Panduan Setup Link Post Blogger Sebagai Laman Utama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini saya ingin kongsikan cara bagaimana ingin jadikan link post di blogspot sebagai laman utama blog korang. Contoh blog laman utama blogspot adalah https://minyaknyutnyut.blogspot.my dan apabila kita klik terus akan keluar camni  . Kebiasaan ramai penjual online buat seperti ini kerana ingin jadikan platform blogger sebagai ministe atau dengan nama lain laman jualan produk.

Kebaikan guna blog post sebagai laman utama adalah kerana bila orang klik laman utama blogger terus akan ke blog post dan akan dikira sebagai new traffic visitior dan pasti bila ramai orang akan klik blog kita. Insya Allah dalam ranking google search blog kita akan berada di atas sekali.

Okeh pertama kali macam biasa korang perlu buat:

  • Login gmail
  • Signup blogger.com
  • Create satu pos dan pastikan post tersebut lengkap dengan maklumat produk dan cara pembelian barang anda.
  • Selepas itu klik pada link view post seperti di bawah dan copy link blog post korang

Selepas korang klik view post dan copy link hujung selepas perkataan .my sahaja.

Dan seterusnya korang pergi kat bahagian

  • Setting
  • Pilih Search Preference
  • Pilih Custom Redirects
  • Klik edit
  • Kat From korang letak je /
  • Kat To korang letak link yang korang copy
  • Klik Save dan terus Save Changes

Tak faham juga tengok gambar di bawah. Okeh mudah jekan

Semoga Berjaya. Sila share jika bermanfaat sebagai ramai lagi seller diluar sana yang tak pandai nak buat setting seperti ini.

Sekian Wassalam bagi perkongsian kali ini.

Continue Reading

Cara Mudah Redirect Blogger ke Domain.com dengan Namecheap

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara mudah redirect blog yang menggunakan platform blogger kepada domain name anda sendiri. Tetapi cara yang saya ingin kongsikan hanyalah untuk pembeli domain melalui namecheap.com sahaja. Kalau korang nak beli kat namecheap.com saya sarankan pembayaran dibuat menggunakan paypal lagi mudah. Kalau nak guna visa/ mastercard pastikan aktif dulu untuk online transaksi kalau tak pasti tidak lepas punya.

Okeh sekiranya korang dah beli domain name anda sendiri sebagai contohnya saya dah beli untuk isteri saya domain name www.nurulhayati.com . Blog yang dibina menggunakan platform blogger.com beliau ada www.nurulhayatiramli.blogspot.com dan saya akan redirect kepada www.nurulhayati.com.

Langkah pertama adalah login akaun namecheap.com anda dan terus ke dashboad dan pilih domain yang anda dah beli klik pada butang “Manage” seperti gambar di bawah.

Sebelum anda klik butang manage jangan lupa pergi dekat blogger.com

Klik dekat basic setting dan korang akan nampak Publishing dan terus klik pada + Setup a 3rd party URL for your blog – Point your own registered URL to your blog.  akan keluar seperti di bawah, taip domain yang korang nak redirect kan ke domain name anda sendiri sebagai contoh saya punya adalah www.nurulhayati.com

Selepas korang masukkan domain name anda…klik save akan terus keluar tulisan dan korang copy masukkan tulisan tu seperti gambar di bawah pada akaun namecheap.com anda. Follow je sebiji kedudukan macam Type tu pilih CNAME Record, Host dan value tu copy yang dekat redirect domain susun ikut seperti di bawah. TTL pilih 5 minit pastu klik save.

Selamat Insya Allah menjadi. Mudah jekan bukan susah pun, nilah cara mudah nak bina blog domain name.com tetapi redirect melalui content dan host blogger.com. Kenapa bagus pakai hosted blogger.com adalah kerana blogspot blogger mesra seo dan kepunyaan google. Dari segi bandwith unlimited google punya…View banyak pun jangan risau insya Allah tak slow down punya bila buka blog. Template pun banyak cuma kena pandai code editing sikit Insya Allah blog boleh setup jadi cun melecun punya.

Okeh perkongsian kali ini semoga korang semua mendapat manfaaat, Insya Allah sekiranya anda rasa bagus dan bermanfaat boleh share dengan kawan – kawan anda. Sekian Wassalam.

Continue Reading

Siap Sudah Kemaskini Theme Blogspot Nurulhayati Ramli

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekian alam.

Dengan izin Allah swt dapat juga saya kemaskini atau orang panggil make up blogspot dengan menukar theme yang lebih cun melecun untuk blog www.nurulhayatiramli.blogspot.com .

Blog ini adalah blog perkongsian aktiviti kehidupan seharian dan juga tips untuk ibu – ibu terutamanya ibu mengandung mengikut perspektif dan pengalaman pemilik blog.

So saya harap sesiapa atau khasnya ibu – ibu diluar sana follow lah blog tersebut untuk mendapat sebarang info berkaitan keibuan.

Pemilik blog adalah isteri saya sendiri yang bernama Nurulhayati dan juga salah seorang team member confinement helper. Insya Allah beliau akan cuba memberi info yang menarik dan berguna untuk pembaca. Mohon beri sokongan untuk menambah semangat beliau dalam memperuntukkan masa bagi perkongsian ilmu melalui platform blog tersebut.

Selain itu, anda semua juga sekiranya berminat untuk buat blog tetapi tidak pandai untuk menukar theme yang menarik bolehlah komen dan maklumkan pada saya Insya Allah saya akan membantu. Harus diingat caj akan dikenakan tetapi mengikut budibicara saya dan kelapangan masa yang saya ada.

Insya Allah mudah – mudahan post kali ini membantu pembaca semua. Sila kongsi pada kawan – kawan yeaaa. Terima Kasih.

Continue Reading

Bermulanya Sebuah Blog Peribadi – mohdzaki.com

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…

Syukur kepada Allah swt akhirnya blog peribadi ini berjaya juga saya tulis dan update mudah – mudahan saya diberi kekuatan untuk terus menulis dan berkongsi dengan semua pembaca blog ini.

Mohon semua doakan saya terus menerus diberi kekuatan untuk terus berkongsi dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Amin…

Sejak sekian lama saya menanam cita – cita untuk mewujudkan blog peribadi dan menjadikannya sebagai satu medium yang mana saya boleh berkongsi dengan semua orang sama ada kepada orang yang saya kenal atau tidak.

Di dalam blog ini saya akan kongsikan segala kisah saya, idea, bisnes atau apa – apa sahaja perkongsian yang menarik untuk dijadikan panduan, rujukan atau apa – apa manfaat yang baik, Insya Allah. Tidak pernah terlewat bagi suatu permulaan sebagai contoh: Obama retired at 55 tetapi Donald Trump bermula pada umur 70 sebagai Presiden Amerika. Itulah lumrah kehidupan…

Jom kenali saya melalui link about me.

Sekian Wassalam.

Continue Reading