Sudah lama saya tidak update blog ini. Terasa macam terabai je blog ini, maklumlah ia bukanlah blog emas. Blog berbahasa melayu ini pada saya hanya lah untuk suka-suka dan berkongsi maklumat bersama rakan-rakan IM yang lain.
Sebenarnya ada 2 benda yang saya cukup benci yang terpaksa saya buat ketika online
1. Menulis artikel dalam Bahasa Inggeris
2. Membuat backlinks kpd website
Sebenarnya bukan saya seorang benci membuat perkara tersebut malah ramai IM dalam dan luar negara juga bersikap demikian. Walaupun tak suka kita terpaksa membuatnya.
Tahukan anda apakah kegunaan artikel dan backlink kepada kita. Ianya akan membantu website kita mendapat traffic yang banyak dan juga mendominasi 10 ranking terbaik dalam enjin carian GOOGLE dan juga enjin carian lain seperti BING dan YAHOO.
Tapi sekiranya kita ada wang, maka kerja membuat artikel dan backlink tu bolehlah di outsourcekan kepada pihak ketiga. Ada ramai mamat-mamat yang boleh melakukan tugasan tersebut di Forum Digital Point. Namun anda perlu berhati hati kerana bukan semua orang yang menawarkan perkhidmatan di sana adalah orang-orang yang bagus. Dengan kata lain anda kena pandai memilih. Kita boleh lihat pada itrader pada setiap ahli yang menawarkan perkhidmatan terbabit. Semakin tinggi itader seorang ahli forum DP semakin tinggi tahap kepercayaan ahli forum DP kepada beliau. Namun demikian Itrader bukanlah ukuran total untuk tahap kepercayaan seorang ahli. Kadang-kadang ada juga ahli yg mempunyai itader tidak boleh dipercayai namun bilangannya adalah sedikit sahaja.
Walaubagaimana pun try and error perlu dilakukan sendiri bagi memastikan kita benar-benar memilih orang yang betul-betul layak untuk melakukan tugasan terbabit. Semoga tips tentang out source artikel dan membuat backlink ini dapat membantu anda serba sedikit dalam perniagaan internet anda.
Related posts:
- Ape beza website www dan tanpa www Tahukan anda apakah bezanya url blog atau website anda contohnya...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.




















Salam En. Zaki,
Kebetulan saya tgk buat blog walking pada pagi ini dan terjumpa pula entri En. Zaki pasal outsourcing artikel ke penulis yang berkredibiliti.
Kalau En. Zaki atau rakan-rakan En. Zaki perlukan orang untuk outsource artikel English, boleh la cari saya ye