Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???

Simkad Onexox Hilang Atau Rosak Apa Nak Buat???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini saya nak kongsikan sedikit apa perlu anda buat jika Simkad Onexox anda hilang ataupun rosak.

Sekiranya anda pengguna Onexox Prepaid mahupun Onexox Black dan mengalami kehilangan simkad (telefon hilang) atau kerosakan simkad, anda boleh dapatkan simkad gantian iaitu simkad SRP.

Apa itu Simkad SRP?

Simkad SRP adalah Simcard Re-placement khas untuk menggantikan simkad anda yang hilang mahupun rosak tak dapat detect oleh telefon.

Segala maklumat sedia ada seperti baki kredit, data, season pass data dan minit call masih kekal  seperti sediakala (ketika rosak@hilang). Sekiranya hilang dan digunakan oleh orang lain tanpa anda block buat sementara waktu maklumat dalam telefon tersebut boleh digunakan oleh orang lain, seandainya hilang dan anda rasa kemungkinan akan digunakan oleh orang lain sebaiknya anda call 12273 minta block sementara waktu sebelum simkad digantikan. 

Namun, data contact number yang disimpan (save) dalam simkad tidak boleh dibawa kerana chip sim yang berlainan. Kebiasaannya pada zaman sekarang ni, majoriti diantara kita menyimpan maklumat data dalam phone atau akaun google account dan lain-lain secara cloud termasuklah contact number.

Apakah prosedur pendaftaran sim SRP?

Anda perlu ke centre ONEXOX berhampiran atau hubungi mana – mana dealer rasmi ONEXOX berdekatan. Butiran atau maklumat yang diperlukan untuk proses Gantian Simkad adalah:

  • (1) Bawa IC Original (untuk semakan dan pengesahan sahaja)
  • (2) Maklumat No Telefon yang rosak@hilang
  • (3) Beli simkad SRP pada harga RM10 sahaja 
  • (4) Dealer akan daftarkan simkad baru anda (hantar permohonan ke HQ ONEXOX)
  • (5) Kelulusan dalam masa 1-3 jam (waktu office hour)

Sekiranya anda berdekatan area kajang, cyberjaya insya Allah saya boleh bantu jika ada saya ada stock simkad SRP.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

74 + = 79