Recent twitter entries...

  •  

Tahun Baru 2010 & 1431 Hijrah

Posted by admin | Posted in Personal | Posted on 02-01-2010

16

Tahun baru sudah pun bermula. Tak kira tahun baru bagi kelender Hijrah atau pun Masihi ia telah pun tiba. Bermulanya Tahun 2010 / 1431 hijrah menandakan perlunya menanam azam baru. Adakah perlu kita menanamkan azam baru? sedangkan azam lama pun belum selesai lagi.

termenungYa kita perlu menanamkan azam baru agar kita lebih bersemngat untuk berjaya di tahun yang baru menjelma ini. Berjaya atau tidak bukanlah satu kemestian yang penting kita cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya agar hidup kita bermatlamat dan tidak sia-sia. Doa dan usaha perlu beriringan bersama.

Di Tahun baru 2010 ini seperti tahun-tahun lepas saya mempunyai azam seperti rakan-rakan yang lain juga. Azam saya tahun 2010 ini ialah:

1. Menjadi hamba Allah yang lebih baik dan anak yang soleh kepada ibubapa saya berbanding tahun lepas

2. menjadi suami dan bapa yang baik kepada isteri dan 2 orang anak kesayangan berbanding tahun lepas
(anak lelaki berumur 2 tahun yang sangat aktif dan yg kecil baby perempuan pula 5 bulan)

3. Menjadi guru yang lebih baik kepada pelajar-pelajar saya berbanding tahun-tahun lepas
-banyakkan memberikan latihan worksheet dan kelas tambahan kepada pelajar
-lebih bersabar dengan kerenah pelajar yang kadang kala boleh mencabar kewibawaan seseorang manusia

4. Membanyakkan membuat kebajikan dan penuh keikhlasan

5. Mengurangkan kata-kata dan perbuatan yang sia-sia

4. Membahagikan masa dengan lebih sistematik agar banyak perkara dapat dilakukan dalam jangkamasa
yang ditetapkan.

5. Meningkatkan pendapatan dari internet melalui blogging & CPA tanpa perlu menghabiskan banyak masa
seperti tahun yg lepas (smart bloggging)

6. Kurangkan dari membeli ebook atau pun DVD movie kerana seperti tahun lepas dan tahun yang sebelumnya saya memang tidak sempat nak membaca ebook atau pun DVD movie yang dibeli. Kadang-kadang sampai 3 ke 4 minggu barulah sempat membaca dan menontonnya dengan sempurna.

Itulah azam saya pada tahun ini. Semoga azam yang baru ini akan berjaya.

Related posts:

  1. Ramadhan tahun 1430 hijrah menjelma lagi Marhaban Ramadhan.. Selamat datang bulan ramadhan yang mulia penuh barokah....
  2. Keputusan SPM 2008 telah keluar Hari ini dengn rasmi keputusan SPM untuk tahun 2008 telah...
  3. Kembali ke Sekolah Hari ini merupakan hari ke 4 persekolahan selepas cuti raya...
  4. Hari Raya Aidil Adha 2009 / 1430 Hijrah Hari ini 10 zulhijjah merupakan hari raya aidil Adha...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments (16)

Kebetulan saya pun ada azam baru … Terbaca entri saudara dalam email subscription tadi… Apa2 pun semoga azam baru kita tercapai hendaknya..InsyaAllah..

Salam,

Salam 1431H dan Selamat tahun baru Masehi 2010. All the best dalam perniagaan.

Terimakasih..

Sebenarnya saya mula membuat duit pertama saya dari internet melalui pembacaan ebuku en zaki yang saya beli dengan harga rm10 dulu, akhir2008. Saya daftar affiliate dgn paydotcom dan sebulan kemudian saya mula dapat komisen hanya dengan promosi teknik percuma saja. selepas itu boleh dikatakan setiap bulan ada jualan. Polisi paydotcom yang membiarkan vendor membayar sendiri kepada affiliate
menyebabkan beberapa vendor tidak membayar komisen.
Selepas itu saya beli produk resellrights plr, mrr dan menjual kembali, masih dengan teknik percuma dan mendapat jualan memberangsangkan walaupun tanpa promosi yang banyak.
Memandangkan produk plr, mrr mendapat tempat yang baik tapi kena belajar pilih produk yang betul!
Saya ingat tahun ini nak buat lebih promotion dengan membeli beberapa domain berbayar.
Itu jelah AZAM tahun ini.

Terima kasih atas kesudian mengirim email. Saya masih seperti dulu. Kurang aktif dalam bisnes internet on line. Bukan apa x pandai….

salam… dah lama rasanya saya tak berhubung dgn saudara… sy juga tak aktif dalam bisnes internet, saya kini lebih kepada bisnes yg cepat di terima dan mudah di fahami oleh prospek…

Saya lela, dalam keadaan teknologi maju ini kadang
kadang saya terfikir…terlalu banyak business internet. Tapi adakah semuanya berjaya? atau sesetengah web cuma mempromosikan iklan sahaja manis, tapi …tiada habuannya tiada……
sekarang saya masih mencari part time untuk extra money income…..ada sesiapa yang ingin memberikan peluang untuk saya…sila email kepada :
izza_071074@live.com
Tidak terlambat lagi untuk mengucapkan kepada sesiapa yang mengenali diri ini….selamat menyambut tahun baru, semoga dilimpahi kekayaan dan kesejahteraan.

sebenarnya kita boleh menhubungi owner product di paydot. Anda hanya perlu gunakan link dan contact form yg disediakan dalam halaman anda di paydot.
Apa yg kita perlu lakukan ialah cuba hubungi owner product dan minta atau pun bertanya bila payment kpd affiliate akan dijelaskan.
Saya pun dulu masa aktif dgn paydot pernah mengalami situasi yg sama.. tetapi kemudian penjual memberikan komisyen setelah kita menghubungi mereka walaupun lambat

Akhir tahun 2007, I bought the e-book from Encik Zaki tetapi saya belum mahir lagi walaupun saya sudah membaca e-book tersebut.
Rasanya, saya masih perlu tunjuk ajar daripada Encik Zaki terutamanya how to take the first step in making it a success.
Thanks.

semuga segala azam saudara tercapai!

Selamat Tahun baru 2010. Saya masih lagi baru dlm internet marketing. Azam tahun ni, nak bagi tumpuan kat ‘affiliate marketing’ pulak. Nak tgk dlm 6 bulan, boleh buat duit tak.

Cuma nak tau, mana lebih baik, affiliate local ke oversea? Thanks.

salam, terima kasih kerana htr email kpd saya…
azam tahun ni entahlah sebab azam tahun lepas pun masih tak terlaksana lagi..

saya ucapkan agar anda tidak jemu2 htr tip2 yang berguna kepada semua.itu dah dikira dapat pahala tau kerana mebantu sesama insan tak kiralah secara percuma atau berbayar.

masih tak terlambat lagi bagi saya mengucapkan selama tahun baru semoga ceria selalu..

Selamat tahun baru 2010.

spt thun lps, mmg ada azm baru tapi tahun agak berbeza sedikit. sy telah melkar bbrpa impian bersma suami yang baru saja sah mnjdi milik saya awal disember lalu. bersamanya kami mlkar bbrp impian tpi tk boleh le bgtahu… hehehe…

sy ingin bljr lbih lnjut cra2 utk buat e-book. sudilah kiranya en zaki turunkan sedikit ilmu (che wah)… buat sy yg kekurgn sumber ni… tru email pun tk pe… hehehe… sy kesuntukn ms dgn ketiadaan laptop, line internet sndiri @ brmcm2 mslh g…

sy mmg berhsrat utk menmbh pndptn (mmg da borig ngn gji kecik!), jika ada pluang, mmg sy akan rebut…: )

Assalamualaikum…..

terima kasih karana menghantar email kepada saya dan memberi banyak nasihat yang berguna….

sebenarnya saya sudah berasa agak bosan untuk menjalankan perniagaan internet, kerana kebanyakkan yang ada hanya mementingkan keuntungan sendiri saja….

azam saya masih seperti tahun tahun yg lepas …

CAKAP TIDAK BOHONG,
JANJI TIDAK MUNGKIR,
AMANAH TIDAK PECAH…
semoga kita menjadi umat Muhammad yang benar benar beriman……

w’salam.
Norhat memang banyak orang claim macam-macam. Ada konon-kononnya jutawan.. ada konon-konon ada rumah banglo..BMW semata-mata nak orang beli produk dia.. beli personal coach dia. Macam-macam.
Sebab tu kita kena berhati-hati… Jangan percaya 100% testimonial yg anda lihat dalam setiap sales letter sebab memang ada yg fake dan ada yang cuma nak bantu lonjakan rakan IM.
Pada saya ebook dibeli ini hanyalah utk memendekkan learning curve kita.. lepas tu dah faham.. cuba praktikkan.. kalau tak boleh.. maksudnya teknik tu dah tepu sebab dah ramai org gunakannya. oleh tu kena modify teknik sendiri.. dan try error. Bila dah berjaya.. anda duplicate teknik berjaya tadi.. dan lakukan lagi sampai lah keuntungan anda maksimum. Dan teknik yg anda perolehi sendiri tu jgnlah dibuat ebook.. gunalah sebagai rahsia peribadi. Itulah tips IM senyap-senyap yang buat duit tanpa kecoh

Salam en zaki,

sy harap masih xterlmbt utk sy ucap kn slamat tahun baru..sy senang menerima email daripada en zaki. cuma kekdg tu sy terlewat bc, komen nie sy tulis setelah sy bc email dpd en zaki, maaf kn sy..sy nk ucapkn terima kasih bebyk ngan tips2 yg en berikan..thanks..sy harap en zaki xjemu utk berikan tips2 mengenai perniagaan internet nie…cuma sy xberminat dlm penulisan blog, sy agk kaku dlm mencurahkn idea untuk penulisan…walaupun begitu sy masih mengharapkan bantuan dpd en zaki utk membimbing sy dlm perniagaan internet ini…kerana sy memang berminat…

Wahai Yg Budiman – SlamaT Tahun Baru jugak TQVM.

Write a comment

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree