Cara Mudah Untuk Buat Direct Link Whatsapp Tanpa Save Nombor Telefon

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali saya nak kongsi dengan anda semua bagaimana untuk buat link whatsaap tanpa perlu customer simpan nombor telefon dengan cara yang sangat mudah. Mungkin artikel seperti ini pernah dikongsi oleh orang lain, namun bagi saya teknik ini mudah dan sangat bagus untuk penjual – penjual online bagi menarik pelanggan untuk membeli.

Dalam membuat link direct whatsapp ni terdapat perlbagai kaedah yang dikongsi sebelum ini. Oleh itu saya senaraikan sekali lagi di mana dan bagaimana anda semua boleh dapatkan atau buatkan link direct whatsapp anda sendiri.

Antara link direct whatsapp yang popular adalah seperti berikut:

(1) Cara mudah Pertama adalah menggunakan laman www.wasap.my 

###Format 1 hanya letakkan nombor telefon sahaja

  • Tukar kepada no telefon anda
  • Pastikan ada no 6 kat depan

www.wasap.my/60123456789

###Format 2 nombor telefon dan mesej auto tanpa pelanggan perlu taip
  • Tukar kepada no telefon anda
  • Masukkan mesej yang sesuai
  • Jika ada jarak, guna + ataupun %20

www.wasap.my/60123456789/Salam+Awak

P/s : Ingat!!! Pastikan Anda Update Whatsapp Terlebih Dahulu

Versi Baru Wassap.my

Versi kali ini agak advanced lah sikit dan banyak kegunaannya. Contoh : http://pmtepi.wasap.my

1. Whatsapp boleh dibuka menggunakan Handphone Atau Laptop/PC.

2. Personalised URL & lebih ringkas.

3. Boleh lihat berapa banyak klik.

4. Boleh lihat klik dari mana (Facebook, Web, Instagram Dll).

5. Letak FB Pixel ID & Adwords Tag Sendiri.

Untuk versi baru, anda hanya perlu daftar di sini, https://manage.wasap.my/

(2) Cara mudah Kedua adalah direct terus guna link API Whatsapp

Buat link seperti di bawah dan gantikan nombor telefon anda sahaja.

https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789

Pastikan anda meletakan kod negara di hadapan no talifon anda. Kod 60 adalah untuk negara Malaysia. Jika anda berada atau tinggal di negara lain gunakan kod negara anda sendiri.

Atau anda boleh buat link dengan ayat untuk terus dihantar:

https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789&text=saya%20nak%20order%20produk%20awak

Untuk anda whatsapp dengan meletakkan ayat anda perlu meletakkan %20 untuk gantikan space. Contoh ayat di atas adalah ” saya nak order produk awak

Sekiranya anda ingin membuat link yang unik dan tidak nampak nombor telefon anda boleh kaedah seperti di bawah:

  1. Signup akaun baru di https://bitly.com/ atau https://bit.do atau apa2 shorten url yang lain.
  2. Klik CREATE BITLINK yang terletak di bahagian atas kanan paparan hadapan bit.ly
  3. Masukkan link api whatsapp ini https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789 di PASTE LONG URL klik CREATE (pastikan nombor telefon anda betul)
  4. Link yang berjaya adalah seperti contoh ini bit.ly/mcjdj123
  5. Klik CUSTOMIZE untuk ubah suai dari bit.ly/mcjdj123 kepada bit.ly/wasapsaya atau apa – apa perkataan yang belum diguna orang lain yang anda suka 

Semoga perkongsian mendapat ini manfaat bersama lagi – lagi untuk peniaga online.

Kajian telah dibuat oleh WTW Copywriting HUB membuktikan bahawa:

“Menggunakan link Whatsapp memberikan respon 25% lebih positif dan responsif, berbanding minta prospek Whatsapp kita secara manual.”

“Kesimpulan data ini berdasarkan bulan Ramadhan ini saja. Jumlah perbelanjaan iklan sebanyak RM50,000 dan dua iklan hanya fokus berlawan dengan CTA sahaja.”

Oleh itu, gunalah link whatsapp untuk meningkatkan lagi jualan anda. Kepada sesiapa yang mempunyai pertanyaan lanjut sila komen yeaa dan jangan lupa share share share. Terima Kasih.

Continue Reading