Recent twitter entries...

  •  

Sayonara busby seo test

Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 04-02-2009

14

Hari ini saya ingin menulis serba sedikit tentang cabaran busby seo test. Tahukah anda apakah dia cabaran busby seo test?

Sebenarnya ia merupakan satu pertandingan antara pakar-pakar SEO Antarabangsa untuk mendapatkan
ranking no 1 dalam carian google bagi keyword “busby seo test”. (SEO World Cup 2). Untuk pengetahuan saudara saya bersama beberapa orang IM Malaysia telah menyertai pertandingan
tersebut. Team kami dianggotai oleh

1. inspire (project leader)
2. zaki77
3. chukai
4. Abdfatah
5. secret

Matlamat kami menyertai pertandingan ini adalah:

1. Untuk memperkenalkan negara Malaysia melalui penyertaan SEO World Cup 2
2. Mencuba potensi diri kami sendiri sama ada kami IM Malaysia mampu atau tidak untuk bersaing dengan IM antarabangsa
3. Menang?? Ini bukan priority

Prize
First Prize :     $5000
Second Prize :     $2000
Third Prize :     $500
Fourth Prize :     $250
Fifth Prize :     $100

Pertandingan tersebut telah mengambil masa 4 bulan iaitu bermula pada 1st October 2008 hingga ke 31st January 2009. Team kami bermula dengan agak lambat kerana aktif menyertai cabaran ini pada Akhir bulan November 2008. Tapi Alhamdulillah kami mampu mengejar. pada 10 january.. kami telah berjaya
mendapat ranking no 9. Tapi kedudukan tersebut hanya bertahan selama beberapa hari sahaja kerana persaingan sengit dari peserta yang lain. Selepas itu kami hanya bertahan pada page ke 2 (iaitu ranking no 11-20).

keputusan akhir pada 31 jan 2009 telah menunjukkan kami telah mendapat ranking no 14 dalam google dan mendapat ranking no 21 http://72.14.207.99/ data centre

Walaupun mendapat ranking no 14, kami tetap berpuas hati walaupun telah menghabiskan banyak masa dalam pertandingan SEO ini kerana objektif utama bertandingan ini telah tercapai.  walaupun bermula agak lambat, kami tidak menggunakan teknik blackhat atau menggunakan software underground seperti **** (tak perlu dinyatakan). Kami hanya menggunakan teknik yang betul seperti mana yang telah disarankan oleh pihak google.

Terus terang saya katakan kami menggunakan manual yang ditulis oleh saudara buisai aka inspire iaitu “Panduan SEO Google” kerana ia tidak menggunakan apa-apa teknik yang tidak disukai Google. Sekiranya anda ingin belajar cara mendapatkan 10 ranking terbaik untuk website anda dalam google, ebook ini adalah baik untuk anda gunakan. Tapi setakat baca pun tak guna kalau tak nak membuatnya.

Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara buisai aka inspire kerana telah sudi menjadi project leader kami. Terima kasih juga team-team member lain chukai, Abdfatah dan secret kerana sudi berkerja sama dalam pertandingan ini. Tak dilupakan juga kepada IM-IM Malaysia yang sanggup memberikan backlink kepada kami menerusi blog masing-masing. Semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Sekarang saya berasa sungguh lega kerana pertandingan ini telah berakhir. Bolehlah saya memulakan kerja-kerja IM yang telah saya tinggal kerana aktif dalam pertandingan SEO ini. Malah saya lebih confident untuk membuat kerja-kerja SEO selepas ini.

Oh ye.. lupa nak beritahu siapakah yang memenangi cabaran busby seo ini? team US? Team Canada? UK? ..kalau itu jawapan anda. maka ia adalah salah. Team yang memenangi cabaran busby seo tet ini adalah team imfreakz dari Indonesia. malah team Indonesia telah memenangi pertanding SEO world cup ini selama 2 tahun berturut-turut iaitu 2008 dan 2009. Lihatlah betapa hebatnya IM asia tenggara. Asia BOLEH!! Sudah tentu satu hari nanti rakyat malaysia mampu memenangi pertandingan ini.

BUSBY SEO TEST

Posted by admin | Posted in perniagaan internet | Posted on 28-01-2009

1

Tahukah anda apakah itu busby busby seo test? Mesti ramai yang tidak mengetahui. Ianya adalah satu keyword? Apa maksudnya? Entah saya pun tak tahu heh.

Sebenarnya busby seo test adalah satu keyword dalam satu pertandingan antara ribuan SEO Master Antarabangsa. Dalam pertandingan tersebut semua SEO master akan bersaing untuk merebut tempat pertama dalam carian google untuk keyword “busby seo test”. Pada tahun lepas, pertandingan ini telah dimenangi oleh team IMFREAKZ dari Indonesia. Tahun ni pula pertandingan bertambah sengit dengan kehadiran banyak team-team baru.

Adakah tiada team dari MALAYSIA ? Mestilah ada.  Team Malaysia yang menyertai pertandingan ini ialah top10 SERP yang dianggotai oleh 5 orang. Ini merupakan pertandingan pertama team berkenaan. Cabaran “busby seo test” ini akan berakhir pada 31 Januari 2009. Siapakah pemenangnya? Adakah team Malaysia akan memenanginya? Saya pun tak tahu. persaingan sungguh sengit sekali. Semoga team Malaysia berjaya.