembapan laptop yang membengangkan

Posted by admin | Posted in TOOLS TERBAIK | Posted on 19-06-2009

1

Beberapa hari lepas saya terpaksa memformat laptop saya kerana ianya telah menjadi sangat perlahan. Dengan kata lain terlalu lembab. Bayangkan lah kalau Saya nak buka firefox pun mengambil masa 5 minit.. Nak scan virus pun mengambil masa 4 jam.  Memang dah tiada jalan lain untuk mengembalikan prestasi  laptop ni kecuali dengan melakukan format ke atas laptop terbabit.

laptopBagi saya memang tiada masalah untuk melakukan format dan membuat installasi software pada laptop saya ini kerana saya telah melakukan aktiviti ini (format & install software) sejak tahun 2003. Tapi bagi yang belum melakukannya saya cadangkan anda belajarlah kerana ia akan menjimatkan RM50 anda kerana itulah harga yang akan dikenakan sekiranya anda menghantar laptop anda ke kedai computer.

Masa untuk kerja format hardisk dan installasi software tidaklah lama sangat. Ia bergantung kepada berapa besar saiz hard disk anda. Kalau besar..  lamalah sikit masa yang diambil. Saya cuma mengambil 3 jam untuk format dan install software.

Langkah 1 : Backup semua data yang penting. Pindahkannya ke DVD atau ke pocket hard disk anda.

Langkah 2 : Pastikan semua software dan installer yang anda perlukan berada di sisi anda. Ini termasuklah Cd window XP @ Vista dan juga CD untuk driver yang biasanya dibekalkan oleh pengeluar laptop. Biasanya Cd window XP @ Vista adalah jenis bootable.

Langkah 3:  Masukkan CD window XP @ Vista ke dalam CD/DVD drive anda. Kemudian restart laptop anda.

Langkap 4: Laptop anda akan mula restart.. terus tekan F12 dan pilih boot from cd

Langkah 5: Anda ikutlah arahan sebagaimana yang dicatatkan dalam laptop anda. Ikut sahaja flownya.

Jangan lupa pilih option  format drive C  dan install pada drive C juga.

Langkah 6: Habis sahaja install window XP atau vista barulah anda install driver untuk laptop anda.

software untuk Driver tu memang telah dibekalkan oleh pengeluar laptop anda. Jadi gunakannya.

Selesai install semua drive .. barulah anda boleh menginstall semua software lain yang anda inginkan.

Semoga tips ini berjaya membantu anda dalam melakukan kerja-kerja memformat laptop anda

Related posts:

  1. Software yang bagus untuk Yahoo messengger Pernahkah anda menghadapi masalah untuk login akaun Yahoo messengger anda?...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments (1)

Kwn saya berjaya install Window 7, evaluation copy ke laptop saya.alhamdulillah, ringan dan laju.gabungan xp dan vista. virus pun tiada.

Write a comment

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree