PBNU & MUI mengharamkan infotainment. Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia haramkan Melodi
Posted by admin | Posted in Personal | Posted on 04-01-2010
0
Majlis Ulamak Indonesia (MUI) telah pun sepakat dengan PBNU untuk mengharamkan tayangan infotainment di Indonesia. Walau pun demian MUI tidak akan mengeluarkan sebarang fatwa. “Tanpa dikeluarkan fakta, ghibah atau gosip itu memang sudah haram. MUI sepakat dengan keputusan PBNU tapi kita tidak perlu menggelar rapat untuk ikut memberikan fatwa.” terang Ketua MUI Pusat, Hamidan, saat berbincang dengan okezone, Minggu (27/12/2009).
Tayangan infotainment adalah berkisarkan kepada gossip dan kehidupan artis Indonesia. Ianya adalah rancangan kegemaran yang disukai oleh kebanyakan rakyat Indonesia terutamanya golongan wanita.
Merujuk kepada situasi yang berlaku di Indonesia. Adakah situasi yang berlaku di sana akan berlaku di Malaysia? Adakah Majlis Ulamak Malaysia atau Majlis Fatwa kebangsaan akan mengharamkan “Melodi” dan rancangan lain berkaitan kehidupan artis kerana rancangan terbabit menyiarkan tentang gossip kehidupan artis. Tak kisah sama ada ia benar atau pun tidak. Rancangan terbabit kadang-kadang boleh mengaibkan seseorang, mempopularkan seseorang artis atau pun menjatuhkan artis terbabit.
Pentingkah kita untuk tahu kehidupan artis? Adakah ia bermunafaat kepada rakyat Malaysia khususnya umat islam yang rata-ratanya suka menonton rancangan terbabit atau ia lebih mendatangkan mudarat. Sama-samalah kita fikirkan baik buruknya.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.





