Tahun baru sudah pun bermula. Tak kira tahun baru bagi kelender Hijrah atau pun Masihi ia telah pun tiba. Bermulanya Tahun 2010 / 1431 hijrah menandakan perlunya menanam azam baru. Adakah perlu kita menanamkan azam baru? sedangkan azam lama pun belum selesai lagi.
Ya kita perlu menanamkan azam baru agar kita lebih bersemngat untuk berjaya di tahun yang baru menjelma ini. Berjaya atau tidak bukanlah satu kemestian yang penting kita cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya agar hidup kita bermatlamat dan tidak sia-sia. Doa dan usaha perlu beriringan bersama.
Di Tahun baru 2010 ini seperti tahun-tahun lepas saya mempunyai azam seperti rakan-rakan yang lain juga. Azam saya tahun 2010 ini ialah:
1. Menjadi hamba Allah yang lebih baik dan anak yang soleh kepada ibubapa saya berbanding tahun lepas
2. menjadi suami dan bapa yang baik kepada isteri dan 2 orang anak kesayangan berbanding tahun lepas
(anak lelaki berumur 2 tahun yang sangat aktif dan yg kecil baby perempuan pula 5 bulan)
3. Menjadi guru yang lebih baik kepada pelajar-pelajar saya berbanding tahun-tahun lepas
-banyakkan memberikan latihan worksheet dan kelas tambahan kepada pelajar
-lebih bersabar dengan kerenah pelajar yang kadang kala boleh mencabar kewibawaan seseorang manusia
4. Membanyakkan membuat kebajikan dan penuh keikhlasan
5. Mengurangkan kata-kata dan perbuatan yang sia-sia
4. Membahagikan masa dengan lebih sistematik agar banyak perkara dapat dilakukan dalam jangkamasa
yang ditetapkan.
5. Meningkatkan pendapatan dari internet melalui blogging & CPA tanpa perlu menghabiskan banyak masa
seperti tahun yg lepas (smart bloggging)
6. Kurangkan dari membeli ebook atau pun DVD movie kerana seperti tahun lepas dan tahun yang sebelumnya saya memang tidak sempat nak membaca ebook atau pun DVD movie yang dibeli. Kadang-kadang sampai 3 ke 4 minggu barulah sempat membaca dan menontonnya dengan sempurna.
Itulah azam saya pada tahun ini. Semoga azam yang baru ini akan berjaya.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.




















Kebetulan saya pun ada azam baru … Terbaca entri saudara dalam email subscription tadi… Apa2 pun semoga azam baru kita tercapai hendaknya..InsyaAllah..