Bintang Badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah dinobatkan selaku Juara badminton terbuka Malaysia 2012. Dalam final super series ini beliau telah mengalahkan Kenichi Tago dari Jepun. Jelaslah Kenichi Tago bukanlah lawan bagi Datuk Lee Chong Wei yang telah menang dengan straight set 21 – 6 di set pertama dan 21 – 13 di set kedua.

Kemenangan Datuk Lee Chong Wei telah pun diramalkan selepas beliau berjaya menumbangkan Chen Ji pada perlawanan separuh akhir semalam.  Kejuaraan yang dimenangi di terbuka Malaysia edisi kali ini juga adalah kejuaraan ke 8 bagi Datuk Lee Chong Wei dalam terbuka Malaysia sepanjang karier beliau.

Selepas ini fokus beliau adalah Olimpik. Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei. Semoga beliau berjaya menyumbangkan emas olimpik untuk negara kita.

Related posts:

  1. Separuh Akhir Badminton terbuka Malaysia 2012: Lee Chong Wei mara Pemain badminton sensasi negara telah berjaya mengalahkan Chen Long pemain...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Subscribe to the post comments feeds or Leave a trackback