Recent twitter entries...

  •  

Ebook percuma Dotcomology

Posted by admin | Posted in perniagaan internet | Posted on 11-01-2009

3

Hari ini saya ingin berkongsi salah satu ebook yang telah lama saya miliki. Ebook Dotcomology ini adalah antara ebook terawal yang pernah saya baca tentang perniagaan Internet. Ebook ini menggunakan ayat yang agak mudah. Anda boleh membacanya .. malah saya rasa bahasanya bukannya susah untuk difahami.

Nasihat saya.. anda bacalah ebook terbabit. Dapatkan idea dan maklumat penting dalam ebook berkenaan. Tapi Tak payahlah anda membeli apa-apa yang diiklankan di dalam ebook terbabit. Kerana bukan matlamat saya untuk beroleh komisyen apabila anda membeli apa-apa product yang diiklankan dalam ebook tersebut.  Saya cuma nak share sedikit informasi yang mungkin dapat membantu anda dalam perniagaan internet. Semoga ianya dapat membantu membuka minda kita semua dalam tahun baru 2009.  Untuk mendownloadnya sili klik di SINI

Panduan membina blog dan jana wang dengan adsense

Posted by admin | Posted in adsense | Posted on 30-11-2008

12

Hari ini saya ingin berkongi cara bagaimanakah untuk membina blog dengan blogger. Mungkin ada yang dah tahu caranya dan Namun demikian saya rasa masih belum tahu bagaimana caranya.

Pada waktu sekarang ni blog merupakan salah satu medium yang terkini bagaimana untuk menyatakan pendapat seseorang. Kita boleh lihat bagaimana blogger pada pilihan raya lepas memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat. Tak kiralah dari segi pro dan kontranya.. atau pun fitnah atau pun tidak.. blog ini sekarang memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan maklumat dan melahirkan pendapat seseorang. Malah dengan blog juga kita boleh beroleh pendapatan sampingan melalui program pengiklanan seperti google adsense dan lain-lain lagi.

Terus terang Sebenarnya bagi saya apa yang bestnya tentang blog ialah ia boleh memberikan pendapatan sampingan. Tak kira banyakatau pun sedikit. Itulah sebenarnya tujuan saya belajar buat blog dengan blogger pada 2 tahun yang lepas.

Langkah pertama anda untuk membina blog dengan blogger, anda bolehlah terus ke http://www.blogger.com. Untuk memudahkan anda memahami bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan sampingan anda bacalah ebook percuma ini dari saudara munawar. Tak payahlah saya ajarkan anda boleh baca terus dari ebook saudara munawar ini.

6 modul terbaik adsense

6 modul terbaik adsense

Beliau akan menerangkan
1. Apakah itu blog
2. Apakah itu google Adsense
3. Bagaimana blogger + google adsense  boleh menghasilkan pendapatan
4. Perkara yang penting sebelum membuat blog
5. Brain storming Kajian keyword (bagaimana mencari tajuk yang sesuai dan sangat penting!!)
6. Bagaimana membina blog
7. Bagaimana membuat setting pada blog
(memilih template dan lain-lain configurasi)
8. Bagaimana menulis kandungan blog
9. Bagaimana memohon akaun google adsense
10.bagaimana memasang kod adsense di blog

Pada pendapat saya ebook ini sangat berharga terutama pada bahagian Brain storming Kajian keyword (niche). Jarang atau amat sukar sekali kita dapati ada orang yang sudi menerangkan tekniknya rahsianya sendiri
kepada orang lain. Malah mengajarnya secara percuma. Padahal untuk section tersebut sahaja boleh dijual dengan senang-senang RM30 ke RM50. Ebook ini sebenarnya dah cover hampir keseluruhan (70%) mengenai membina blog dengan blogger dan menjana pendapatan dengan google adsense.

P/s: Ebook ini juga telah lama diedarkan (dalam tahun ini 2008). Saya rase hampir semua internet marketeer tempatan telah milikinya. malah ramai yang mengedarkannya kepada rakan-rakan masing-masing. Bagi sesiapa yang belumh membacanya.. dapatkannya sebagai salah satu panduan yang berguna.

Sila klik image ebook6 modul adsense terbaik untuk mendownloadnya