Pemain badminton sensasi negara telah berjaya mengalahkan Chen Long pemain handalan dari China semalam dalam pertarungan separuh akhir kejohanan badminton Super series terbuka Malaysia 2012. Kemenangan ini diperolehi dengan 3 set  21-18  17-21 21-13.  Datuk Lee Chong Wei bermain dengan baik dengan memenangi set pertama, tewas pada set kedua namun berjaya menebusnya dengan memenangi set ketiga dengan bergaya.

Dari permainan tersebut nyatalah hanya Lin Dan sahaja yang mampu menandingi Datuk Lee Chong Wei ketika ini. Petang ini akan dilangsungkan perlawanan akhir di mana kejuaraan perseorangan lelaki bakal ditentukan antara Datuk Lee Chong Wei dan Kenichi Tago yang juga telah berjaya mengalahkan Chen Ji semalam.

Seluruh peminat negara mengharapkan kemenangan Datuk Lee Chong Wei hari ini. TERUS BERJUANG !!! MALAYSIA BOLEH!!

Related posts:

  1. Lee Chong Wei Juara badminton terbuka Malaysia 2012 Bintang Badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah dinobatkan selaku...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Subscribe to the post comments feeds or Leave a trackback