Posted by admin | Posted in adsense | Posted on 30-11-2008
12
Hari ini saya ingin berkongi cara bagaimanakah untuk membina blog dengan blogger. Mungkin ada yang dah tahu caranya dan Namun demikian saya rasa masih belum tahu bagaimana caranya.
Pada waktu sekarang ni blog merupakan salah satu medium yang terkini bagaimana untuk menyatakan pendapat seseorang. Kita boleh lihat bagaimana blogger pada pilihan raya lepas memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat. Tak kiralah dari segi pro dan kontranya.. atau pun fitnah atau pun tidak.. blog ini sekarang memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan maklumat dan melahirkan pendapat seseorang. Malah dengan blog juga kita boleh beroleh pendapatan sampingan melalui program pengiklanan seperti google adsense dan lain-lain lagi.
Terus terang Sebenarnya bagi saya apa yang bestnya tentang blog ialah ia boleh memberikan pendapatan sampingan. Tak kira banyakatau pun sedikit. Itulah sebenarnya tujuan saya belajar buat blog dengan blogger pada 2 tahun yang lepas.
Langkah pertama anda untuk membina blog dengan blogger, anda bolehlah terus ke http://www.blogger.com. Untuk memudahkan anda memahami bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan sampingan anda bacalah ebook percuma ini dari saudara munawar. Tak payahlah saya ajarkan anda boleh baca terus dari ebook saudara munawar ini.

6 modul terbaik adsense
Beliau akan menerangkan
1. Apakah itu blog
2. Apakah itu google Adsense
3. Bagaimana blogger + google adsense boleh menghasilkan pendapatan
4. Perkara yang penting sebelum membuat blog
5. Brain storming Kajian keyword (bagaimana mencari tajuk yang sesuai dan sangat penting!!)
6. Bagaimana membina blog
7. Bagaimana membuat setting pada blog
(memilih template dan lain-lain configurasi)
8. Bagaimana menulis kandungan blog
9. Bagaimana memohon akaun google adsense
10.bagaimana memasang kod adsense di blog
Pada pendapat saya ebook ini sangat berharga terutama pada bahagian Brain storming Kajian keyword (niche). Jarang atau amat sukar sekali kita dapati ada orang yang sudi menerangkan tekniknya rahsianya sendiri
kepada orang lain. Malah mengajarnya secara percuma. Padahal untuk section tersebut sahaja boleh dijual dengan senang-senang RM30 ke RM50. Ebook ini sebenarnya dah cover hampir keseluruhan (70%) mengenai membina blog dengan blogger dan menjana pendapatan dengan google adsense.
P/s: Ebook ini juga telah lama diedarkan (dalam tahun ini 2008). Saya rase hampir semua internet marketeer tempatan telah milikinya. malah ramai yang mengedarkannya kepada rakan-rakan masing-masing. Bagi sesiapa yang belumh membacanya.. dapatkannya sebagai salah satu panduan yang berguna.
Sila klik image ebook6 modul adsense terbaik untuk mendownloadnya
Posted by admin | Posted in adsense | Posted on 06-09-2008
5
Masih ada ramai orang yang keliru antara Google Adsense dan google Adword. Apakah bezanya?
Biar saya terangkan apa google Adword.. apa google adsense
Katakan Ali nak jual kereta merchedes kpd semua pelangan di seluruh dunia.
Jadi ali kena advertise perniagaanya kpd org ramai.
Jadi ali pun pergi ke google Adword untuk membuat iklan agar ia dapat dilihat oleh semua masyarakat dunia.
Utk iklankan produk kereta ali terbabit dgn hebat, Iklan terbabit mestilah berada pada muka depan seach engine. Ali bayar google Adword RM20 utk setiap pelanggan yg melihat/mengklik website Ali.
Rosli pula ingin membeli satu kereta…
dia ternampak iklan kereta Ali ketika search di Internet.
Lalu dia pun mengklik iklan terbabit dan dibawa terus melawat website
Ali yg menjual kereta.
Bila Rosli klik je iklan terbabit, masa Ali terpaksa membayar harga RM20 kpd google Adword
Ahmad pula pemilik blog, beliau ingin menghasilkan wang sampingan dgn meletak iklan di blognya. Jadi beliau register dan berkerjasama dgn google dan memasang iklan google Adsense pada blognya. Pada Hari esoknya rosli mencari panduan tentang kereta mercedes pd search engine dan terjumpa blog Ahmad.
Dalam blog ahmad pula dia ternampak iklan kereta ali, lalu dia pun mengklik iklan terbabit. Maka di saat itulah ahmad telah menerima sebahagian dari RM 20 yg telah dibayar oleh Ali kpd google,
Dgn itu saya harap anda faham…
google Adword… utk iklankan produk kita
google adsense.. utk pasang iklan dan jana pendapatan hasil iklan
yg diklik dalam blog atau website kita.
Posted by admin | Posted in Jana wang | Posted on 05-09-2008
2
Hari ini saya akan memberikan anda sedikit informasi tentang bagaimana cara memperolehi wang menerusi Program pengiklanan di internet.
Secara amnya kita boleh memperolehi wang sekiranya kita menyertai program pengiklan di internet. Apa yang perlu kita lakukan adalah memaparkan iklan syarikat di website atau pun blog kita.
Sekiranya ada pengunjung yang mengunjungi website atau blog kita mengklik iklan tersebut, maka kita akan
memperolehi wang dari syarikat pengiklanan. Mudah bukan?. Nilai setiap klik berbeza. Ada yang mahal dan ada yang murah.
Antara syarikat di internet yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan adalah
1. Google Adsense
2. Yahoo! Publisher
3. BidClix
4. Bidvertiser
5. Adbrite
6. Adhearus
7. Chitika
8. Clicksor
dan lain-lain lagi
Apa yang anda perlu lakukan adalah sign up dengan syarikat tersebut dan pasanglah iklan mereka di
website atau blog anda.
Nasihat saya untuk berjaya dengan program ini, anda perlu dapatkan ebook dahulu panduan tak kisahlah
dari mat Salleh ke penulis tempatan. Ini untuk memudahkan anda mengetahui selok belok program ini
tanpa sesat dan menghabiskan masa yang terlalu lama.
Apabila anda telah mahir dan dapat melakukan apa yang diajar oleh ebook tersebut, Anda ciptalah kaedah anda sendiri kerana biasanya kaedah sendiri lebih unik dan berjaya.
Yang mahal tak semestinya lebih baik dari yang murah. Jadi anda mestilah bijak memilih ebook mana yang
patut dibeli.