Recent twitter entries...

  •  

Sayonara busby seo test

Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 04-02-2009

14

Hari ini saya ingin menulis serba sedikit tentang cabaran busby seo test. Tahukah anda apakah dia cabaran busby seo test?

Sebenarnya ia merupakan satu pertandingan antara pakar-pakar SEO Antarabangsa untuk mendapatkan
ranking no 1 dalam carian google bagi keyword “busby seo test”. (SEO World Cup 2). Untuk pengetahuan saudara saya bersama beberapa orang IM Malaysia telah menyertai pertandingan
tersebut. Team kami dianggotai oleh

1. inspire (project leader)
2. zaki77
3. chukai
4. Abdfatah
5. secret

Matlamat kami menyertai pertandingan ini adalah:

1. Untuk memperkenalkan negara Malaysia melalui penyertaan SEO World Cup 2
2. Mencuba potensi diri kami sendiri sama ada kami IM Malaysia mampu atau tidak untuk bersaing dengan IM antarabangsa
3. Menang?? Ini bukan priority

Prize
First Prize :     $5000
Second Prize :     $2000
Third Prize :     $500
Fourth Prize :     $250
Fifth Prize :     $100

Pertandingan tersebut telah mengambil masa 4 bulan iaitu bermula pada 1st October 2008 hingga ke 31st January 2009. Team kami bermula dengan agak lambat kerana aktif menyertai cabaran ini pada Akhir bulan November 2008. Tapi Alhamdulillah kami mampu mengejar. pada 10 january.. kami telah berjaya
mendapat ranking no 9. Tapi kedudukan tersebut hanya bertahan selama beberapa hari sahaja kerana persaingan sengit dari peserta yang lain. Selepas itu kami hanya bertahan pada page ke 2 (iaitu ranking no 11-20).

keputusan akhir pada 31 jan 2009 telah menunjukkan kami telah mendapat ranking no 14 dalam google dan mendapat ranking no 21 http://72.14.207.99/ data centre

Walaupun mendapat ranking no 14, kami tetap berpuas hati walaupun telah menghabiskan banyak masa dalam pertandingan SEO ini kerana objektif utama bertandingan ini telah tercapai.  walaupun bermula agak lambat, kami tidak menggunakan teknik blackhat atau menggunakan software underground seperti **** (tak perlu dinyatakan). Kami hanya menggunakan teknik yang betul seperti mana yang telah disarankan oleh pihak google.

Terus terang saya katakan kami menggunakan manual yang ditulis oleh saudara buisai aka inspire iaitu “Panduan SEO Google” kerana ia tidak menggunakan apa-apa teknik yang tidak disukai Google. Sekiranya anda ingin belajar cara mendapatkan 10 ranking terbaik untuk website anda dalam google, ebook ini adalah baik untuk anda gunakan. Tapi setakat baca pun tak guna kalau tak nak membuatnya.

Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara buisai aka inspire kerana telah sudi menjadi project leader kami. Terima kasih juga team-team member lain chukai, Abdfatah dan secret kerana sudi berkerja sama dalam pertandingan ini. Tak dilupakan juga kepada IM-IM Malaysia yang sanggup memberikan backlink kepada kami menerusi blog masing-masing. Semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Sekarang saya berasa sungguh lega kerana pertandingan ini telah berakhir. Bolehlah saya memulakan kerja-kerja IM yang telah saya tinggal kerana aktif dalam pertandingan SEO ini. Malah saya lebih confident untuk membuat kerja-kerja SEO selepas ini.

Oh ye.. lupa nak beritahu siapakah yang memenangi cabaran busby seo ini? team US? Team Canada? UK? ..kalau itu jawapan anda. maka ia adalah salah. Team yang memenangi cabaran busby seo tet ini adalah team imfreakz dari Indonesia. malah team Indonesia telah memenangi pertanding SEO world cup ini selama 2 tahun berturut-turut iaitu 2008 dan 2009. Lihatlah betapa hebatnya IM asia tenggara. Asia BOLEH!! Sudah tentu satu hari nanti rakyat malaysia mampu memenangi pertandingan ini.

Related posts:

  1. Ape beza website www dan tanpa www Tahukan anda apakah bezanya url blog atau website anda contohnya...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments (14)

tahniah saya ucapkan untk team en zaki…
:)

Tahniah diuca[pkan teruskan usaha untuk mengharumkan nama negara…MALAYSIA BOLEH..

Bagus! Bagus! Mari kita pakat2 mengharumkan nama Malaysia.

i hope that all of us can stick together on other contest. yeeeehaaaaaaa ! feel free now.

sekedar ralat bahwasanya yang memenangi kontes seo ini bukan imfreakz.com melainkan team http://kabonfootprint.com
btw…. tahniah gue ucapin buat team http://kabonfootprint.com yang telah membawa nama harum asia khususnya Indonesia di mata dunia maya sejagat….

Ya betul tu budak jebeng..kabonfootprint.com adalah juaranya,imfreakz ke-3(indon)..tahniah juga pada rumahabi.com (abibakar)indon…fuh..hebat juga peserta dari indonesia ni..

tompang bangga bila baca psl ni…hehhehe.. mmg bagus ebook inspiration tu, saya dah pun mendapatkannya dan mengapplykannya.. mmg menjadi… saya rasa penggiat2 blog, website tempatan patut membuka mata bahawa IM m’sia hebat2…. kwn2 saya sering mempertikaikan bila saya beli ebook dr penulis2 tempatan, masih ramai yg skeptic… walhal, ada ebook2 luar negara lagi mcm hampeh… huhuhu….

ok semoga sukses pada semua!

em…..congrat…..

mudah.muah dapat maju jya….en zaki banyak idea….tq.genius

Usaha memang baik. Syabas, boleh tahan Usahawan internet M’sia mampu saing dalam arena antara bangsa.

penjelasan kpd saudara ex budak jebeng… dan dino.

Kedudukan pada No 1 pada 31hb Jan 2009 adalah IMfreakz. Kedudukan skrg ni .. selepas 2 feb 2009 memang http://kabonfootprint.com. Tapi pertandingan ini hanya dikira sehingga 31hb Jan 2009. Siapa2 pun yg dapat ranking no 1 selepas 31hb Jan 2009 tidak akan dikira.

Harap maklum!!

semua peserta bagus-2

tahniah

salam…tahniah team malaysia…

Write a comment

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree